Tanda Rezeki Bermasalah Disebabkan Gangguan

Dikemaskini pada 1/11/2020

TANDA TANDA REZEKI BERMASALAH

Ini antara tanda yang paling banyak di alami pesakit. Tanda yang dimaksudkan adalah jika aliran rezeki kita mengalami masalah yang ada kaitan dengan masalah gangguan seperti sihir & saka keturunan.

Untuk tahu sama ada diri diganggu atau pun tidak. Boleh rujuk tanda tanda masalah rezeki dibawah.

Antara tanda tanda rezeki bermasalah disebabkan gangguan:

1. Selalu gagal bila buat bisnes. Dah belajar, dah ada seorang guru untuk berniaga, dah tahu cara marketing tetapi bisnes masih lagi gagal & tak berjaya.

2. Jika perniagaan berjaya dijalankan, pendapatan dari hasil perniagaan adalah sendu. Tak mampu untuk menampung keperluan.

3. Selalu kena buang kerja. Selalu bermasalah dalam semua bidang. Akhirnya dibuang atas sebab yang remeh temeh. Baik kesalahan sendiri mahu pun kesalahan syarikat.

4. Duit selalu habis untuk masalah yang remeh temeh seperti kereta rosak, motor rosak, aircond rosak, bayar hutang & lain lain.

5. Dah usaha tahap maximum. Habis rajin sudah. Tetapi keadaan masih sama. Seolah olah diri ini TERHALANG.

6. Banyak jumpa customer, seolah olah peluang untuk jana income itu ada. Tetapi akhirnya tiada siapa yang membeli. Sentiasa ada halangan tanpa sebab yang jelas.

tanda rezeki bermasalah

CARA UNTUK TAHU PUNCA MASALAH REZEKI

1. Banyak membaca & membuat kajian tentang tanda tanda gangguan. Terutamanya tanda tanda sihir & saka keturunan. Ramai yang terlepas pandang tentang perkara ni.

2. Berbincang dengan pengamal perubatan Islam tentang masalah yang dihadapi. Mungkin ada jalan penyelesaian yang kita akan nampak.

3. Amalkan ruqyah mandiri. Tahu boleh cari digoogle. Semuanya dihujung jari. Jangan malas untuk belajar. Ruqyah mandiri boleh menjauhkan diri dari segala gangguan makhluk halus.

4. Jika ada sesuatu yang mencurigakan seperti tangkal, pasir & lain lain berada pada rumah atau tempat perniagaan boleh segera maklumkan pada pengamal perubatan Islam untuk dapatkan lebih kepastian.

KESIMPULAN

Semua tanda diatas hanya sebagai panduan sahaja untuk mengesan masalah rezeki yang berpunca dari gangguan jin.

Tanda tanda diatas boleh jadi BUKAN disebabkan gangguan. Tapi mungkin juga disebabkan faktor lain seperti  “Dosa dengan orang lain””Hutang yang banyak””Kurang bersedekah” & banyak lagi faktor lain yang boleh sebabkan rezeki kita tersekat.

Walau macam mana pun kita tetap perlu cari jalan untuk ikhtiar pulihkan keadaan aliran rezeki kita, supaya kita boleh terus bekerja tanpa ada tekanan dalam kehidupan.

Baca juga:

TANDA TANDA GANGGUAN YANG JELAS PADA DIRI