Jenis Santau

Published by admin on

SANTAU

Merupakan salah satu cabang sihir yang amat berbahaya dan boleh membawa maut, dengan izin ALLAH. Santau dari perkataan Sanskrit yang membawa maksud ‘San’ – Bagi/ Hantar, ‘Tau’ Mati/Racun.

Santau terbahagi beberapa jenis.

I. RACUN (Al Marad) : Iaitu bahan yang telah diadun mengandungi racun atau bahan tertentu kemudian di beri kepada mangsanya tanpa melibatkan makhluk halus.

II. SANTAU RACUN (Al Marad) : Iaitu santau yang di adun melibatkan makluk halus. Santau jenis ini di beri pada mangsa melalui perantaran makluk halus. Melalui makanan atau minuman.

III. SANTAU TUJU/ ANGIN (Al Marad) : Berupa debu yang di adun dengan bahan bahan tertentu. berkesan jika di mantrai dengan pemujaan khusus. Santau jenis inilah yang akan menyerang mangsa pada masa dan saat yang tertentu. Maknanya pada masa-masa tertentu tempuh santau ini matang ,perlu mancari mangsanya dan perlu di lepaskan jika tidak ia akan mencari tuanya sebagai mangsa.

IV. SANTAU SILAU (Takhayyul / Al Junun) : Tidak mengandungi bahan tapi makluk halus di perintahkan untuk mengganggu mangsa.

PROSES SANTAU

Apabila dinamakan Santau ianya tidak semestinya membuatkan mangsa itu muntah darah, batuk, gatal tekak, miang atau bisa. Santau juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi seperti kebingungan, tidak boleh tidur malam, yang akhirnya menjadi gila. Antara bahan bahan yang digunakan untuk menyebabkan seseorang itu menjadi sebegitu dan seterusnya menjadi masalah mental serta jiwa yang serius adalah

I. Tanah kubur kawasan yang ada berdekatan dengan busut anai-anai
II. Getah pokok kayu hidup kawasan perkuburan tersebut
III. Lilin yang di gunakan untuk pemujaan
IV. Serangga di atas pusaran air sungai.

Untuk menjadikan seseorang itu ‘bodoh’ dan malu apabila melihat orang (Al Khumul), memerlukan bahan-bahan seperti :
i) Hati kura-kura
ii) Uri kucing
iii) Telinga anjing hitam
iii) Belangkas jantan dan betina yang melekat.
iv) Labah-labah yang mempunyai telur di bawahnya ( bunuh ibunya dan ambil telurnya sahaja)
v) Tulang dagu kera duku.
vi) Tanah hadapan rumah individu yang hendak dituju

Semua bahan ini dikeringkan, kemudian dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk di campurkan dengan bahan-bahan seperti berikut :

I. Benda-benda yang berpusing di tengah-tengah pusaran air, samada daun, ranting kayu, ataupun binatang yang mati seperti serangga dan sebagainya.
II. Benda-benda yang tersangkut di sarang labah-labah yang sentiasa berpusing ke kanan atau ke kiri padahal tidak ada angin.
III. Benda-benda yang tersangkut pada mana-mana tempat yang sentiasa berpusing ke kanan dan ke kiri ketika di tiup angin seperti daun , ranting kecil, sampah atau serangga seperti lalat , lipas dan sebagainya. Bahan ini boleh di ambil dengan tangan, tetapi lebih baik bahan tersebut diambil dengan mulut.

Adalah di percayai mangsa yang termakan adunan bahan-bahan tadi, setelah dipuja. Akan mengalami gangguan mental atau jiwa sehingga menjadi bingung dan tidak siuman, seperti mana keadaan serangga yang tersangkut di sarang labah-labah kemudian berpusing-pusing di tiup angin.

Untuk menjadikan seseorang tidak tidur malam, kumpulan bahan pertama tadi dicampurkan dengan mana-mana bahagian , seperti kulit kelawar, burung jempuk ataupun burung hantu.

Manakala untuk menjadikan seseorang itu hilang akal, meracau dan tidak berhenti-henti bercakap, bahan pertama tadi dicampurkan dengan hati atau paruh murai atau paruh burung gagak.

Begitulah juga bahan yang perlu disediakan untuk menjadikan seseorang hilang akal dan garang. Ianya mengunakan bahan-bahan yang diambil daripada binatang garang seperti misai harimau atau taring anjing. Bahan-bahan tadi dikeringkan dan dijadikan serbuk, kemudian dipuja dengan cara tertentu untuk diberi makan pada mangsanya.

Dalam kes kes tertentu ada juga individu terbabit akan mengunakan bahan khusus untuk melaksanakan sihir tersebut. Bahan-bahan yang di maksudkan adalah bahan milik individu atau sebahagian daripada individu tersebut. Misalnya seperti pakaian dalam (yang masih belum dibasuh), kain, gambar , kuku, rambut, air liur dan sebagainya. Ini kerana hubungan antara tuan punya dengan barang tersebut berkait rapat antara satu sama lain.

Facebook Comments

Categories: Info Perubatan