Kami akan beroperasi sepenuhnya pada bulan 9/2018. Harap Maklum.

Gangguan Jin Asyik

Published by admin on

Gangguan oleh Jin Asyik/Cinta merupakan yang terbanyak berbanding dengan Jin Saka dan Sihir. Berbeza dengan Jin Sihir memerlukan rawatan yang berulang kali sedangkan Jin Asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar-benar bersungguh-sungguh dalam rawatan dan merelakan dirinya untuk dirawat.

Gangguan Jin Asyik seseorang itu bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila Jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan.

Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang, jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakkan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dengan pasangannya.

Adakala gangguan mula menjadi kronik setelah bertunang. Jin Asyik ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Sebaliknya, apabila ia tidak suka, ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.

Jin Asyik juga boleh berasal dari Jin Saka mahupun Jin Sihir yang telah bertapak lama pada pesakit. “Jin asyik/cinta” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola atau pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Tanda-tanda/punca gangguan Jin Asyik

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Dan kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.

Tanda-tanda/punca gangguan Jin Asyik antaranya:

– Pesakit sering mengadu sakit kepala.

– Selalu meninggal solat/susah nak mengerjakan solat

– Sukar nak berzikir dan membaca Al-Quran.

– Was-was.

– Pesakit amat sensatif.

– Suka bersendirian.

– Merasakan dirinya sangat cantik/kacak.

– Adakala tak suka pasangan.

– Hubungan tak kekal. Selalu bertukar-tukar pasangan.

– Selalu bergaduh dengan pasangan/orang yang rapat dengannya.

– Tidak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal.

– Jika bercakap selalunya perkara yang sia-sia/keterlaluan.

– Banyak tidur di siang hari dan berjaga di waktu malam.

– Mendedahkan aurat di dalam rumah. Kadang kala, ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil mengagumi tubuh badan sendiri. Tanpa pesakit sedari Jin Asyik memerhati setiap gerak-geri pesakit sehingga pesakit dirasuk.

– Terdapat tanda lebam terutama di peha, betis, tangan, perut, kemaluan dan sebagainya.

– Sakit yang sukar diubai seperti sakit kulit.

– Mandi/duduk dalam bilik air terlalu lama.

– Mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan bertelanjang.

– Ketika jaga adakalanya mendengar, nafas, bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring.

– Pesakit selalu dalam keadaan kena tindih.

– Tidur dalam keadaan bertelanjang/memakai boxer/berseluar pendek (tidak menutup aurat).

– Tidak suka/marah jika ada orang yang cuba menberi nasihat/ cuba mengubah cara hidupnya kepada yang lebih baik.

– Tidur bermimpi melihat seorang pemuda/wanita yang kacak. Dia mengajak berkahwin dan bersama.

– Bermimpi melakukan persetubuhan haram dengan pemuda/wanita berkenaan.

– Bermimpi bersama-sama anak-anak kecil yang kononnya adalah anak-anak hasil perkongsian mereka.

– Tempat tidur tidak berkemas dan apabila orang lain tolong kemaskan biasanya pesakit akan marah.

– Suka bergelap/bilik tidur bergelap.

– Merasa takut sehingga tidur buka lampu.

– Nafsu yang kuat.

– Kuat ‘beronani’.

– Suka melihat dan membelai alat kemaluan, secara tidak sedar bahawa jin sedang berasmara dengannya.

– Merasa kagum dengan susuk badan/alat kemaluannya.

– Dan banyak lagi.

Akhirnya, terdapat pesakit yang boleh melihat pasangannya dan anak-anaknya di sekitar katil dan ruang rumahnya. Pesakit pada tahap ini sudah tidak mahu dirawat dan merelakan diri kerana merasa puas dengan ‘kehidupannya’.

Seorang wanita yang saya rawat menceritakan bagaimana dia dirogol, mengandung, keluar darah dan akhirnya perutnya kempis semula. Apabila saya berdialog dengan Jin Asyik ini dia claim sudah ada 10 orang anak dengan wanita berkenaan dan seorang wanita yang disahkan mengandung 3 bulan, anak dalam kandungannya hilang, tidak ada keguguran dan pihak hospital tidak dapat memberi apa-apa keputusan kemana anak itu hilang. Jangan terperanjat kepada golongan lelaki. Sudah banyak kes yang saya rawat, lebih-lebih lagi golongan remaja, diganggu Jin Asyik yang kronik.

Apabila berdialog dengan Jin Asyik ini “Kenapa anda datang mengganggu pesakit ini? Jawabnya… pesakit ini adalah kekasih aku… jangan kau campur urusan aku!! Kenapa anda suka kepada dia? Jawabnya… dia yang suka kepada aku… dia suka memakai boxer… aku suka melihat dia pakai boxer… melihat tubuh badan dia… dia mengagumi tubuh badan dia… dia membuka aurat… dia yang memanggil aku… aku suka dia… ”

Mengeluarkan Jin Asyik ini adalah sangat sukar, lebih-lebih lagi sekiranya ia telah sebati dengan diri dan jiwa pesakit. Namun, kaedah yang paling berkesan mengatasinya adalah dengan tidak meninggalkan solat, memperbanyakkan membaca Al-Quran dan meninggalkan serta-merta semua amalan-amalan/tabiat hidup yang mengundang Jin Asyik. Kebanyakkan Jin ini akan mati terbakar apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan di hadapan pesakit.

Facebook Comments