Ikhtiar Perubatan Islam

Sihir boleh menyebabkan hidup kita sentiasa dalam masalah. Pendamping boleh buatkan hidup kita tertekan dan saka lebih teruk lagi kesannya kerana akan sebabkan diri menjadi lebih tekanan & kecewa. Ikhtiar dengan Perawat Islam adalah satu usaha untuk membetulkan masalah pada diri. 

Rawatan Islam bersama perawat perawat dari Perubatan Sufi - Merawat masalah sihir pemisah dan sihir pengasih

Khidmat Rawatan Islam yang disediakan

Bebaskan diri dari
gangguan sihir

Gangguan sihir pemisah

Gangguan sihir pemisah adalah sihir yang memisahkan hubungan diri dengan pasangan. Tak kira sama ada yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Biasanya sihir pemisah ini melibatkan orang yang ketiga atau disebabkan gangguan jin asyik (masalah berat jodoh). Perlu rujuk pada tanda tanda untuk lebih kepastian. 

Gangguan sihir pengasih

Gangguan sihir pengasih ini terjadi dikeranakan ada seseorang yang mengambil kesempatan keatas diri kita. Sihir pengasih biasanya melibatkan minyak yang sudah dibaca, asap rokok dan bacaan mantra yang diamalkan kemudian dihembuskan atau dicalit kepada mangsa sehingga mangsa menjadi angau & timbul perasaan suka.

Gangguan jin asyik

Gangguan jin asyik adalah jin yang jatuh cinta kepada manusia. Bukan sekadar cinta, tapi juga sangat bernafsu. Mangsa gangguan jin asyik kebiasaannya adalah seorang perempuan yang cantik, tidak menjaga aurat dan menarik perhatian. Antara tanda gangguan jin asyik ini adalah berat jodoh, kerap putus dengan pasangan, panas dalam hubungan, sentiasa bertengkar dengan orang yang kita sayang. Tandanya hampir sama dengan sihir pemisah. Ini yang sebabkan ramai yang keliru. 

Gangguan saka keturunan

Saka keturunan adalah jin yang berdamping dengan diri kita sejak sekian lama. Biasanya sejak kita kecil lagi kerana saka biasanya datang dari keturunan kita sendiri. Walaumacam mana pun tak semua orang akan didampingi saka sekali pun orang tuanya ada membela saka. Antara tanda saka pada diri ialah buat apa pun tak jadi, bertengkar dengan pasangan sejak berkahwin, susah dapat jodoh, susah dapat rezeki, segala perkara baik terhalang. Menjadikan hidup bertambah stress, murung dan anxiety. 

Rawatan Islam & Kerohanian

Tentang
Perubatan Sufi

12 TAHUN PENGALAMAN

PerubatanSufi - Merawat saka keturunan

Hampir 12 tahun pengalaman dalam merawat pelbagai penyakit, pelbagai kes. Termasuk lah sihir, saka, badi, terkena ain & sebagainya. Rawatan berhadapan & rawatan jarak jauh.

PELBAGAI KES pelik

PerubatanSufi - Merawat pesakit sihir

Merawat masalah sihir, santau, gangguan jin asyik, saka keturunan & masalah rumahtangga. Semua sakit boleh diiktiarkan dengan syarat berpegang dengan keyakinan Allah yang menyembuhkan. Bukan manusia.

Boleh sembuh

Perubatan Sufi - Buang saka keturunan

Perawat tak boleh beri jaminan, tak boleh bagi kesembuhan selain dari ikhtiar untuk pulihkan diri pesakit sampai betul betul sembuh. Diri kita sendiri juga perlu berusaha untuk sembuh dengan amalan ruqyah.

Bermacam penyakit dirawat

Merawat pelbagai penyakit klinikal dan gangguan jin. Bukan semua kes klinikal tu boleh dirawat dengan kaedah ruqyah tapi boleh ikhtiar untuk membantu proses rawatan

kaedah ruqyah & doa

Kaedah rawatan yang digunakan adalah menggunakan tangan kosong, hanya membaca ruqyah & doa (juga menggunakan kaedah alternatif seperti ilmu gerak, sembelih, jurus & sebagainya) - Rawatan Islam

Bermacam kes saka

Sudah bermacam macam kes saka keturunan sudah dirawat & dibuang. Ramai yang dah sembuh dengan izin Allah tapi tak semua kes tu dijamin sembuh kerana ada banyak faktor lain yang perlu kita tengok.

