Orang yang berisiko untuk ‘merasuk’

Maksud merasuk

Merasuk bermaksud pesakit hilang kesedaran diri & tubuh badan dia dikawal oleh makhluk halus yang masuk kedalam diri.

Bila pesakit dirasuk, pesakit hilang kesedaran diri sepenuhnya ata pesakit dalam keadaan separa sedar. Kalau separa sedar ni pesakit masih boleh melihat & mendengar, cuma tak dapat control tubuh badan sendiri. 

Makna kata lain, tubuh badan kita dah kena ‘hack’ dan dikawal oleh orang lain. Sama ada dikawal jin atau manusia tu sendiri melalui perantaraan syaitan. 

Tapi kadang kadang merasuk ni, tak semestinya melibatkan jin or syaitan. Kadang kadang jadi sebab masalah mental. Tapi pesakit & keluarga tak tahu, dan anggap benda tu sebagai sihir & gangguan jin. 

Siapa yang berisiko?

Sesiapa pun berisiko untuk dirasuk jin. Cuma perempuan lebih berisiko dari lelaki untuk dirasuk.  Sebab majoriti yang dirasuk adalah perempuan. Bukan lelaki. 

So kenapa perempuan? Sebab yang menarik perhatian semua makhluk adalah perempuan. Bukan lelaki. Perempuan yang paling banyak mendedahkan auratnya dalam media sosial. 

Yang berisiko untuk dirasuk:

1. Perempuan cantik & menarik perhatian. 

2. Perempuan yang tak menjaga aurat. Seksi & sebagainya. 

3. Perempuan yang penakut & lemah semangat. 

4. Pesakit anxiety disorder. 

5. Lelaki atau perempuan yang suka menonton cerita seram. 

6. Lelaki yang menuntut ilmu kebal, persilatan & kebatinan. 

7. Lelaki & perempuan yang memakai tangkal, azimat & wafak pada diri. 



Ilmu Hitam



Kerap Mimpi Buruk



Tanda Sihir Pemisah

Yang terkena boleh datang semula

Pesakit yang pernah dirasuk, berisiko tinggi untuk dirasuk semula sekiranya pesakit sendiri tak mengamalkan apa apa amalan yang boleh membantu dirinya dari dirasuk. Antara contoh amalan, ialah bacaan pendinding diri macam 3 Qul. 

Yang pernah dirasuk, sangat sangat berisiko tinggi, sebab tu pentingnya dapatkan rawatan sampai pesakit betul betul pulih. Kalau buat separuh separuh, keadaan pesakit mungkin akan jadi teruk dari sebelum ni. 

Cara elak untuk dirasuk

1. Jangan pergi ke tempat tempat yang keras kalau ada perasaan takut dalam diri. Hanya orang yang berani sahaja boleh ke tempat yang macam tu. 

2. Wajib belajar ilmu pendinding diri dengan ayat ayat Al Quran. Boleh simple untuk diamalkan ialah bacaan 3 Qul. 

3. Amalkan pendinding diri sentiasa, dimana sahaja kita berada. Amalan yang diamalkan terus menerus akan buat aura diri kita semakin kuat, sekaligus menjadikan diri kita ni seorang yang sudah untuk dirasuk. 

4. Solat jangan tinggal, orang yang solat susah jin syaitan nak masuk. Yang betul betul solat kerana Allah. 

5. Jangan tengok cerita hantu kalau ada perasaan takut atau lemah jiwa. Orang yang lemah jiwanya lagi mudah dirasuk. So elakkan. 

6. Jangan selalu duduk menyendiri, terutama perempuan. Kalau memang kita terpaksa menyendiri, wajib amalkan bacaan ayat ayat manzil. InsyaAllah diri akan selamat. 

7. Elak balik kerumah pada waktu maghrib or malam kecuali kita amalkan pendinding diri pada setiap masa. 

Kadang kadang bukan sebab jin

Bukan semua orang yang histeria tu disebabkan jin. Ada juga yang histeri sebab terlalu taksub dengan jin. Sampai diri sendiri yang menjadikan diri sebagai jin. Buat buat tak sedar kerana terlampau takut. 

Kadang kadang pesakit berlakon kena rasuk atas sebab sebab tertentu. Contoh dirasuk kerana nak menyalahkan madu & bertujuan supaya suami percaya & ceraikan madu. Simple kan?

So dalam kes rasuk merasuk ni, bukan semuanya jadi sebab jin. Kadang kadang sebab otak manusia tu sendiri yang problem. 

Kesimpulan

Kerap merasuk & histeria boleh mendatangkan kesan negatif pada otak. Boleh menyebabkan pesakit alami masalah mental yang serius macam anxiety, kemurungan, bipolar & skizofrenia. 

Masalah merasuk ni perlu dipandang serius, dan perlu dapatkan rawatan dengan segera supaya masalah ni tak berlarutan sampai ke tahap kritikal.