Saka Harimau adalah merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, bagi tujuan memelihara harta benda dan diri daripada musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Saka Harimau menjadi pilihan ketua rumah untuk menjaga anak bini dan harta pusaka. Di Negeri Sembilan, pewaris Saka Rimau ini hanyalah seorang wanita bukannya lelaki kerana mengikut Adat Pepatih, perempuanlah yang menjadi tuan tanah manakala di negeri yang mengamalkan Afat Temenggung,lelaki atau perempuan yang akan menjadi pewaris.

Saka Harimau dikatakan mampu menjelma diri sebagai harimau.

Tujuan Utama

Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau harta benda daripada diganggu musuh. Saka Harimau akan menyerang kepada sesiapa sahaja yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh oleh tuannya.

Status

Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau akan menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya.

Penelitian secara ilmiah

Penjelasan ini mungkin digunakan bagi menjelaskan mereka yang panas baran. Keluarga yang panas baran mungkin dijauhi orang kampung kerana takut mendapat menantu yang suka memukul pasangannya.

Sumber: Wikipedia

Categories: Rawatan & Gangguan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Copyright Protected. TQ