Tanda Tanda Gangguan Jin

Dikemaskini pada 12/11/2020
Tanda tanda gangguan

TANDA TANDA GANGGUAN

Ada banyak tanda tanda gangguan jin yang boleh kita lihat pada diri. Semua tanda tanda gangguan dibawah hanyalah sebagai PANDUAN untuk mengesan gangguan jin & jenisnya.

Jika ada banyak tanda tanda gangguan pada diri, segera dapatkan rawatan.

Antara tanda gangguan jin yang berada pada diri:

SECARA UMUM

1. Susah tidur malam tanpa sebab jelas & berlaku HAMPIR setiap hari.

2. Panas baran disebabkan hal hal kecil.

3. Kerap bertengkar dengan keluarga & pasangan atas sebab yang remeh temeh.

4. Rasa sedih tanpa sebab yang jelas.

5. Sakit seluruh badan & rasa penat tanpa berbuat apa apa.

6. Selalu mengantuk pada waktu petang. Mengantuk selepas waktu asar & waktu maghrib.

7. Kemurungan, rasa resah & tidak tenteram. Termasuk masalah anxiety disorder.

8. Kerap menguap bila mendengar azan, mengaji & solat.

9. Kerap mimpi tandas, tempat kotor & mimpi yang menakutkan.

TANDA SIHIR PEMISAH

1. Perubahan secara mendadak. Dari seorang yang tenang terus menjadi panas baran dalam waktu yang sekejap.

2. Baik dengan orang luar tapi menjadi panas baran pada pasangan.

3. Tiada nafsu dengan pasangan. Nampak tak cantik, nampak semua kesalahan & perkara negatif.

4. Hampir setiap hari bertengkar. Benci yang teramat sangat. Tetapi jadi serba salah bila jauh dengan pasangan.

5. Menjadi benci pada pasangan tanpa sebab yang jelas.

6. Keinginan untuk bercerai disebabkan hal yang remeh temeh.

7. Keliru dengan diri sendiri bila hendak melepaskan pasangan.

8. Nampak semua aib pasangan sehingga semua kebaikan pasangan tertutup.

TANDA SIHIR PENGASIH

1. Perubahan yang sangat cepat untuk jatuh cinta pada seseorang.

2. Hampir setiap hari rindu & sayang yang membuak buak pada pasangan yang baru dikenali.

3. Nafsu yang tak terkawal bila tidak bersama dengan pasangan.

4. Jiwa meronta ronta hendak berjumpa dengan pasangan. Tidak boleh berjauhan.

5. Hampir setiap masa mengingati pasangan. Sehingga mengganggu kerja seharian.

6. Nafsu yang membuak. Sangat berkeinginan untuk “bersama” dengan pasangan.

7. Menjadi tunduk & mengikut apa sahaja kata kata pasangan termasuk la perkara perkara yang haram

8. Rela diri diperbodoh & dimalukan. Rasa marah yang sekejap & terus hilang. Kerana terasa sayang yang amat sangat.

TANDA SANTAU ANGIN

1. Batuk berpanjangan & tidak dapat dikesan oleh Dr.

2. Berat badan menurun. Hilang selera makan & muntah,

3. Sakit badan pada waktu waktu tertentu. Contoh berlaku pada waktu maghrib.

4. Kerap mimpi ular & binatang buas.

5. Sangat susah tidur malam. Kerap terjaga tengah malam.

6. Gatal satu badan tanpa sebab yang jelas.

7. Perut membusung tanpa ada penjelasan dari segi klinikal.

8. Muntah darah. Muntah benang & segala yang tidak masuk akal.

santau angin

TANDA SIHIR JIN ASYIK

1. Kerap lebam dipeha tanpa sebab yang jelas.

2. Kerap mimpi bersetubuh dengan lelaki yang tidak dikenali.

3. Kerap bertengkar dengan pasangan, jika sudah berkahwin.

4. Selalu gagal dalam percintaan & perkahwinan.

5. Berat jodoh. Susah untuk bersama dengan pasangan.

6. Tiada masalah lain selain dari masalah jodoh.

7. Selalu rasa letih bila bangun dari tidur.

8. Kerap ditindih bila hendak tidur

9. Nafsu yang kuat & tidak dapat dikawal. Biasanya akan datang secara tiba tiba.

10. Keinginan yang kuat untuk melakukan onani.

11. Sangat berat untuk melakukan zikir, membaca Al Quran & mendirikan solat.

12. Hilang keinginan untuk berkahwin. Tak semua dari kita yang ada tanda ini.

TANDA SIHIR PERNIAGAAN

1. Rezeki disekat secara tiba tiba. Income sehari biasanya rm1k tetiba jadi rm100 dalam sehari dan berterusan walaupun usaha perubahan pada perniagaan dibuat.

