Anxiety Sebahagian Dari Tanda Gangguan

Kemaskini Terakhir pada 26/02/2021


Tanda Tanda Anxiety Menurut Perubatan Modern

Anxiety adalah satu penyakit kebimbangan yang melampau. Normal jika semua orang bimbang, tapi bila kebimbangan itu melebihi hadnya ini dipanggil “anxiety disorder”.

Contoh macam gula dalam darah. Semua orang ada gula dalam darah. Tapi bila gula dalam darah seseorang tu berlebihan, maka itu dikira penyakit & disebut sebagai “diabetes”.

Jadi macam mana nak tahu seseorang itu mengalami “anxiety”? Biasanya melalui tanda tanda. Antara tanda tandanya ialah:

Tanda tanda dari segi dalaman

1. Pesakit selalu fikir nak mati & takut pada kematian seperti mendengar berita kematian, melihat mayat, melihat ambulan & lain lain.

2. Pesakit selalu takut tanpa sebab. Takut nak keluar rumah. Takut nak buat sesuatu kerana selalu rasa diri dalam keadaan tak selamat.

3. Pesakit selalu bimbang sepanjang masa. Bimbang tentang rumah, bimbang tentang pasangan, bimbang tentang segalanya. Fikirannya sangat sensitif pada semua perkara.

4. Pesakit selalu berfikiran negatif, selalu sangka buruk pada pasangan, selalu beri jawapan negatif & lain lain.

5. Kebiasaannya pesakit “anxiety” akan lebih suka menyendiri dari bergaul dengan masyarakat, lepak dengan kawan & keluarga sendiri.

6. Sukar tidur malam disebabkan terlalu memikirkan tentang perkara perkara yang akan datang.

7. Hati yang sangat sensitive terutama pada orang yang dia sayang.

8. Buat kerja pantas & kelam kabut seperti hendak mengejar sesuatu termasuk la bila pesakit berkata kata.

9. Fikiran pesakit akan lebih fokus pada perkara perkara yang negative.

Tanda tanda dari segi luaran

1. Kerap rasa berdebar tanpa sebab. Jantung selalu laju sehingga pesakit akan berfikir sakit jantung & akan segera ke hospital sebab takut terkena “serangan jantung” atau lebih tepat “takut mati”.

2. Selalu akan rasa sesak nafas bila berada ditempat orang ramai.

3. Panic Attack atau serangan panik. tiba tiba pesakit menjadi panik tanpa sebab yang munasabah.

4. Selalu pening seperti berpusing pusing. Tak dapat focus atau center.

5. Trauma dengan sesuatu walaupun sesuatu itu hal yang kecil.

6. Terasa ada benda bergerak gerak didalam badan

7. Rasa badan terbakar secara tiba tiba & kadang rasa semut semut pada badan

8. Rasa sakit jantung seperti ditarik tarik, terbakar & masalah paru paru seperti sesak nafas.

Tanda tanda Anxiety menurut Perubatan Islam

Ada tiga penyebab kebiasaannya

PERTAMA** Faktor stress, trauma, kematian keluarga & pemakanan

KEDUA** Faktor gangguan, sihir yg kuat, pendamping yg lama berdamping & saka keturunan.

KETIGA** Faktor ilmu yg berkaitan kerohanian, pengijazahan, amalan & firasat yg terlalu kuat (Kebanyakan pesakit anxiety mempunyai gerak hati yg kuat tp lebih menumpukan pada hal hal yg negatif sahaja) – Satu penyakit yg perlu dikawal & dirawat.

#Anxiety #Gangguan #SakaKeturunan #PanicAttack