Kenapa Penyakit Lambat Disembuhkan

Dikemaskini pada 23/11/2020
penyakit lambat sembuh

ANTARA FAKTOR LAMBAT SEMBUH

Ada banyak sebab & faktor kenapa kita berubat berkali kali tapi masih juga belum diberikan kesembuhan & jalan keluar.

Antara faktor kenapa pesakit tidak menunjukkan tanda tanda kesembuhan biasanya ialah:

1. Penyakit & masalah yang dirawat bukan berpunca dari masalah gangguan. Contohnya seperti masalah mental, halusinasi, kerosakan organ atau memang masalah yang datang dari sikap diri sendiri.

2. Gangguan yang berada pada diri pesakit terlalu berat & pesakit hanya dapatkan rawatan cuma sekali.

Sedangkan kes yang dialaminya memerlukan rawatan berulang kali untuk memastikan pesakit benar benar bebas dari segala gangguan.

Kadang kala pesakit hanya dapatkan sekali rawatan kemudian terus mengharapkan kesembuhan akan tiba.

Proses rawatan adalah sama seperti kita dapatkan rawatan di hospital.

3. Pesakit masih malas & berat untuk melakukan perkara perkara yang wajib seperti solat fardu dan benteng diri selepas rawatan dibuat.

4. Pesakit terlalu taksub & berkeinginan tinggi untuk mengetahui siapa pelaku sihir dari berusaha mendapatkan kesembuhan.

Ini akan menyebabkan pesakit semakin susah untuk sembuh. Kerana NIAT pesakit yang telah jauh dari yang asal, iaitu mendapatkan kesembuhan.

5. Pesakit terlalu banyak bersangka buruk kepada orang disekelilingnya termasuk perawat yang hendak membantu.

Ini akan membuatkan pesakit lambat sembuh kerana lebih sibuk untuk melihat kesalahan orang lain.

6. Pesakit kurang sabar dalam mendapatkan rawatan.

Sentiasa menyalahkan orang sekeliling termasuk perawat untuk mendapatkan perubahan dengan cepat.

7. Pesakit tidak beriktiqad bahwa Allah itulah yang Maha Menyembuhkan walaupun lidah berkata Allah, tapi hati & perbuatan pesakit menunjukkan bahwa pesakit lebih bergantung kepada perawat.

Baca juga: TANDA TANDA GANGGUAN DALAM RUMAH

BERAPA KALI PESAKIT PERLU DIRAWAT SEBENARNYA?

Ramai diantara kita yang MENGANGGAP perubatan ruqyah & alternatif ini sebagai tempat untuk kita dapatkan KEAJAIBAN.

Ramai ingat, dengan sekali rawat sahaja maka semuanya akan berubah. Dari jahat jadi baik, dari sakit jadi sembuh & dari miskin jadi kaya dalam sekelip mata.

Rawatan ruqyah & alternatif sebenarnya ialah IKHTIAR. Yang mana ikhtiar ini memerlukan masa & kaedah yang tepat untuk merawat & menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Sama seperti kita dapatkan rawatan di hospital. Rawatan yang dijalankan keatas kita biasanya BUKAN sekali.

Tapi dirawat berkali kali mengikut kes yang kita alami. Contohnya kanser, darah tinggi, sakit jantung & lain lain lagi.

Jadi bila kita hendak dapatkan rawatan dengan perubatan ruqyah, kita perlu tahu yang rawatan ini memerlukan masa & kaedah yang tepat untuk merawat sesuatu penyakit.

Semuanya dengan IZIN ALLAH. Tiada satu pun yang berkuasa melainkan ALLAH. Ayat tidak boleh memberi kesan keatas diri kita melainkan hanya ALLAH sahaja.

Kerana Dia lah yang Maha Menyembuhkan segala penyakit.

KESIMPULANNYA

Kita perlu meneliti semula semua tanda tanda yang ada pada diri, untuk memastikan penyakit yang kita alami benar benar berpunca dari gangguan jin.

Bila kita dah betul betul pasti, berbincanglah dengan perawat untuk dapatkan rawatan yang sesuai.

Jangan terburu buru untuk dapatkan kesembuhan. Semua proses kesembuhan itu biasanya akan mengambil masa.

Yang penting sentiasalah bermuhasabah diri & istiqomah sepanjang kita dapatkan rawatan. Mudah mudahan.

Baca juga: PANAS BARAN SEBAHAGIAN DARI GANGGUAN