perubatan sufi

Biasanya orang panggil Ustaz sebab mungkin perawat ni orang dah biasa panggil nama Ustaz. Cuma saya lebih prefer dengan nama Tuan Muhammad. 

Saya berubat kat area Selayang, Batucaves Selangor. Rumah saya tu buat pusat rawatan, memang hari hari orang datang kat rumah tu. Dari tahun 2010 – sampai 2018.

Saya start merawat dari rumah sendiri, lepas tu berpindah ke rumah kedai pula (pusat rawatan), masa ni rawat kat pusat rawatan je. Lepas PKP sampai sekarang terus tutup. 

Sekarang buat rawatan bergerak rumah ke rumah & rawatan secara jarak jauh. Tak semua kes saya ambil, start bantu secara part time sahaja. (Updated:2024). 

Saya belum bercadang nak buka semula pusat rawatan, untuk masa sekarang, jadi hanya fokus rumah ke rumah & rawatan dari jarak jauh sahaja. 

Sepanjang jadi pengamal ruqyah, saya dah jumpa bermacam macam kes. 

Dari kes sihir, masalah pendamping, saka sampai lah kepada masalah rumahtangga. Hari hari orang luahkan perasaan pada saya. Untuk tahun 2023/2024 ni saya terima banyak masalah rumahtangga, terutama kes cerai & kes orang ketiga. Tak tahu kenapa kes macam ni makin tinggi. 

Hampir setiap hari pesakit akan contact saya untuk ceritakan masalah diri, ceritakan luahan hati & sebagainya. Sampai saya dah jadi hafal dengan kes yang saya biasa terima. 

Kadang tu, bila pesakit cerita sikit je, biasanya saya dah boleh agak apa yang pesakit tu alami.

Bukan sebab saya scan, atau saya ni ada ilmu ghaib, tapi sebab dah ada banyak pengalaman dari pesakit pesakit yang lepas. Majoriti kes lebih kurang sama. 

Bila hari hari mengadap benda yang sama, kita  pun jadi mudah nak tahu apa masalah pesakit.

Kadang kadang pesakit akan call sebab nak minta pandangan, nasihat & nak meluahkan perasaan. 

Tapi bila call, masa saya banyak terbuang kerana terpaksa mendengar cerita yang sama hampir setiap hari. Sampai pesakit lain pun tak sempat saya reply. 

Jadi saya tetapkan hanya boleh whatsapp sahaja dengan saya. Tak perlu call. Kalau susah nak cerita, boleh voice note. InsyaAllah. 

Saya akan baca & saya akan dengar. 

Saya akan jawab bila saya free. Saya dah terbiasa bersoaljawab dengan pesakit dalam tempoh 13 tahun ni.

Jadi apa sahaja kes yang berkaitan dengan sihir saka, masalah keluarga atau pasangan, insyaAllah saya boleh bantu bagi penerangan. Tak semestinya kena buat rawatan dengan saya. 

Saya boleh terangkan punca & gambaran sebenar tentang masalah yang pesakit alami. Terima atau tak terpulang. 

Tak perlu malu dengan saya untuk ceritakan aib diri & pasangan. Saya tak pernah pandang rendah pada pesakit saya. Saya bukan jenis orang yang terlalu cepat menilai & jatuhkan hukum. Saya tak peduli sangat hal peribadi orang lain. 

Banyak pengakuan saya dah terima, macam berzina, lesbian, gay & banyak lagi kes kes yang malu kalau kita dengar. Tapi saya okey je. Saya cuma dengar & fahamkan sahaja situasi yang dialami. Itu sahaja. 

Ringkasnya saya cuma buat kerja saya & mencari rezeki sahaja.

Saya juga ada belajar tentang penyakit klinikal. Jadi saya boleh tahu sedikit sebanyak tentang penyakit klinikal. Saya sendiri banyak berurusan dengan doktor. 

Apa pun sakit yang saya bagi tahu berkaitan klinikal, saya tak confirmkan apa apa, cuma bagi panduan sahaja based pada tanda. 

Kalau saya syak terkena kanser, saya akan cakap tanda kanser & minta pesakit untuk berjumpa dengan doktor. So, doktor lah yang akan confirmkan berdasarkan diagnosis yang sebenar. 

Mesti melalui checkup yang betullah. Kalau doktor cakap tak ada tapi tak checkup betul betul tak boleh juga. 

Antara masalah klinikal yang saya maksudkan adalah masalah anxiety, skizofrenia, bipolar, kanser, buah pinggang, jantung & banyak lagi. 

Dan saya tahu bukan semua kes tu berpunca dari gangguan jin. Saya bukan perawat yang kaitkan semua benda dengan jin. 

Pada saya, perubatan Islam itu adalah perubatan yang tidak bercanggah dengan Islam. Ini termasuk la rawatan moden, rawatan tradisional & rawatan ruqyah. 

Jadi kalau saya ni sesuai untuk untuk bantu kes tuan/puan, boleh whatsapp dengan saya dulu. Ceritakan dulu masalah. Saya akan tengokkan, saya boleh rawat atau pun tidak. Bukan semua kes saya boleh rawat. Jadi tak semua kes pesakit saya akan terima. 

InsyaAllah saya akan bagi tahu walaupun kadang kadang lambat sikit nak reply. Terima kasih sebab baca sampai habis. 

WhatsApp: 011-6202-1732 (Perawat bertugas)

Email: ruqyahsufi@gmail.com 

(Sekiranya tak nak dedahkan no telefon)

perubatan sufi
Tahun 2019
perubatan Islam membuang sihir pada diri pesakit - rawatan jarak jauh juga disediakan
Tahun 2016
perubatan sufi
Tahun 2015
perubatan sufi
Tahun 2010
perubatan sufi merawat pesakit - Buang saka keturunan
Tahun 2018
perubatan sufi
perubatan sufi
Tahun 2015