ANTARA FAKTOR LAMBAT SEMBUH

Ada banyak sebab & faktor kenapa pesakit berubat berkali kali tapi masih juga belum diberikan kesembuhan. Antara faktor kenapa pesakit tidak menunjukkan tanda tanda kesembuhan ialah:

1. Penyakit & masalah yang dirawat bukan berpunca dari masalah gangguan seperti sihir & saka, tapi mungkin disebabkan masalah klinikal seperti mental, halusinasi, kerosakan organ atau memang masalah dari sikap sendiri.

2. Gangguan yang berada pada diri pesakit terlalu berat & memerlukan rawatan berulang kali untuk memastikan pesakit benar benar bebas dari segala gangguan. Kadang kala pesakit hanya dapatkan sekali rawatan kemudian terus mengharapkan kesembuhan akan tiba. Proses rawatan adalah sama seperti kita dapatkan rawatan di hospital.

3. Pesakit masih malas & berat untuk melakukan perkara perkara yang wajib seperti solat fardu dan benteng diri selepas rawatan dibuat.

4. Pesakit terlalu taksub & berkeinginan tinggi untuk mengetahui siapa pelaku sihir dari berusaha mendapatkan kesembuhan. Ini akan menyebabkan pesakit susah untuk sembuh.

5. Pesakit terlalu banyak bersangka buruk kepada orang disekelilingnya termasuk perawat yang hendak membantu. Ini akan membuatkan pesakit lambat sembuh kerana lebih sibuk untuk melihat kesalahan orang lain.

6. Pesakit kurang sabar dalam mendapatkan rawatan. Sentiasa menyalahkan orang sekeliling termasuk perawat untuk mendapatkan perubahan dengan cepat.

7. Pesakit tidak beriktiqad bahwa Allah itulah yang Maha Menyembuhkan walaupun lidah berkata Allah, tapi hati & perbuatan pesakit menunjukkan bahwa pesakit lebih bergantung kepada perawat.

KESIMPULANNYA

Pesakit perlu meneliti semula semua tanda tanda gangguan pada diri untuk memastikan penyakit yang dialami benar benar berpunca dari gangguan & berbincanglah dengan perawat untuk dapatkan kepastian yang lebih jelas sebelum kita membuat penilaian.

Jangan terburu buru untuk dapatkan kesembuhan. Semua proses kesembuhan itu biasanya mengambil masa. Yang penting sentiasalah bermuhasabah diri kerana hanya Allah sahaja yang Maha Tahu tentang penyakit yang kita alami.

Untuk tahu dengan lebih jelas boleh hubungi kami disini

error: Content is protected !!
Share This