Tanda Jelas Sihir Pemisah

Dikemaskini pada 11/8/2020

APA MAKSUD SIHIR PEMISAH?

Sihir pemisah bermaksud sihir yang dihantar oleh seseorang, dengan tujuan untuk memusnahkan hubungan seseorang dengan pasangannya. Selain dari dihantar, sihir pemisah juga boleh datang dari pelbagai arah dan tidak semestinya dihantar.

Antaranya ialah disebabkan tempias yang datangnya dari orang lain, gangguan jin asyik, gangguan saka keturunan & amalan yang memakan diri. Semua ni boleh menyebabkan terjadinya sihir pemisah.

BAGAIMANA HENDAK MENGESAN KEHADIRAN SIHIR PEMISAH?

Sihir pemisah boleh dikesan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah kaedah diagnosis melalui tanda tanda gangguan, ruqyah diri sendiri & berbincang dengan pengamal perubatan Islam.

Antara tanda tanda yang boleh kita lihat melalui diri pesakit ialah:

1. Perasaan pasangan berubah secara mendadak. Dari cinta menjadi benci tanpa sebab yang jelas.

2. Tiada nafsu pada pasangan & kurang bersama.

3. Emosi menjadi baran bila berhadapan dengan pasangan. Hampir setiap hari bertengkar

4. Bau busuk pada pasangan.

5. Melihat pasangan dalam keadaan buruk & hitam bila berhadapan dengannya.

6. Kerap bertengkar bila dekat & rindu ketika jauh dengan pasangan

7. Kerap bermimpi perkara yang buruk & susah tidur malam

8. Perasaan & pendirian tidak tetap. Kadang benci, kadang sayang & kadang kesian.

Sihir pemisah BIASANYA hanya bertujuan untuk memisahkan pasangan yang sedang BERBAHAGIA. Jadi sentiasa berhati hati. Jangan mudah kongsikan kebahagiaan kita di media sosial.

BAGAIMANA HENDAK PULIH DARI SIHIR PEMISAH?

Ada pelbagai jalan untuk pulihkan diri dari sihir pemisah. Antara jalan yang mudah & selamat ialah melalui pengamal perubatan Islam & alternatif.

Mereka yang pakar dalam bidang kerohanian boleh batalkan unsur sihir & pengaruhnya pada diri dan pasangan.

Antara kaedah yang boleh diusahakan untuk membuang sihir pemisah:

1. BERJUMPA DENGAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM

2. MENGAMALKAN RUQYAH MANDIRI SETIAP HARI.

3. MENGAMALKAN AYAT PEMBATAL SIHIR & DIJADIKAN ZIKIR SEHINGGA KEADAAN KEMBALI NORMAL

4. SOLAT HAJAT & BERDOA KEPADA ALLAH UNTUK DILEPASKAN DARI GANGGUAN SIHIR PEMISAH

BENTENG DIRI ADALAH WAJIB

Selepas pesakit berjaya membatalkan sihir pemisah, dan berjaya mengatasi masalah dalam hubungan dengan pasangan.

Perkara pertama yang sangat penting bagi seorang pesakit, ialah mengamalkan benteng diri secara istiqomah, supaya sihir pemisah dan apa sahaja jenis gangguan jin tidak akan kembali lagi pada diri & pasangan.

Ramai pesakit yang terlepas pandang tentang benteng diri. Ramai yang lupa untuk amalkan benteng diri bila mereka dah bebas & sembuh dari pengaruh sihir.

Padahal sihir pemisah boleh saja kembali sekiranya pesakit tiada lagi perlindungan pada diri. Sekali sembuh jangan ingat dia takkan datang lagi. Sekali usaha biar sampai habis. InsyaAllah. 

Baca juga:

KENAPA PESAKIT LAMBAT SEMBUH

TANDA TANDA GANGGUAN 

PANAS BARAN SEBAHAGIAN DARI GANGGUAN