Tanda Gangguan Dalam Rumah

Dikemaskini pada 3/11/2020
tanda gangguan dalam rumah

RUMAH BUNYI GULI? PINDAH PERABUT & BUNYI PASIR?

Kita akan mula mencari tahu tentangĀ  gangguan dalam rumah, bila kita sendiri terasa ada yang tak kena dengan rumah senndiri.

Mungkin kita dah mula dengar orang main guli, pindah perabot sana sini & macam macam lagi lah bunyi yang pelik pelik dan tak masuk akal.

Kadang tu dengar orang bertukang kat atas rumah pukul 2-3 pagi. Setiap malam pula tu. Tak logik kan?

So bila kita sendiri dah rasa pelik. Mesti kita google atau tanya orang. Macam macam jawapan ada.

Tinggal diri kita saja nak pilih jawapan yang mana satu.

Semua perkara yang kita alami macam kat atas tadi sebenarnya merupakan sebahagian dari tanda tanda gangguan.

Yang mana, tanda tanda gangguan yang ada dalam rumah pula menunjukkan rumah kita sedang didiami makhluk halus yang entah datang dari mana.

Boleh jadi sihir, boleh jadi saka atau mungkin datang dari luar. Siapa tahu. Betul tak?

TANDA TANDA GANGGUAN DALAM RUMAH

1. Susah tidur malam Ketika berada dirumah sendiri. Tetapi mudah tidur ketika berada ditempat lain.

2. Selalu rasa semak & emosi cepat baran bila duduk dirumah tapi akan jadi tenang bila berada diluar rumah.

3. Kerap bertengkar dengan pasangan ketika dirumah.

4. Bahang yang teramat ketika berada dirumah. Luar dari kebiasaan.

5. Rasa selalu diperhatikan sepanjang masa. Terutama bila duduk berseorangan.

6. Kerap bunyi bising setiap malam. Biasanya bunyi guli atau orang tumbuk lesung.

7. Bayi selalu menangis ketika dirumah. Tapi tak menangis bila berada ditempat lain.

8. Kerap ternampak kelibat hitam lalu lalang ditepi mata.

9. Kerap mimpi buruk setiap malam.

10. Terlalu berat untuk beribadat. Terasa malas yang luar biasa untuk apa apa aktiviti.

11. Berat untuk bangun pagi. Luar kebiasaan.

12. Duit selalu hilang dirumah walaupun tiada orang

13. Selalu bunyi pasir diatas bumbung. Biasanya berlaku pada rumah teres.

14. Makanan dekat rumah cepat basi. Biasanya nasi berlauk, termasuk la nasi tu sendiri.

15. Kerap bau najis, bangkai & sampah walaupun keadaan rumah bersih

16. Emosi cepat terganggu & kemurungan bila berada didalam rumah. Tapi rasa tenang bila ada diluar.

17. Barang kerap hilang & berubah tempat. Ini yang paling banyak jadi.

18. Kerap lebam dipeha tanpa sebab yang jelas. Tetapi tiada lebam ketika berada dirumah lain.

19. Sering terjaga ditengah malam

20. Kerap mengingau dirumah sendiri & jadi normal bila berada ditempat lain.

KESIMPULAN

Jika rumah kita mengalami tanda tanda diatas, ini menunjukkan adanya gangguan makhluk halus dalam rumah kita sendiri. Bukan rumah atas & bukan rumah sebelah.

Kita perlu dapatkan rawatan untuk pemulihan dan pemagaran dalam rumah. InshaaALLAH keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

Apa pun kita boleh mulakan dengan step pertama sebelum berusaha dengan pengamal perubatan Islam, iaitu azankan disetiap ruang dalam rumah.

Jika gangguan biasanya, inshaaAllah akan hilang dalam sehari dua.

Jika masih tak hilang, disini baru perlunya bantuan dari pengamal perubatan Islam.

Biasanya untuk gangguan degil ni memang kita perlukan bantuan dari mereka yang ahli dalam bidangnya.

Jika nak dapatkan rawatan disini, boleh HUBUNGI KAMI untuk dapatkan rawatan

Baca juga:

TANDA TANDA GANGGUAN

TANDA REZEKI BERMASALAH