APA MAKSUD SIHIR PEMISAH?

Sihir pemisah bermaksud sihir yang dihantar oleh seseorang dengan tujuan untuk memusnahkan atau merosakkan hubungan seseorang dengan pasangannya. Selain dari dihantar, sihir pemisah juga boleh datang dari pelbagai arah.

Antaranya datang disebabkan tempias dari orang lain, gangguan jin asyik, gangguan saka keturunan & amalan yang memakan diri.

BAGAIMANA HENDAK MENGESAN KEHADIRAN SIHIR PEMISAH?

Kebiasaannya sihir pemisah boleh dikesan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah kaedah diagnosis melalui tanda tanda gangguan, ruqyah diri sendiri dengan melihat respon & berbincang dengan pengamal perubatan Islam dengan merujuk tanda sihir pemisah.

Antara tanda tanda yang boleh kita lihat melalui diri pesakit ialah seperti dibawah:

1. Perasaan pasangan berubah secara mendadak. Dari cinta menjadi benci tanpa sebab yang jelas.

2. Tiada nafsu pada pasangan & kurang bersama.

3. Emosi menjadi baran bila berhadapan dengan pasangan. Hampir setiap hari bertengkar

4. Bau busuk pada pasangan.

5. Melihat pasangan dalam keadaan buruk & hitam bila berhadapan dengannya.

6. Kerap bertengkar bila dekat & rindu ketika jauh dengan pasangan

9. Kerap bermimpi perkara yang buruk & susah tidur malam

10. Perasaan & pendirian tidak tetap. Kadang benci, kadang sayang & kadang kesian.

10. Sihir pemisah BIASANYA hanya bertujuan untuk memisahkan pasangan yang sedang BERBAHAGIA. Jadi sentiasa berhati hati. Jangan mudah kongsikan kebahagiaan anda di media sosial.

BAGAIMANA HENDAK PULIH DARI SIHIR PEMISAH?

Ada pelbagai jalan untuk pulihkan diri dari sihir pemisah. Antara jalan yang mudah & selamat ialah melalui pengamal perubatan Islam & alternatif. Mereka yang pakar dalam bidang kerohanian boleh batalkan unsur sihir & pengaruhnya pada diri dan pasangan. Antara yang boleh diusahakan untuk membuang sihir pemisah ialah:

  1. BERJUMPA DENGAN PAKAR PERUBATAN ISLAM
  2. MENGAMALKAN RUQYAH MANDIRI
  3. MENGAMALKAN AYAT PEMBATAL SIHIR & DIJADIKAN ZIKIR
  4. SOLAT HAJAT & BERDOA KEPADA ALLAH

BENTENG DIRI ADALAH WAJIB

Selepas pesakit berjaya membatalkan sihir pemisah dan berjaya mengatasi masalah dalam hubungan, perkara pertama yang sangat penting ialah mengamalkan benteng diri agar supaya sihir pemisah tidak lagi kembali pada diri & pasangan.

Ramai pesakit yang terlepas pandang tentang benteng diri. Ramai yang lupa untuk amalkan benteng diri bila mereka bebas dari pengaruh sihir pengasih. Padahal sihir pemisah boleh saja datang kembali sekiranya tiada perlindungan pada diri.

BACA JUGA:

BOLEH KE SAYA TAHU SIAPA YANG MENYIHIR SAYA?

TANDA TANDA JIN ASYIK YANG HAMPIR SAMA DENGAN SIHIR PEMISAH

error: Content is protected !!
Share This