Jaga jaga dengan fitnah perawat

1. Fitnah

Jaga jaga dengan fitnah.

Sebab ramai perawat yang suka memfitnah orang lain dengan menggunakan teknik “scan”.

Persoalan disini, betul ke apa yang diperkatakan perawat? Menuduh seseorang menggunakan bantuan makhluk halus, menuduh curang, menuduh amalkan ilmu hitam & banyak lagi tuduhan yang tidak berasas. Masalah yang jadi sekarang ni boleh pula diri kita percaya dengan apa yang diucapkan.

Benda macam ni terjadi sampai bercerainya suami dan isteri, bergaduhnya ibu dan anak & berpecah belah hubungan kekeluargaan. Semuanya sebab apa? Sebab percaya dengan tuduhan yang diberikan oleh perawat yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai orang yang berakal dan tahu tentang agama sepatutnya kita boleh berfikir dulu dengan jernih sebelum cepat menjatuhkan hukum kepada orang lain. Lagi lagi pada keluarga kita sendiri. Jadilah orang yang ada pendirian. Jangan semudah ABC percaya kepada tuduhan yang kita sendiri tidak pasti.

2. Dengar kedua belah pihak

Sebelum menuduh, pastikan kita dengar segala masalah yang jadi kedua belah pihak. Islam memang tak ajar kita untuk mendengar sebelah pihak semata mata. Tolong dengar penjelasan dari kedua belah pihak dan berfikir dengan waras sebelum menuduh seseorang tanpa bukti yang jelas.

Persoalkan diri kita sendiri, adakah sumber kita yang dengar tu sahih dan merupakan bukti yang kukuh?

Kalau tiada, jangan cepat percaya. Sebab ramai orang yang percaya bulat bulat dengan segala tuduhan dan kata kata dari sebelah pihak. Tak siasat dan tak berfikir dengan jelas, terus percaya & terus jatuhkan hukum. Sepatutnya bila kita dengar tuduhan dari orang lain, kita berfikir secara rasional dulu dan tak perlu pun terburu-buru dalam membuat kesimpulan.

Adakah kita seorang yang tidak ada pendirian? Kalau ya, memang sikap macam ni yang kita akan bawa pada semua orang.

3. Fitnah boleh merosakkan hubungan

Diri kita sendiri pun boleh jadi pemfitnah

Sama seperti kita mendengar fitnah tentang perawat, kita juga boleh menfitnah mereka tanpa sedar. Kononnya ada perawat itu dan ini menggunakan ilmu hitam. Namun, kita adakah kita betul betul pasti dengan ucapan yang kita ucapkan? Adakah kita ada bukti yang kukuh untuk mendakwa sedemikian?

Kalau sekadar mendengar dari sumber yang kita sendiri tak pasti. Ini adalah fitnah tanpa bukti juga tidak adil. Perkara macam ni lah yang menyebabkan rosaknya reputasi orang lain. Jadi diminta sangat untuk kita sentiasa berhati hati dan jangan terlalu cepat percaya dengan tuduhan yang kita dengar. Lagi lagi jika itu melibatkan pasangan dan keluarga kita sendiri.

Sedih sebab ada orang lebih percaya dengan kata kata pemfitnah melebihi dari kata kata pasangan dan keluarganya sendiri. Ramai bercerai, ramai bermusuh, ramai yang jadi kucar kacir kerana tuduhan dari perawat yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang perawat fitnah biasanya?

“Orang ni main sihir…”

“Orang ni yang buat awak..”

“Suami awak curang dengan kawan baik awak..”

“Isteri awak dah tak ada dara lagi..”

4. Ramai terkena fitnah

Ramai yang menjadi mangsa fitnah. Semuanya terjadi disebabkan tuduhan yang keluar dari perawat yang tidak bertanggungjawab. Suami dituduh sihirkan isteri, isteri pula dituduh sihirkan suami.

Tidak terkecuali, mak mertua dan bapak mertua pun selalu menjadi mangsa dan sasaran fitnah dengan dakwaan mereka mengamalkan ilmu hitam. Bila ada keluarga yang percaya dengan kata kata perawat yang macam ni memang akan merosakkan hubungan keluarga, sekaligus menyebabkan permusuhan.

Jika perawat benar, maka tunjukkan bukti

Dapatkan bukti yang kukuh, selari dengan tuduhan yang dibuat. Ramai orang percaya tanpa bukti yang kukuh. Sangat bahaya kalau kita sendiri percaya tanpa berfikir dengan waras.

Kesimpulan

Jangan mudah percaya dengan tuduhan yang melulu, sekali pun perawat yang bercakap. Kita perlu memastikan sumber maklumat kita adalah sahih dan boleh dipercayai. Hargailah jasa dan pengorbanan perawat dalam memberikan rawatan kepada kita dan jangan mudah percaya dengan fitnah yang tidak berasas.