Berat Jodoh Mungkin Petanda Gangguan

Dikemaskini pada 6/11/2020

BERAT JODOH

Asal nak bercinta sahaja mesti putus. Asal nak kahwin sahaja mesti tak jadi. Pernah tak jadi macam ini?

Sebenarnya ramai yang pernah jadi macam ni. Memang ini dikira masalah berat jodoh.

Tapi kebanyakan orang akan anggap benda ni perkara biasa & “tiada jodoh.” Apa apa pun orang kita biasanya akan cakap macam ini “kalau ada jodoh, ada lah. Kalau tiada, tiada lah.”

Semua Allah dah takdirkan. So bila dengar jawapan macam ni, kita pun terpaksa pasrah je lah. Maybe betul apa yang dikatakan tu. 

Tapi cuba kita renung renungkan semula, betul ke jawapan dia macam itu? Betul masalah jodoh ini 100% bergantung pada takdir?

Sebab mati pun Allah dah takdirkan, tapi kita masih boleh berusaha untuk lambat mati.

Contohnya kita kemalangan dan banyak berlaku pendarahan. Kita masih boleh usaha dengan meminta bantuan orang ramai untuk dibawa ke hospital. Kenapa kita berusaha nak ke hospital? Sebabnya kita masih lagi nak hidup. Nampak tak?

Kita masih berusaha untuk tidak mati. Kenapa kita tak biar kan sahaja? Sebab kemalangan tu kan menunjukkan yang ajal kita nak dekat, so sepatutnya kita biar ke jela sebab mati itu kan dah ditakdirkan.

Begitu juga dengan jodoh. Walaupun kita asyik gagal dalam percintaan, tak bermakna kita tak boleh berusaha.

KAITAN JODOH DENGAN GANGGUAN

Apa kaitan jodoh dengan gangguan? Jawapannya simple sahaja. Jodoh kita boleh disekat. Maybe disekat melalui gangguan jin. Maybe disekat melalui sihir. Siapa tahu? 

Sesiapa pun boleh sekat jodoh kita dengan jalan sihir. Jadi macam mana nak elak supaya benda ini tak berlaku? Jawapannya selalu lah benteng diri kita dengan bacaan 3 Qul.

Paling mudah, 3 Qul. Kalau rajin amalkan surah yang panjang panjang lagi bagus. Tapi 3 Qul pun sebenarnya dah cukup power. Tinggal nak kena istiqomah je. 

Ada macam macam jenis gangguan yang boleh menyekat jodoh kita. Ada yang berpunca dari saka keturunan, ada yang berpunca dari pendamping yang jahat seperti jin asyik.

Dan ada juga yang berpunca dari sihir, hasil dari hasad dengki manusia yang dengki & tak nak kita berkahwin.

Tapi jangan risau, walau macam mana pun semua perkara yang diatas ini masih boleh dipulihkan. Allah yang menurunkan penyakit tapi dia juga yang menurutkan ubat.

BERAT JODOH MASIH BOLEH DIUSAHAKAN

Ya, berat jodoh boleh diusahakan melalui rawatan Islam. Kita berusaha Allah yang tentukan.

Tapi Allah takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri yang tak ubah. Kena faham betul betul dekat situ.

Jadi kita usahakan dengan langkah pertama, iaitu mencari perawat yang sesuai dengan diri kita.

Langkah kedua ialah berbincang. Barulah kita boleh dapatkan rawatan dengan mudah.

Baca juga:

TANDA TANDA GANGGUAN YANG JELAS PADA DIRI

TANDA JELAS SIHIR PEMISAH