Kadang kadang sakit ni boleh berpunca dari gangguan jin. Tak semestinya klinikal.

Ramai sangka terkena sihir, bila buat rawatan rupanya bukan sihir, tapi terkena gangguan biasa je."

Tak pasti bertanya, jangan bersangka sangka, RUGI!

Apa kata pesakit?

Antara kesan positif selepas rawatan

Aktiviti rawatan yang lepas

Perubatan Sufi - Merawat pesakit di pusat rawatan
Rawatan di Pusat Rawatan
PerubatanSufi - Merawat pesakit sihir
Rawatan Islam di Negeri Sembilan
PerubatanSufi - Merawat di rumah pesakit
Pesakit terkena sihir - Rawatan Islam dijalankan
Merawat di rumah pesakit... merawat masalah gangguan sihir..
PerubatanSufi - Merawat pesakit sihir
PerubatanSufi - Merawat pesakit yang terkena gangguan saka keturunan.
Merawat dan membuang saka keturunan yang berada pada diri pesakit...
PerubatanSufi - Merawat di Hospital - Penyakit klinikal
Merawat di Hospital Klang
perubatan sufi merawat pesakit - Buang saka keturunan
Merawat & membuang saka keturunan pada diri
Perubatan Sufi merawat pesakit - Gangguan jin asyik dan sihir.
Terkena gangguan jin asyik (pendamping yang dah terlalu lama pada diri)
Rawatan dirumah pesakit
Rawatan di rumah pesakit.. Sekadar ikhtiar
Rawatan sihir pada diri pesakit
perubatan sufi

Diagnosis Diri

Ramai orang suka bertanya untuk dapatkan kepastian tentang apa yang menganggu diri. Nak tahu apa yang menganggu diri? Buat Diagnosis Diri Sendiri disini – Layan Diri Sendiri sebelum dapatkan rawatan. 

perubatan Islam membuang sihir pada diri pesakit - rawatan jarak jauh juga disediakan

Buat Rawatan

Rawatan untuk diri sendiri, dan untuk orang lain. Fokus sepenuhnya pada masalah sihir, rumahtangga, gangguan emosi, susah tidur malam, panas baran & kerap mimpi buruk. Boleh whatsApp dan story masalah. Bukan semua kes perawat akan terima. Klinikal perlu dirawat doktor, gangguan perlu dirawat oleh perawat ruqyah. 

Tentang Perubatan Sufi

Gambar dari PerubatanSufi.com

Perubatan Sufi adalah nama bagi blog perubatansufi.com. Nama asal untuk Pusat Rawatan ini adalah Pusat Rawatan Islam As Sufi. 

Diasaskan oleh Tuan Muhammad pada tahun 2010. Kita boleh buat carian di google & facebook dengan nama Perubatan Sufi atau Rawatan Islam As Sufi

Pusat rawatan As Sufi adalah Perubatan Islam yang mengamalkan kaedah ruqyah & doa (juga menggunakan teknik kerohanian & dipanggil sebagai kaedah alternatif). Kami tidak menggunakan sebarang perantaraan jin, khadam ilmu atau pendamping dalam melaksanakan rawatan keatas pesakit. 

Semua kaedah dijalankan selaras dengan Perubatan Islam. Tiada perasap, tiada bacaan yang tidak jelas, tiada menggunakan apa apa barangan sekali pun. Hanya dengan tangan kosong. 

Kami juga menjaga batas antara perawat dengan pesakit dengan memakai sarung tangan juga meminta izin sebelum mememang pesakit (dengan memakai sarung tangan). 

Pusat Rawatan Islam As Sufi adalah Perubatan Islam yang menjalankan rawatan di Pusat Rawatan, rumah ke rumah & menggunakan kaedah rawatan jarak jauh khusus untuk pesakit yang jauh, tak dapat hadir atas sebab tertentu & sebagainya. 

Pusat Rawatan Islam As Sufi sudah beroperasi sejak tahun 2010 sehingga sekarang (tahun 2024). Bermacam macam pesakit sudah dapatkan rawatan ditempat kami. Bermacam mcam penyakit yang telah dirawat termasuk lah penyakit klinikal. 

Buat masa sekarang (tahun 2024) kami hanya menjalankan rawatan rumah ke rumah & rawatan secara jarak jauh.