Panas baran sebahagian dari gangguan jin

Panas baran bukan penyakit klinikal semata mata

Mungkin ada yang berpendapat panas baran tu sebahagian dari masalah sikap.

Mungkin juga ada yang berpendapat panas baran ni ialah sifat kekal yang ada pada diri seseorang. Sekali dia panas baran, maka panas baran la sampai bila bila. 

Tapi kalau ikut pengalaman dalam rawatan, panas baran ni boleh dikatakan sebahagian dari penyakit jiwa sebenarnya.

Dan ofcoz penyakit ni boleh dirawat. Kalau pesakit berjaya dirawat, panas baran dia akan hilang. Dan benda ni dah jadi pada ramai pesakit. Ramai yang berjaya pulih. Dari panas baran, terus jadi seorang yang cool. 

Tapi bukan la bermaksud dia takkan marah lagi. Marah tu mesti ada. Semua manusia mesti ada sifat marah. Cuma dia punya marah tu tak lah macam panas baran sampai naik tangan & pijak orang lain. 

panas baran

Penyebab panas baran

Ada macam macam sebab kenapa kita jadi panas baran. Sihir contohnya, kalau kita kena, memang boleh jadi baran. Tempias boleh buat kita baran, aura yang tak baik boleh buat kita jadi baran. 

Rumah yang ada jin pun boleh cetuskan kemarahan kita.

Panas baran yang ada pada diri seseorang menunjukkan adanya gangguan jin pada dirinya. Setakat ni belum ada lagi orang yang panas baran, tapi tiada gangguan jin pada dirinya. 

Jadi jin boleh menyebabkan gangguan emosi & panas baran. Kalau kita rasa tak stabil & rasa nak marah tu, cepat cepat buat ruqyah mandiri. InsyaAllah marah tu akan hilang. 

Jadi panas baran yang ada pada diri seseorang ni, merupakan petanda bahwa pada dirinya ada sesuatu yang tidak baik. Perlu buat check up & ruqyah untuk confirmkan gangguan jin pada dirinya. 

Panas baran boleh pulih dengan ruqyah

Zikir, bacaan ayat Al Quran, ruqyah mandiri boleh dijadikan sebagai rawatan keatas diri sendiri. Selalu amalkan ruqyah atas diri sendiri, insyaAllah panas baran & rasa nak marah tu akan hilang. 

Jika tak mampu nak rawat diri sendiri, dapatkan bantuan dari pengamal perubatan Islam. InsyaAllah emosi akan stabil & tiada lagi panas baran pada diri. 

Setakat hari ni, dah ramai pulih dengan rawatan ruqyah. Panas baran ni penyakit rohani yang memang boleh dirawat.

Jadi jangan lah anggap panas baran ni satu sikap yang akan kekal pada diri seseorang. Ianya satu penyakit & penyakit ni perlu dirawat dengan segera. 

Kita patut kesian pada orang yang sakit jiwa

Panas baran ni sebahagian dari sakit jiwa. Jiwa ada masalah dengan unsur unsur yang kita tak nampak. Kita patut kesian dengan orang yang panas baran sebenarnya. Bukan takut dengan diorang. 

Jika mereka tu jenis baran sampai tahap suka pukul, itu bermaksud penyakit pada jiwa dia dah tahap teruk & perlu dibawa berubat supaya jiwa dia jadi baik.  InsyaAllah. 

Usahakan dengan jalan terbaik seperti memujuk & berbincang. Paling penting bagi penjelasan yang munasabah. Bagi dia berfikir dengan logik. InsyaAllah dia akan lembut & nak dibawa berubat. 

Rawatan diperlukan berulang kali

Untuk rawat masalah panas baran ni, bukan dengan sekali rawatan. Tapi pesakit mesti dapatkan rawatan berulang kali, sampai panas baran dia beransur pulih. 

Contoh pesakit perlu dapatkan 1-3 x rawatan dari pengamal perubatan untuk pastikan betul betul pesakit sembuh. 

Selain dari rawatan, pesakit juga mesti dibekalkan dengan beberapa amalan untuk diamalkan supaya masalah panas baran ni dapat dipulihkan dengan cepat. 

Jadi kalau kita nak buat rawatan dengan perawat, pastikan kita buat betul betul. Jangan separuh jalan.

Akhirnya tak sembuh juga. Kemudian complain, dah rawat masih sama. Padahal kita sendiri yang tak habiskan rawatan dengan betul. 

Buat sekali rawatan, dah bertukar perawat. Macam mana nak sembuh kalau macam tu?

Kesimpulan

Panas baran berpunca dari syaitan. Panas baran ni sebenarnya satu penyakit rohani yang perlu dirawat bukan disalahkan. 

Cuba sedaya upaya untuk membantu orang yang panas baran. Orang yang panas baran ni, ada diantara mereka yang baik sebenarnya.

Bukan semua orang yang panas baran tu jahat. Tapi kalau kita tak dapat bantu, tak apa, kita jauhkan diri sahaja. InsyaAllah aman hidup kita.

Kesembuhan tu kan milik Allah, kita hanya berusaha selagi kita boleh berusaha.