LEBAM DI PEHA

Pernah tak kita perasan bila kita bangun dari tidur, ada lebam di peha & kaki kita? Pernah tak kita perasan bila kita bangun dari tidur, badan kita terasa letih sesangat, padahal malam tadi tak buat apa apa pun. Yang jadi masalah itu, kenapa lebam yang itu hanya ada dekat celah peha? Terutamanya pada kaum wanita. Perasan tak kenapa lebam ini boleh ada?

PERHATIKAN TANDA LAIN

Selain lebam dibahagian peha, cuba kita rujuk dengan tanda tanda gangguan yang lain. Mungkin ini boleh jadi petunjuk. Antara tanda tanda yang lain itu biasannya:

  1. Kerap bermimpi lelaki yang kita tak kenali
  2. Hampir setiap hari mimpi bersetubuh
  3. Selalu rasa letih bila bangun dari tidur
  4. Setiap hari ada kesan lebam dicelah peha
  5. Dan masalah berat jodoh

Jika semua tanda diatas ada pada diri, bermaksud kita perlu dapatkan rawatan dengan segera. Kerana semua tanda diatas menunjukkan kita mengalami masalah gangguan yang berat. Adanya pendamping pada diri yang dipanggil jin asyik. Iaitu jin yang jatuh cinta pada kita.

APA KESANNYA PADA DIRI?

Kesannya apabila jin jatuh cinta dengan kita sangat banyak. Biasanya adalah kesan positif seperti rezeki yang lancar, mudah naik pangkat, semua urusan dipermudahkan, musuh yang takut dengan kita & banyak lagi.

Tapi hanya satu perkara sahaja yang jadi masalah. Tubuh badan kita & soal jodoh. Kedua ini akan mengalami masalah yang sangat berat dalam waktu jangka masa yang panjang.

BERUBAT SEGERA

Sekiranya pesakit mengalami tanda tanda seperti yang disebutkan diatas, maka pesakit perlu dapatkan rawatan dengan segera. Kerana dari tanda tanda diatas menunjukkan pesakit sedang diganggu jin yang mana hampir setiap malam, pesakit ditiduri jin.

Ya, tidur bersama & dirogol hampir setiap malam. Inilah sebabnya hampir setiap hari pesakit akan mimpi bersetubuh. Juga menyebabkan pesakit selalu bertengkar dengan pasangan & selalu terhalang untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja.

KESIMPULANNYA

Jika pesakit mengalami masalah lebam pada seluruh tubuh badan tapi tiada tanda tanda gangguan yang lain, itu mungkin menunjukkan masalah penyakit klinikal. Tapi kita lebam lebam ditubuh badan kita diikuti dengan tanda tanda gangguan yang lain, itu bermaksud kita perlu dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Rujuk disini untuk dapatkan rawatan

error: Content is protected !!
Share This