Tanda anxiety

Blog

Apa itu anxiety?

Anxiety atau disebut sebagai anxiety disorder bermaksud cemas/kebimbangan yang melampau. Semua orang ada perasaan bimbang, tapi bila kebimbangannya terlebih maka jadilah anxiety disorder. Bila ada anxiety biasanya akan auto ada gerd, angin, vertiga & cepat stress.

Punca anxiety yang sebenarnya

Kalau salah cakap nanti kena hentam. Apa yang dikongsikan ni based pada pengalaman dalam rawatan la ya. Terpulang nak percaya atau pun tak. Kebanyakan pesakit anxiety memang dikaitkan dengan masalah gangguan jin. Sebab kebanyakkan pesakit anxiety bila diruqyah akan ada tanda tanda gangguan jin pada dirinya.

Kalau pesakit sendiri story tentang kehidupannya, kita boleh nampak ada banyak tanda tanda gangguan jin pada diri. Bukan semua pesakit anxiety ni ada tanda tanda gangguan. Tapi MAJORITI, ramai yang ada gangguan jin pada diri. So bukan nak memandai untuk tetapkan yang anxiety ni berpunca dari jin, tapi hanya based pada pengalaman dalam rawatan sahaja. 

So punca anxiety boleh jadi disebabkan gangguan jin. Boleh jadi disebabkan sakit klinikal semata mata seperti yang doktor terangkan. 

 

Tanda tanda anxiety disorder

Antara tanda anxiety yang biasa ramai kena:

1. Kerap berdebar tanpa sebab yang jelas. Berdebar pada waktu waktu tertentu. 

2. Selalu rasa takut tanpa sebab yang jelas. Takut duduk rumah, takut nak keluar & takut nak mati. 

3. Selalu fikir nak mati. Selalu fikir malaikat maut dah nak cabut nyawa. 

4. Tak suka keluar rumah sebab selalu rasa diri diperhatikan. 

5. Selalu mengulangi benda yang sama kerana was was. Contoh kunci pintu rumah. 

6. Selalu rasa ada benda bergerak dalam kulit. 

7. Susah tidur malam. Fikir macam macam sampai stress. 

8. Cepat nak marah tapi cepat cool. 

9. Hilang keseimbangan badan. Badan goyang goyang. 

10. Vertigo. Selalu pening & rasa nak pitam. 

11. Tak boleh duduk tempat orang ramai. Rasa sesak nafas. 

12. Selalu rasa jantung kena tarik. Rasa sesak nafas macam nak mati. 

13. Selalu rasa pasir diatas kepala. 

14. Macam macam simptom lain yang hampir sama dengan simptom gangguan jin. 

Antara lain:

15. Hati terlalu sensitif. Nak kan perhatian yang khusus pada diri. 

16. Ada gerak hati yang sangat kuat. Boleh baca jiwa & watak orang lain. 

17. Sangat peka dengan keadaan & suasana disekeliling diri. 

18. Selalu rasa was was. Susah nak buat keputusan yang besar pada diri. 

Anxiety boleh dirawat

Kaedah rawatan untuk rawat anxiety ni ada banyak. Jangan kita limit kan pada satu perubatan sahaja.

1. Kaedah tradisional – herba & sebagainya. Ni ilmu Allah. 

2. Kaedah ruqyah – bacaan ayat ayat Al Quran. Ni ilmu Allah juga. 

3. Kaedah modern – Klinik & hospital. Ni pun ilmu Allah juga. 

4. Rawatan apa sahaja yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Termasuk dalam ilmu Allah. 

Jadi kenapa kita nak menolak sebahagian rawatan & nak menangkan pada satu rawatan saja? Berubat la dengan ilmu yang macam mana sekali pun, semua kesembuhan dari Allah juga ya. 

Yang direkemenkan:

1. Mula merawat diri dengan berdisplin. Tak boleh fikir negatif. Tak boleh bercampur dengan orang negatif. 

2. Merawat diri dengan ruqyah mandiri. 

3. Menjaga kewajipan solat. Laksanakan solat sunat hajat & tahajud. 

4. Banyakkan berdoa sepanjang masa, bukan selepas solat sahaja. 

5. Ajar diri untuk selalu fikir positif. 

Perlu ambil ubat jika terlalu teruk

Sekiranya pesakit hendak dapatkan rawatan Islam, pastikan pesakit boleh control simptom anxiety yang dialami.

Bagi pesakit yang yang tak dapat control & sakit teruk, disarankan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dulu. 

Pesakit anxiety perlukan perhatian

Pesakit anxiety sangat perlukan perhatian & sokongan dari keluarga. 

Keluarga yang tak faham & menyokong pesakit anxiety, akan menyebabkan pesakit semakin menjauhkan diri. 

Jangan sesekali remehkan apa yang mereka rasa. Jangan sesekali pandang ringan untuk masalah ni. 

Pesakit anxiety yang dibiarkan stress akan menyebabkan kemurungan & cenderung pada bunuh diri. 

Tapi zaman sekarang,  kebanyakan keluarga tak tahu apa itu anxiety.

Kalau tahu pun ramai yang anggap anxiety ni orang yang lemah jiwa nya. 

Anxiety ni ialah sebahagian dari ujian jiwa. Tiada kaitan dengan lemah iman atau jiwa. Jadi kena fahamkan betul betul. 

Para ulama, wali wali Allah juga boleh terkena. Orang yang Allah sayang maka Dia akan turunkan ujiannya. 

Yang lemah jiwanya ialah orang orang yang malas nak solat. 

You cannot copy content of this page