Panas Baran Sebahagian Dari Gangguan

Dikemaskini pada 11/7/2020
panas baran

PANAS BARAN ITU GANGGUAN

Marah normal untuk semua manusia. Tapi yang dikatakan panas baran tu sebenarnya tak normal pada sesiapa pun. Apa yang di maksudkan dengan panas baran?

Panas baran bermaksud orang yang cepat marah, cepat melenting & selalu mengamuk disebabkan hal hal yang kecil. Barannya juga bukanlah biasa biasa. Tapi melibatkan barang untuk dibaling, memukul & mencederakan orang lain.

Perkara macam ni sebenarnya tak normal. Mungkin normal pada pandangan orang lain atas sebab dia tak tahu. Tapi tak normal kalau ikut pandangan kerohanian kerana mereka ini sebenarnya sedang diganggu.

Jadi panas baran biasanya memang melibatkan dengan masalah gangguan. Bukan sebab genetik & keturunan.

BETUL KE BERPUNCA DARI GANGGUAN?

Biasanya seseorang yang panas baran itu memang ada gangguan jin pada dirinya.

Kerana kebiasaaannya akan ada juga tanda tanda yang lain selain dari panas baran, seperti kerap bertengkar, ada masalah jodoh, susah tidur malam, masalah kewangan yang teruk, usaha yang tak menjadi & sangat sangat berat untuk beribadat.

Kalau dah panas baran, kemudian diikuti pula dengan semua tanda tanda yang gangguan yang lain, beerti panas barannya memang disebabkan gangguan jin.

Dan mereka akan dikira sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dengan segera.

BOLEH SEMBUH & BERUBAH SEPENUHNYA

Selepas pesakit dapatkan rawatan Islam & berjaya keluarkan gangguan yang ada pada dirinya secara berperingkat, inshaaAllah pesakit akan pulih dengan sendirinya & diikuti dengan masa.

Selain rawatan, pesakit juga perlu beramal untuk dapatkan kesembuhan 100%. Antara nya pesakit perlu baiki ibadat, perlu amalkan zikir & selalu membaca ayat ayat Al Quran.

Paling penting, pesakit perlu selalu bentengkan dirinya dari segala gangguan makhluk halus dengan bacaan ayat ayat Al Quran.

MENCEGAH PENYAKIT PANAS BARAN

Cara untuk mencegah panas baran biasanya dengan kaedah benteng diri. Selalu mengamalkan benteng diri pada setiap masa, untuk mengelakkan dari serangan sihir & saka pada diri.

Juga selalu mengamalkan bacaan ayat ayat Al Quran, yang mana setiap apa yang kita baca akan menghadirkan aura positif pada diri, dan akan meneutralkan aura negatif.

Ini akan menjadikan seseorang itu susah untuk marah walaupun sedang stress.

KESIMPULAN

Panas baran ialah penyakit kerohanian & perlukan pengamal perubatan Islam untuk merawatnya.

InshaaAllah pesakit akan sembuh secara berperingkat & bergantung pada jenis gangguan yang dihadapinya.

Baca juga:

TANDA TANDA GANGGUAN JIN