SOALAN

Ramai pesakit akan bertanya, “jika saya disihir, maka siapa orang yang menyihir saya?”

Bila sebut sihir saja, mesti ramai yg kata orang hantar. Sebenarnya salah. Sihir tak semestinya orang hantar, tapi kita dengan mudahnya menuduh & sangka buruk pada orang lain.

Dah betul betul pasti ke, yang sihir itu memang orang yang hantar? Atau kita bersangka sangka sahaja?

SIHIR TAK SEMESTINYA ORANG HANTAR

Sihir sebenarnya boleh datang dari mana mana. Tak semestinya sebut sihir sahaja, bermakna orang hantar. Sihir sebenarnya boleh datang dari mana mana, boleh datang dari gangguan jin asyik, boleh datang dari tempias, boleh datang dari rumah jiran yang terkena sihir, dan boleh datang dari kawan kawan yang sedang sakit.

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kita terkena sihir. Yang menjadi salah faham ialah, kita selalu menyangka orang lain yang menyihir kita padahal bukan. Ya, tak dinafikan sihir memang ada yang menghantar untuk rosakkan diri kita, tapi perkara macam itu sebenarnya susah nak berlaku. Sebabnya nak mengupah orang buat sihir bukan murah. Bukan rm100 – rm200. Sekali pun dia mampu bayar beribu, tak mungkin sihir yang dia buat itu cuma untuk sakit sakit kan badan kita saja.

Kalau dah bayar mahal, mesti nak tengok hasil yang betul betul dahsyat. Tapi yang kita lihat hari ini, pesakit cuma mengadu sakit kepala dan terus tuduh ada orang sihirkan dia. Mustahilkan orang bayar mahal semata mata untuk bagi pesakit sakit kepala sahaja. Jadi kita kena renung renungkan. Bukan semua sihir itu dihantar.

KESIMPULANNYA

Jangan mudah menuduh & bersangka buruk pada orang lain. Sihir tak semestinya dihantar. Sihir boleh datang dari pelbagai arah. Tak dinafikan sihir biasanya memang untuk dihantar tapi bukan untuk semua keadaan. Paling penting sebenarnya adalah kesembuhan. Itu lah yang paling utama bila berjumpa dengan perawat. Bukan sibuk hendak mengetahui siapa yang buat.

Rujuk disini untuk membuat temujanji rawatan

error: Content is protected !!
Share This