Disclamer
Informasi Kesihatan
Konten yang disediakan dalam PerubatanSufi.com adalah sebagai perkongsian umum berdasarkan kepada pengalaman didalam rawatan.
Informasi ini tidak bertujuan untuk mengantikan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan yang diberikan oleh doktor.
Pengalaman dan rawatan
Perkongsian yang kami lakukan di PerubatanSufi.com adalah berdasarkan pengalaman kami dalam merawat pesakit.
Biasanya pihak kami selalu mengesyorkan pesakit untuk mendapatkan pemeriksaan dan khidmat nasihat dari doktor jika penyakit itu dikesan BUKAN berpunca dari gangguan sebelum cuba mendapatkan rawatan dengan pihak kami.
Jika pesakit memilih untuk tidak mendapatkan nasihat dari doktor, maka pesakit bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan yang dibuat.
Jika kes kes yang terlalu kritikal macam kanser, biasanya kami menolak untuk pesakit dapatkan rawatan sebagai ikhtiar jika pesakit menolak rawatan dari doktor.
Pengetahuan dan Kepercayaan
Perkongsian kami di PerubatanSufi.com juga merangkumi pengetahuan dan kepercayaan bahawa penyakit yang dialami oleh pesakit boleh berpunca daripada gangguan jin.
Ini adalah sebahagian dari kepercayaan dalam agama Islam, yang mengakui bahawa penyakit tidak semestinya berasal dari aspek klinikal sahaja. Gangguan jin juga boleh mendatangkan mudharat pada tubuh kita. Jadi rawatan alternatif itu sentiasa untuk pesakit ikhtiar.
Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkongsian tentang tanda-tanda gangguan jin untuk membantu pesakit supaya lebih jelas tentang kewujudan gangguan jin pada diri.
Penutup
Kami sentiasa berharap info yang kami kongsikan di PerubatanSufi.com dapat membantu semua pesakit. Apa apa boleh hubungi pihak kami untuk sebarang pertanyaan.