KURANG PENGETAHUAN

Ramai diantara pesakit yang terlepas pandang tentang masalah yang mereka hadapi. Simptom atau masalah yang mereka dihadapi boleh jadi berpunca dari gangguan jin pendamping & saka keturunan.

Tapi disebabkan pesakit kurang pengetahuan & kurang didedahkan tentang tanda tanda gangguan seperti pendamping & saka ini, maka kebanyakan pesakit akan lebih cenderung mengatakan masalah yang mereka hadapi itu adalah berpunca dari masalah gangguan sihir atau perkara biasa sahaja dalam kehidupan.

Maka untuk kes sebegini jawapannya tidak semestinya sihir atau perkara biasa dalam kehidupan. Boleh jadi itu memang berpunca dari masalah gangguan seperti pendamping & saka keturunan.

ASAL SAKA KETURUNAN

Asal perkataan saka sebenarnya berasal dari perkataan pusaka. Bermaksud, saka juga merupakan pemberian yang datangnya dari warisan keluarga sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak.  

Disebabkan saka ini merupakan makhluk yang hidup, maka pemberian itu boleh terjadi dengan sendiri & tanpa pengetahuan penerima.

Ini biasanya berlaku disebabkan perjanjian yang dibuat. Antara contoh perjanjian ialah “untuk menjaga keturunanku”. Ini jelas menunjukkan saka akan diwaris sama ada kita mahu atau pun tidak, dikeranakan janji yang sudah dibuat tadi.

Tapi bila saka yang dijaga tadi telah turun kepada waris seterusnya, dan waris pula tidak tahu amalan apa yang perlu diamalkan, tidak tahu bagaimana hendak menjaga saka & tiada ilmu tentang itu sama sekali, maka saka yang diterima akan memberontak & menyusahkan tuannya. Ini lah yang berlaku kebanyakan.

Antara tanda tanda seseorang itu didampingi saka keturunan ialah:

1. Susah tidur malam sejak sekian lama. Sejak remaja.

2. Panas baran dengan keluarga disebabkan hal hal yang kecil. Terjadi sejak usia muda.

3. Berat jodoh & kerap bertengkar setiap kali bercinta

4. Terlalu banyak halangan di dalam kehidupan (Antaranya masalah kewangan, kesihatan, pekerjaan)

5. Sangat berat untuk beribadat & ke masjid. Biasanya terjadi dalam jangka waktu yang lama.

6. Kerap mimpi bayi & selalu menerima pemberian dari orang lain didalam mimpi.

7. Susah hamil tanpa sebab yang jelas & kerap gugur

8. Kerap ditindih ketika tidur & banyak kesan lebam selepas bangun tidur

9. Penyakit Epilepsi. Susah pulih dengan rawatan moden.

10. Hilang kawalan ketika marah & menyesal bila keadaan kembali reda

11. Kerap mimpi rumah lama & orang orang tua

12. Masalah period yang tidak teratur. Biasanya terjadi dalam jangka masa yang lama.

KESIMPULAN

Sekiranya pesakit mengalami simptom gangguan lebih dari 3 tanda diatas, pesakit perlu dapatkan rawatan khusus untuk membuang saka keturunan. Boleh rujuk dengan mana mana pengamal perubatan Islam atau rujuk disini untuk dapatkan rawatan.

WhatsApp untuk rawatan

Panas baran melampau, pernah mengamalkan ilmu yang salah & berat jodoh.

error: Content is protected !!
Share This