Dimana Pusat Rawatan As Sufi dijalankan?

Selayang Prima Batucaves.

Apa yang perlu dibawa semasa hadir ke Pusat Rawatan?

Kebiasaan yang perlu dibawa oleh pesakit secara umumnya ialah 21 biji limau purut atau limau nipis, beserta 2 air mineral botol besar (1.5 Liter)

Berapa lama masa yang diambil untuk merawat pesakit?

Sangat bergantung pada keadaan & kes pesakit. Kebiasaan pesakit yang dirawat mengambil masa selama 30 minit sehingga sejam. Bagi pesakit yang tiada masalah gangguan kebiasaanya hanya mengambil masa 15 minit sahaja

Boleh tak kita merawat pasangan tanpa diketahui?

In shaa Allah boleh. Dengan kaedah jarak jauh pesakit tak akan tahu atas sebab sebab tertentu.

Ada cawangan lain selain di Selayang Prima Batucaves?

Tiada.

Boleh saya terus datang di Pusat Rawatan As Sufi?

Pusat rawatan hanya dibuka berdasarkan pada temujanji, WhatsApp utk dapatkan temujanji sebelum hadir.

Boleh saya bawa Non Muslim untuk dapatkan rawatan ini?

In shaa Allah boleh. Kami membantu kepada sesiapa sahaja yg sakit tanpa mengira agama & bangsa.

Boleh saya panggil perawat utk datang kerumah?

In shaa Allah boleh. Biasanya kami akan hadir sekira kes pesakit terlalu berat seperti histeria, sihir, santau & saka keturunan yg kritikal sehingga sukar utk hadir ke pusat rawatan kami. Bagi kes kes yang tidak teruk kami galakkan utk hadir kepusat rawatan terus.

Boleh saya dapatkan rawatan untuk sakit KLINIKAL?

Kami tak merawat sakit sakit KLINIKAL kecuali jika pesakit percaya penyakit itu berpunca dari masalah gangguan, sihir & saka.

Cth sakit KLINIKAL ialah: KANSER, HIV, KETUMBUHAN, TULANG PATAH DAN LAIN LAIN YG BERKAITAN.

Boleh saya dapatkan rawatan dari jarak jauh?

In shaa Allah boleh. Khusus utk mereka yg tak dapatkan hadirkan diri atas sebab sebab tertentu.

Berapa kos rawatan yang ditetapkan?

Kos rawatan dari RM30 sehingga RM150. Sangat bergantung pada kes & keadaan pesakit (Antara cth MASALAH RUMAHTANGGA, SIHIR PEMISAH, SIHIR PENGASIH, SANTAU DAN SAKA) tak termasuk rawatan hadir kerumah (Pemulihan & Pemagaran)

Admin akan menjawab melalui page F.A.Q (Soalan Berkaitan Rawatan)
error: Copyright Protected. TQ