TERLALU RAMAI YANG KELIRU

Terlalu ramai diantara pesakit yang keliru, bahwa rumahtangga mereka hancur disebabkan sihir yang dihantar dari pihak ketiga. Padahal hakikat sebenarnya, apa yang pesakit sedang lalui itu berpunca dari gangguan jin asyik dan bukannya gangguan sihir yang dihantar.

Ya, yang ini paling ramai yang terlepas pandang. Selalunya bila rumahtangga kit amula bermasalah, kita terus akan cakap “sihir”. Tapi sebenarnya, salah satu yang menyebabkan rumahtangga kita hancur adalah berpunca gangguan jin asyik. Tapi ramai yang tidak tahu tentang gangguan jin asyik ini. Jadi kita salah kan orang lain dengan berkata “sihir”

Antara tanda tanda gangguan jin asyik yang boleh kita kesan melalui diri pesakit:

Terlalu kerap mimpi lelaki yang tak dikenali

  1. Terasa dan berkeinginan tinggi utk melakukan seks
  2. Kerap mimpi bersetubuh & berasa letih setelah bangun dari tidur
  3. Kerap bergaduh dengan pasangan tanpa sebab yang jelas. Biasanya bergaduh disebabkan hal hal yang kecil.
  4. Kerap bertukar tukar pasangan disebabkan susah untuk serasi & biasanya kerap bertengkar (biasanya berlaku pada mereka yang belum berkahwin)
  5. Kerap ditindih ketika tidur sehingga sesak nafas
  6. Kerap lebam dicelah peha tanpa sebab
  7. Haid yang tidak teratur & mungkin mengalami masalah fibroid & cyst
  8. Kerap mengantuk selepas asar sehingga waktu maghrib.

Jika kebanyakan tanda tanda diatas ada pada diri pesakit & diikuti dengan semua tanda tanda sihir pemisah, maka jelas pesakit sedang mengalami masalah berat jodoh yang mana pada dirinya, ada pendamping yang dipanggil sebagai “jin asyik”. Iaitu jin yang jatuh cinta kepadanya.

**Penerangan diatas bermaksud adanya gangguan jin yang telah JATUH CINTA pada seorang manusia khususnya pada wanita yang tidak menjaga auratnya dengan sempurna.

Perlu segera dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam. InshaaAllah, masalah berat jodoh & masalah pasangan akan segera pulih sekiranya berpunca dari gangguan yang disebutkan diatas. Mudah mudahan penerangan diatas membantu kita untuk faham dengan lebih jelas.

KESIMPULAN

Benar memang masalah  rumahtangga selalu dikaitkan dengan sihir. Tapi perlu tahu juga, bukan semua sihir itu datang dari manusia. Sihir boleh datang dari pelbagai arah. Antaranya tempias, terpijak & gangguan jin asyik pada diri.

Semua faktor ini boleh menjadi punca berlakunya masalah rumahtangga. Sama sama kita belajar dan kaji sebelum kita mula menuduh orang lain melakukan sihir pada diri kita.

Rujuk disini untuk dapatkan rawatan.

error: Content is protected !!
Share This