Kami akan beroperasi sepenuhnya pada bulan 9/2018. Harap Maklum.

Cara Cara Membuang Sihir

Published by admin on

Cara-cara membuangkan sihir daripada diri kita :

1. Ambil tujuh helai sirih hijau atau daun
teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa
saja sehingga lumat (boleh juga guna alat
penghancur letrik – blinder)

2. Masuk tumbukan daun sirih atau daun
teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi
dengan air secukupnya untuk minum dan
mandi seluruh badan.

3. Letakkan telapak tangan kananmu pada
air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.

4. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk,
sehingga nafas atau sebahagian dari
ludahmu mengenainya.

5. Bacakan ayat-ayat berikut :

a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat
255)
b. Bacakan Surah al-Kafirun.
c. Baca Surah al-Ikhlas.
d. Baca Surah al-Falaq.
e. Baca Surah an- Nas.
(Ayat-ayat dibawah adalah ayat penawar
sihir)
f. Baca Surah al-A’raf ayat 117-119.
g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.
h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.

Setelah dijampi dengan ayat-ayat al-Quran
di atas air itu diminumkan kepada si sakit,
kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi
seminggu sekali dan sesudah itu in syaa
Allah , sihir itu tidak akan ada lagi.

[Yakinlah kepada Allah SWT bahawasanya
hanya Dia sahaja yang akan menyembuhkan
segala penyakit termasuk penyakit
disebabkan sihir hasil perbuatan jin dan
syaitan.

Facebook Comments