Kami akan beroperasi sepenuhnya pada bulan 9/2018. Harap Maklum.

Kisah Benar – Akibat Sihir, Seorang Gadis Di Machang Dianggap Gila

Published by admin on

Seorang gadis berusia 20-an di Machang, dianggap gila oleh masyarakat di sekelilingnya selepas sering dilihat bercakap sendirian, menggeleng kepala dan bergaduh dengan seseorang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Difahamkan bahawa gadis berkenaan berdepan dengan situasi itu selepas terkena sihir.

Rumahnya juga didakwa sering dirasakan berbahang dan tidak selesa untuk didiami sehingga memaksanya menumpang di rumah kawan untuk makan dan berehat. Gadis tersebut lebih selesa menyendiri dan berkurung di dalam bilik serta hidup di dalam dunianya sendiri.

Bukan sahaja gadis itu, malah keluarganya, iaitu emak serta abangnya turut mengalami pelbagai situasi pelik dan tidak selesa apabila berada di rumah sendiri. Ahmad Iqbal Nasuha merawat pesakit secara rawatan Islam Gadis tersebut dirawat dengan kaedah perubatan Islam oleh seorang pengamal Perubatan Islam Iyra Shifa, bernama Ahmad Iqbal Nasuha Mahmad Kamel.

Ahmad Iqbal Nasuha berkata, pada peringkat awal perubatan secara tiba-tiba keluar dua ekor ular dari tanah dengan seekor daripadanya mati. Manakala seekor lagi ular yang tidak diketahui spesiesnya itu kemudiannya melarikan diri. Tambahnya, apabila ular yang mati tersebut dimasukkan ke dalam air Yasin, bau busuk seperti bangkai terus menerpa rongga hidung padahal ular tersebut baru sahaja mati. Seekor ular mati sebaik keluar dari tanah ketika proses memagarkan rumah dilakukan Menurut Ahmad Iqbal Nasuha, ketika sesi rawatan, perut gadis itu juga menjadi buncit secara tiba-tiba dan wujud satu bayang-bayang di dinding rumah seperti seorang tua bongkok.

Rumah pesakit juga secara tiba-tiba dirasakan seolah-olah berasap. Keluarga itu dipercayai terkena sihir yang berpunca daripada hasad dengki seseorang dan orang tersebut ingin melihat ahli keluarga itu meninggal dunia. Selain bayang orang tua bongkok, bayang ini juga turut dilihat di dinding rumah “Tetapi alhamdulillah selepas beberapa kali berubat secara rawatan Islam, gadis tersebut menunjukkan perkembangan yang positif dan lebih yakin diri dalam meneruskan kehidupan sehariannya”, kata Ahmad Iqbal lagi.

Ahmad Iqbal Nasuha juga turut menyatakan bahawa Perubatan Islam Iyra Shifa yang beroperasi di Kampung Dusun Buluh, berdekatan dengan Pulai Chondong menawarkan rawatan secara Islam kepada orang ramai termasuklah mereka yang mengalami gangguan misteri seperti sihir dan masalah kesihatan.

Sumber artikel di atas dipetik dari Sinar Harian Online.

Sumber Artikel Penuh: https://www.kisahseram.com/akibat-sihir-seorang-gadis-di-machang-dianggap-gila.html © kisahseram.com

Facebook Comments