Boleh ke penyakit klinikal seperti anxiety dirawat melalui kaedah rawatan Islam? Jawapannya adalah boleh. Tak kira sama ada anxiety ini berpunca dari gangguan jin atau pun faktor klinikal seperti stress, keduanya tetap boleh dirawat dengan rawatan ruqyah & alternatif.

Yang membezakan ialah cepat atau pun lambat. Kalau anda seorang anxiety, maka percaya lah anxiety boleh diubati & terus baik sampai bila bila.

ANXIETY BOLEH SEMBUH

Siapa kata orang yang sakit anxiety tak boleh sembuh dengan rawatan Islam? Adakah rawatan Islam ini diamalkan hanya untuk melawan jin sahaja? Jawapannya adalah TIDAK. Rawatan Islam yang sebenarnya ialah untuk kita semua belajar & amalkan untuk merawat pelbagai penyakit yang ada didunia ini. Tak kira sama ada penyakit itu berpunca dari masalah gangguan atau pun klinikal.

Keduanya boleh dirawat, bahkan rawatan Islam juga boleh merawat keadaan rohani kita, minda, jiwa & batin kita. Jadi jangan kita terhad kan atau sempitkan rawatan Islam dengan jin sahaja. Rawatan Islam itu luas. Kesembuhan itu milik Allah. Dimana ada perubatan disitu ada kesembuhan dari Allah.

ANXIETY KENA KUAT

Kelemahan pesakit anxiety ini cuma satu saja, iaitu mental mereka yang lemah. Sangat lemah. Mental yang lemah ini lah yang akan menyebabkan seluruh tubuh badannya jadi sakit & tidak bermaya. Kenapa?

Sebab pesakit anxiety ini biasanya akan selalu fikir benda benda yang negatif. Benda benda negatif ini kan tak elok. Tambah pula jarang nak berfikir positif. Mungkin juga dah cuba untuk berfikir positif tapi asyik selalu gagal. Biasanya hasutan yang negatif ini lah yang lebih kuat dari yang positif.

Sebab itulah pesakit anxiety ini selalu dalam keadaan yang lemah. Penyakit was was terlalu kuat dalam diri. Selalu curiga dengan semua orang, semua benda & macam macam lagi dia curiga.

Langkah untuk selesaikan masalah ini sebenarnya hanya perlu bergaul dengan kawan kawan yang sentiasa support & positif. Dalam tempoh 7 – 9 bulan sahaja pesakit anxiety akan sembuh dengan sendiri. Tanpa perlukan apa apa rawatan.

Kenapa pesakit anxiety boleh sembuh dengan jalan pergaulan? Sebab mental dia kuat. Hari hari terima kata kata motivasi dari kawan kawan. Hari hari keluarga dia support. Semua kata kata motivasi & support itu lah yang akan membuatkan mental pesakit bertambah kuat dan akhirnya kembali sembuh seperti sedia kala. Alhamdulillah

MACAM MANA NAK TAHU TANDA TANDA ANXIETY?

Boleh rujuk disini. inshaaAllah.

error: Content is protected !!
Share This