2. Ramai pelanggan tak jumpa kedai. Banyak pelanggan bagi tahu yang dia tak jumpa kedai & selalu nampak tutup.

3. Makanan cepat basi. Biasa tahan lama, tak sampai sehari dah basi. Ini sebahagian dari tanda tanda gangguan.

4. Owner kedai selalu sakit badan & rasa letih tak seperti kebiasaan.

5. Kerap lebam pada seluruh tubuh badan owner.

6. Pekerja banyak berhenti & mula mengalami simptom gangguan seperti sakit sakit badan, mimpi yang tidak baik dan sebagainya.

7. Hari semakin hari keadaan kedai & diri semakin merosot. Tidak nampak tanda tanda pulih.

Baca juga: Tanda rezeki bermasalah

tanda rezeki bermasalah

TANDA PENDAMPING

1. Panas baran yang melampau. Marah sehingga tidak sedarkan diri.

2. Dihormati dan disegani orang lain tanpa sebab yang jelas. Walaupun dia seorang yang dikenali sebagai sampah masyarakat.

3. Memiliki kelebihan seperti boleh berubat, boleh bersilat tanpa belajar dari mana mana guru atau pernah mengambil ijazah tanpa belajar.

4. Kerap bertengkar dengan keluarga.

5. Ada sejarah menuntut ilmu kebatinan & apa apa ilmu yang berkaitan dengan khadam.

6. Mendengar bisikan & selalu melihat kelibat.

7. Hijab mata terbuka sehingga boleh melihat gangguan makhluk halus.

TANDA SAKA KETURUNAN

1. Panas baran sejak remaja. Kerap bertengkar dengan keluarga.

2. Hampir setiap hari susah tidur malam. Waktu subuh baru mengantuk.

3. Ada gerak hati yang kuat. Boleh membaca jiwa & watak orang lain.

4. Kerap mimpi bayi & rumah lama.

5. Kerap bertengkar dengan pasangan sejak mula bercinta.

6. Kerap mimpi berjumpa dengan orang tua. Menerima pemberian & sebagainya.

7. Memiliki kelebihan seperti berubat tanpa belajar dari mana mana guru.

8. Kerap mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.

9. Hubungan dengan keluarga merosot. Hubungan antara adik beradik tidak rapat & tunggang langgang semuanya.

10. Sentiasa ada masalah kewangan. Susah nak maju.

11. Buat apa pun tak menjadi sejak sekian lama.

12. Berat untuk beribadat walaupun rasa nak beribadat.

BOLEH DIJADIKAN DIAGNOSIS

Semua tanda tanda diatas boleh dijadikan sebagai diagnosis awal untuk mengesan gangguan yang menganggu pada diri kita.

Sekiranya simptom yang kita alami lebih kepada masalah sihir, beerti ada sihir yang sedang menganggu kita.

Sekiranya simptom yang kita alami lebih pada masalah saka, beerti ada saka yang sedang menganggu kita. Simple.

Kita boleh tahu & mengesan masalah gangguan yang berada pada diri kita hanya dengan melalui tanda tandanya.

Cukup kita tahu yang kita sedang diganggu. Kita dah boleh terus dapatkan rawatan untuk selesaikan segala masalah & penyakit yang sedang kita hadapi.

Jadi kita sebenarnya dah jimat masa untuk cari perawat semata mata untuk buat sesi scan sahaja.

TIADA TANDA DIATAS?

Jika tiada tanda diatas pada diri, bermakna diri kita TIADA MASALAH GANGGUAN. Terutamanya gangguan yang berat seperti sihir & saka.

Jika kita MASIH PERCAYA yang pada diri kita ada gangguan jin walaupun tiada tanda tanda diatas maka bolehlah berbincang dengan pengamal perubatan untuk lebih kepastian.

KESIMPULAN

Semua tanda tanda diatas hanya sebagai panduan untuk menentukan gangguan yang berada pada diri. Perlu dapatkan rawatan sekiranya ada lebih dari 3 tanda.

Baca Juga:

PANAS BARAN SEBAHAGIAN DARI TANDA GANGGUAN

BERAT JODOH MUNGKIN PETANDA GANGGUAN

TANDA JELAS TERKENA SIHIR PEMISAH

TANDA GANGGUAN DALAM RUMAH

Rujukan Luar:

TENTANG JIN

TENTANG SIHIR

TENTANG SAKA (Wikipedia)