Kisah Benar – Ku Sangka Sihir Rupanya Saka.

Published by admin on

Ku sangka sihir rupanya saka…

Gangguan Jin, Gangguan Saka, Gangguan Sihir, Perubatan, Perubatan di Sandakan 

Kami menaiki Mas flight ke Sandakan pada hari Jumaat, 17 Desember 2010. Dalam flight kami leka main iPad jadi perjalanan yang makan masa 2 jam setengah tidak rasa lama. Sejak ada ipad ni, kami jarang tidur dalam flight. Sepanjang perjalanan, saya tulis nota dalam iPad perkara-perkara yang harus kami lakukan untuk membuat persedian dan rancangan penubuhan organisasi baru kami Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. 

Kami tiba di Sandakan, pada jam 6.30 petang dan hari sudah malam. Di sini waktu magrib awal, jam 5.45 petang sudah magrib. Ini adalah kali pertama kami menjejakan kaki kami di bumi Sandakan. Sahabat kami Fairul menjemput kami di lapangan terbang. Ini pertama kali kami berjumpa dengan Fairul.

Ini semua kehendak Allah, pergi ke tempat yang kami tidak pernah pergi tapi sudah ada sahabat yang menyambut kedatangan kami. Semua kemudahan logistik, tempat penginapan dan tempat untuk rawatan telah disediakan. Alhamdulilah syukur kepada Allah. 

Keesokan hari, Sabtu kami dibawa ke pejabat Fairul untuk merawat. Ketibaan kami sangat di nanti oleh penduduk Sandakan. Ramai pesakit dari persekitaran kawasan Sandakan dan dari Sempurna, Lahat Datu, Tawau dan Suan Lamba datang untuk berubat dengan kami. Terdapat juga pesakit yang datang untuk membuat rawatan dari Kota Kinabalu dan Brunai datang berjumpa dengan kami hari itu. 

Seperti biasa berbagai jenis penyakit dirawat dari penyakit kanser, kerosakan buah pinggang, SLE, cerebral parsi, urat saraf hingga ke sakit gangguan sihir dan saka. Pada keseluruhannya kebanyakan pesakit yang kami rawat di Sandakan adalah sakit gangguan sihir atau gangguan saka. Dalam lawatan kali ini, kami merawat sebanyak 100 orang pesakit. 

Kami rasa pelik bila berubat disini sebab 75% dari penyakit yang diubati terdiri dari sakit gangguan sihir atau gangguan saka. Kebanyakan daripada pesakit yang datang tidak sedar mereka ada gangguan saka dalam badan mereka. Terdapat beberapa insiden yang kami sangka benda halus dalam badan pesakit itu adalah gangguan sihir tetapi gangguan saka.

Bila ditanya kepada sahabat kami Fairul kenapa ramai pesakit gangguan disini, dia menyatakan amalan sihir menyihir dan perbomohan adalah amalan budaya yang masih kuat diamalkan dari dahulu hingga sekarang. 

Terdapat banyak amalan-amalan kurafat yang masih dipraktikan dikalangan masyarakat disini. Antara amalan kurafat yang sangat popular ialah kegunaan tudung muka mayat atau tudung penutup muka jenazah. Tudung penutup muka ini jadi rebutan dikalangan orang-orang pengamal ilmu sihir.

Mereka menggunakan tudung penutup muka mayat untuk membuat sihir ilmu pemisah atau sihir penghalang jodoh atau menutup rezeki sesaorang. Amalan sihir yang dikutuk dan dilaknati oleh Allah swt masih lagi berleluasan di kawasan ini. 

Saya merawat seorang pesakit lelaki berumur 18 tahun. Mengikut kedua ibubapa pesakit itu, anak mereka sering hilang akal dan selalu mencederakan diri sendiri di rumah. Bila discan, terdapat 46 ekor jin dalam badan pesakit ini.

Selepas disoal jawab, didapati pesakit ini pernah mengikut kumpulan KRK (kappa rho kappa), sebuah kumpulan berasal dari Phillipines. Untuk menjadi anggota kumpulan ini, pesakit ini dikehendaki melalui acara permujaan yang bertentangan dengan agama islam. Amalan syirik ini melibatkan pemujaan iblis dan merosakkan aqidah. Bila diteliti di tangan pesakit, terdapat tanda 3 titik yang sejajar yang melambangkan anggota kumpulan ini. 

Kami solat zohor untuk hari itu di Masjid Besar, Sandakan. Sungguh strategik lokasi masjid itu terletak di atas sebuah bukit dan di tepi pantai. Kami diberitahu semasa kejadian tsunami dua tahun lepas, ramai penduduk Islam dan bukan Islam di kawasan itu berhimpun di masjid itu untuk menyelamatkan diri, walaupun disitu ada sebuah rumah berhala Cina yang juga terletak diatas sebuah bukit.

Kenapa orang bukan Islam tidak pergi ke rumah berhala Cina dan berlari ke masjid itu sebab teringat peristiwa di Acheh di mana orang ramai yang berhimpun di masjid terselamat dari ancaman tsunami. Bila keadaan bergini ramai yang bukan Islam percaya akan keajaiban kekuasaan Allah tetapi masih lagi tidak mahu menganut agama Allah. 

Keesokan hari, kami berpeluang menziarah Kampong Sim Sim, perkampungan atas air di tepi pantai. Memanglah unik dan berlainan persekitaran kampung atas air yang menempatkan beratus rumah rumah penduduk tempatan.

Riuh sekampung bila ada berita artis dari Semenanjung menziarah perkampungan mereka. Kami puas bergambar atas titian kayu usang yang menyambung rumah-rumah disitu. Gerun juga bila berjalan atau titian kayu yang sudah usang sebab dibawah air laut yang dalam. 

Kami sempat pergi ke Sepilok kawasan hutan simpanan untuk kediaman orang-orang utan. Selain dari menengok orang utan disitu, kami sempat berjumpa dengan 9 raja jin disitu. Kami diberitahu tempat itu terdapat 9 negeri jin. Kami dihampiri oleh beberapa ekor raja jin yang ingin mendampingi kami. Kami menolak perlawaan raja jin itu atas sebab kami ikut akan perintah Allah swt melarang umat Mauhammad mendampingi golongan Jin. Bila perlawaan mereka kami menolak, dengan sinis seorang dari raja Jin itu berkata “bodoh sebodoh bodoh manusia..”

Sumber:  Catatan Hj Lokman: (http://www.alhidayah-medic.com)

Facebook Comments

Categories: Kisah Pesakit