Kami akan beroperasi sepenuhnya pada bulan 9/2018. Harap Maklum.

Kisah Benar – ‘Kambing Habis Mati’ – Lelaki Ini Cerita Pengalaman Disihir Teruk Sampai Bisnes Lingkup

Published by admin on

  • Sudah menjadi adat berniaga ada naik ada turunnya. Tapi cuba anda bayangkan sekiranya setiap hari akan ada malapetaka yang terjadi kepada anda. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena.

    • Setelah membaca satu post seorang pengguna Facebook bernama Ariffin Sabirin ini, dapat kami tafsirkan bahawa masyarakat kita masih lagi percaya kepada benda-benda tahyul dan bersifat iri hati sehingga sanggup melakukan perkara-perkara syirik.

  • Sepertimana yang diceritakan lelaki ini, dia akhirnya patah hati dan berputus asa setelah perniagaannya seringkali disihir yang mana menyebabkan kerugian yang besar kepadanya

    • Melihat pada gambar-gambar yang dikongsi beliau, kami berasa kasihan, geli dan jijik sekali. Habis kesemua kambing belaannya mati dibunuh sehingga ada yang matanya seolah-olah dikorek dan mulutnya dirobek. Sungguh sadis dan menggerunkan.

      A42aImage via Ariffin Sabirin/Facebook

    • SAYA SEORANG POSITIF.

      Dengan pengalaman meniaga belasan tahun aku pulang ke Segamat selepas 27 tahun dengan nawaitu untuk membantu menaikkan nama Segamat & melonjak sosio ekonomi penduduk tempatan.

      Wasilah Farm ditubuh & strategi diolah. Nama dilonjak sehingga peringkat negeri jadi sebutan.

      SAYA SEORANG POSITIF.

      Selama 19 bulan beroperasi aku dihujani serangan sihir tanpa henti dari penduduk tempatan yang tidak senang dengan kemajuan Wasilah Farm . Hantu raya , bomoh indon, bomoh siam, bomoh orang asli, bomoh hindu semuanya dihantar siang & malam.

      9414Image via Ariffin Sabirin/Facebook

    • Kandang bergegar setiap waktu. Dihempas jin laknatullah setiap detik.

      Ratusan kambing mati dalam keadaan ngeri tengkuk dipatah, mata dikorek, mulut dikunyah. Pekerja sakit. Saya sekeluarga sakit. Kata kawan yang pandai syifaq penduduk tempatan yg beraja sihir & mabuk syirik itu saat ini sedang ketawa berdekah mencanang galak atas kejayaannya mematahkan semangatku.

      Takbur angkuh persis iblis yg hidup penuh nafsu & tak kenal maut. Gelak mengilai tanda kepuasan matlamat tercapai.

       facebook.com

    • SAYA SEORANG POSITIF.

      Tahajud, taubat, muhasabah menjadi ubat. Aku tidak kalah semangat sebaliknya menang menjaga akidah. Bukan mengalah sebaliknya enggan mengikut langkah tari iblis bertopeng manusia. Allah Maha Kuasa & hanya padaNya ku berserah. Dialah pelindung sejati selama2nya. Kau syirik bakal beriring ke neraka bersama jin belaanmu.

      SAYA SEORANG POSITIF.

      Walau pelbagai usaha dibuat gagal mengekang jin laknatullah & manusia bertopeng iblis. Aku pilih mengundur diri untuk menyelamat akidah. Aku pilih menarik diri keluar dari daerah tercinta ini dari terjebak sesat akidah bila kesabaranku pecah.

       facebook.com2480Image via Ariffin Sabirin/Facebook

    • Rezeki ku mungkin bukan di sini tetapi yakin Allah Maha Adil. Gantian bakal mendatang aku yakin lebih hebat ganjarannya.

      SAYA SEORANG POSITIF.

      Kepada warga Segamat kalian semua insan terbaik pernah hadir dalam hidupku. Namun iblis bertopeng manusia itu membawa onar. Merosak seluruh daerah dengan syiriknya. Mungkin itu Allah turunkan bala banjir tak jemu melanda? Untuk menghanyut kemungkaran di bumi tercinta ?

      Sesuatu untuk kita renungkan …

Facebook Comments