RUMAH BUNYI GULI? PINDAH PERABUT & BUNYI PASIR?

Kebiasaannya pesakit akan mula mencari tahu tentang tanda tanda gangguan didalam rumah, bila ada sesuatu yang mula tidak kena dengan rumah mereka. Mungkin dah mula dengar bunyi orang bermain guli, bunyi pindah perabot, & macam macam lagi bunyi seperti bertukang khususnya pada sebelah malam.

Mungkin juga disebabkan anak mereka yang baru lahir selalu sahaja menangis tanpa sebab yang jelas. Atau mungkin juga hubungan dengan pasangan selalu terasa panas ketika berada di dalam rumah tapi jadi tenang ketika berada diluar rumah.

Ini menunjukkan adanya tanda tanda gangguan di dalam rumah.

Antara tanda tanda adanya gangguan di dalam rumah:

1. Susah tidur malam Ketika berada dirumah sendiri. Tetapi mudah tidur ketika berada ditempat lain.

2. Selalu rasa semak & emosi cepat baran bila duduk dirumah tapi akan jadi tenang bila berada diluar rumah.

3. Kerap bertengkar dengan pasangan ketika dirumah.

4. Bahang yang teramat ketika berada dirumah. Luar dari kebiasaan.

5. Rasa selalu diperhatikan sepanjang masa. Terutama bila duduk berseorangan.

6. Kerap bunyi bising setiap malam. Biasanya bunyi guli atau orang tumbuk lesung.

7. Bayi selalu menangis ketika dirumah. Tapi tak menangis bila berada ditempat lain.

8. Kerap ternampak kelibat hitam lalu lalang ditepi mata.

9. Kerap mimpi buruk setiap malam.

10. Terlalu berat untuk beribadat. Terasa malas yang luar biasa untuk apa apa aktiviti.

11. Berat untuk bangun pagi. Luar kebiasaan.

12. Duit selalu hilang dirumah walaupun tiada orang

13. Selalu bunyi pasir diatas bumbung. Biasanya berlaku pada rumah teres.

14. Makanan dirumah cepat basi. Biasanya nasi berlauk.

15. Kerap bau najis, bangkai & sampah walaupun keadaan rumah bersih

16. Emosi cepat terganggu & kemurungan

17. Barang kerap hilang & berubah tempat

18. Kerap lebam dipeha tanpa sebab yang jelas

19. Sering terjaga di tengah malam

20. Kerap mengingau tetapi normal jika berada ditempat lain.

Jika anda mengalami tanda tanda diatas, dapatkan rawatan untuk pemulihan dan pemagaran rumah. InshaaALLAH keadaan rumah akan kembali pulih. Boleh azankan disetiap ruang dalam rumah.

Jika gangguan biasanya, inshaaAllah akan hilang dalam sehari dua. Jika tidak, pesakit perlu dapatkan bantuan perawat. Dikhuatiri gangguan yang ada terlalu berat.

Boleh rujuk disini untuk dapatkan rawatan

error: Content is protected !!
Share This