Soalan Lazim
Macam mana nak buat rawatan berhadapan?
Hanya buka untuk pesakit yang ada temujanji sahaja.
Tiada WALK IN. Hanya hadir kerumah pesakit.
Perlukan temujanji sebelum pesakit dapatkan rawatan berhadapan. Terima kasih atas kerja sama. 🙂
Majoriti pesakit yang hadir ke pusat rawatan adalah kerana masalah rumahtangga, sekadar nak buat checkup, sekadar nak bertanya masalah diri & pesakit yang nak dirawat pun tak hadir kerana nak buat tanpa pengetahuan.
Untuk tak membuang masa, pesakit perlu ceritakan masalah dulu, baru buat temujanji.
Bayaran untuk hadir ke rumah pesakit?
Bermula dari RM150 – RM250 seorang.
Bergantung pada kawasan, jenis rawatan & kes yang diterima. Bukan semua kes perawat perlu hadir kerumah.
Macam mana nak tahu saya sakit apa?
Melalui tanda tanda gangguan jin pada diri. Lagi banyak tanda, lagi jelas ada gangguan jin pada diri.
Buat diagnosis diri disini untuk dapatkan lebih kepastian.
Dah ramai ke sembuh buat rawatan disini?
Perawat dah merawat selama 10 tahun & beribu kes. Hampir setiap hari merawat pesakit.
Kebanyakan sembuh dengan izin Allah.
Walau macam mana pun tak semua yang sembuh. Lumrah dunia, bukan semua ikhtiar Allah akan izinkan.
Boleh ke saya buat rawatan tanpa pengetahuan pesakit?
Boleh. Dengan kaedah rawatan jarak jauh/tanpa hadir ke pusat rawatan. Untuk masalah rumahtangga, memang tak perlu hadir kepusat rawatan.
Macam mana cara untuk dapatkan rawatan?
1. Whatsapp & ceritakan masalah pesakit terlebih dahulu.
2. Tunggu respon dari perawat. Kadang sekejap kadang lama, ambil masa untuk reply. Kes urgent tak dapat ambil buat masa sekarang.
3. Detailskan semua masalah melalui whatsapp. Semua privacy terjaga.
4. Perawat akan jelaskan sekiranya sakit ni berpunca dari masalah gangguan jin.
5. Selepas jelas & selesai, baru buat temujanji untuk rawatan jarak jauh & berhadapan. (Ikut pada kes)
Kemaskini akhir pada 19/11/2022