Gangguan jin dalam dunia poligami

Hidup dalam dunia poligami ini sebenarnya memang tak mudah. Gangguan jin boleh menyebabkan hidup kita bermasalah, tapi walaupun tak ada gangguan jin, tetap akan ada masalah kalau kita hidup di dalam dunia poligami.

Benda ni boleh berlaku disebabkan banyak faktor, contohnya macam tidak berlaku adil, hasutan, sikap mengadu domba, suka tuduh menuduh dan sebagainya.

Tuduhan antara madu

Dalam dunia poligami, biasanya memang wujud pun tuduhan tuduhan yang berkaitan dengan sihir or amalan ilmu hitam. Perkara macam n terjadi disebabkan kita or madu ada meminta bantuan dari perawat untuk membantu diri dan masalah rumahtangga lagi lagi untuk buat “scan”.

Perawat pula ada yang benar dan ada yang tak benar dalam menyampaikan sesuatu.

Ada perawat yang akan mendiamkan diri tentang siapa yang menghantar sihir, tapi ada perawat yang berani keluarkan tuduhan bahwa “fulan bin fulan” telah melakukan sihirnya kepada kita.

Maka inilah yang menyebabkan berlakunya “tuduh menuduh” antara madu. Kalau kita dituduh oleh madu, kita melakukan sihir, itu bermaksud bukan salah dia sepenuhnya, tapi salah dari perawat yang membuat tuduhan tu.

Tugas Perawat Islam

Biasanya orang yang hidup berpoligami ni memang akan meminta bantuan dari perawat Islam untuk check diri sendiri sama ada terkena gangguan jin atau pun tidak.

Sebenarnya memang tak ada masalah kalau nak minta bantuan dari perawat Islam.

Yang menjadi masalah bila perawat berani membuat tuduhan yang menyebabkan berlakunya permusuhan antara madu. Maka memang tak dihairankan lah kenapa ada madu yang membenci diri kita tanpa sebab yang jelas.

Kesan kepada keluarga

Bila seorang isteri mendapatkan bantuan dari seorang perawat, dan perawat itu pula adalah perawat yang tidak bertanggungjawab dan tidak menjaga etika didalam rawatan, maka jawapan yang dikeluarkan oleh perawat itu mungkin akan memberi kesan kepada keluarga kita.

Tuduhan yang dilemparkan oleh perawat itu boleh menyebabkan berlakunya permusuhan dan menanam kebencian.

Jalan penyelesaian

Kita boleh berubat. Tapi jangan sampai terlalu yakin dengan apa yang perawat beritahu. Diagnosis yang perawat berikan boleh salah dan tak tepat. Jadi berhati hati bila mendengar statement yang dikeluarkan oleh perawat. Lagi lagi bila melibatkan tuduhan yang amat berat.

Kalau dapat, jauhkan diri kita dari perawat yang suka menuduh orang lain. Perawat macam ini sangat bahaya dan boleh merosakkan hubungan kita dengan orang lain. Ramai orang bercerai kerana wujudnya perawat sebegini.

Kesedaran dalam mendapatkan rawatan

Nak tahu pada diri kita ada gangguan jin atau pun tidak sebenarnya mudah. Hanya melalui tanda tanda gangguan jin yang dah disediakan. Dengan melalui tanda kita boleh tahu yang kita ni dah terkena atau pun tidak, dan kita boleh confirmkan dengan perawat Islam yang akan bantu pada diri kita.

Perawat tak bertanggungjawab

Perawat yang tidak bertanggungjawab biasanya akan mengeluarkan kenyataan untuk menuduh salah satu isteri melakukan sihir atau menggunakan jin untuk mengganggu isteri yang lain.

Benda macam ini memang boleh menambahkan lagi api kepada konflik yang sudah ada dan boleh menyebabkan situasi menjadi lebih buruk. Jadi kita perlu menjauhi perawat yang tidak bertanggungjawab.

Kesimpulan

Dalam dunia poligami dan rawatan Islam memang tak lari dari “SIHIR” yang disampaikan oleh perawat. Bukan semua MADU itu jahat. Kadang hati kita sendiri yang ada problem dan menyebabkan berlakunya KEBENCIAN yang mendalam.