Rawatan anxiety tak semestinya dihospital
Anxiety boleh dirawat dengan kaedah ruqyah & kerohanian. Ramai ingat anxiety hanya boleh dirawat di hospital. Sebenarnya ikhtiar dengan kaedah ruqyah pun boleh.
Kebanyakan pesakit anxiety berpunca dari masalah gangguan jin. Contohnya pesakit yanh pernah terkena sihir. Bila sihir tu terlalu kuat & berada lama pada diri, kesannya boleh menyebabkan anxiety & panic attack. Bila dah anxiety, datang la simptom simptomnya macam sesak nafas, rasa nak mati, kerap berdebar & takut dengar berita kematian. Jadi untuk kes yang sebegini biasanya memang boleh dirawat melalui kaedah ruqyah & kerohanian.
Kalau terlalu teruk, buat rawatan di hospital dulu
Jangan abaikan hospital. Dapatkan rawatan di hospital seiring dengan rawatan ruqyah. Pesakit perlu dapatkan ubat sekiranya keadaan anxiety terlalu teruk.
Bila keadaan semakin membaik, ikhtiarlah dengan rawatan Islam pula. InsyaAllah kesembuhan itu akan hadir melalui rawatan yang tepat. Tujuan dapatkan ubat supaya pesakit boleh control keadaan diri. Dalam keadaan yang tak cemas sebelum ikhtiar dengan perubatan tradisional.
Jangan terlalu taksub dengan gangguan jin
Walaupun anxiety boleh dirawat dengan pengamal perubatan ruqyah. Tapi jangan la sampai pesakit menolak rawatan di hospital.
Sebab kita perlukan kedua dua rawatan. Satu rawatan ruqyah, dua rawatan moden. Kedua ni sebenarnya termasuk dalam kategori “Perubatan Islam” Jadi ikhtiar lah secara zahir & batin. Jangan zahir sahaja, jangan batin sahaja.
Anxiety ialah penyakit yang boleh dirawat
Dengan ayat Al Quran, anxiety boleh disembuhkan. Dengan perubatan moden juga, anxiety boleh disembuhkan.
Secara hakikat, mana mana ikhtiar yang kita pergi, semuanya disembuhkan oleh Allah juga.Tak ada penyakit yang tak boleh sembuh. Dengan ikhtiar yang tepat kita boleh dapatkan kesembuhan. Kalau cara ikhtiar salah, agak susah sikit kita nak dapatkan kesembuhan.
Boleh rawat anxiety dengan ruqyah mandiri
Ruqyah mandiri ni maksudnya ruqyah keatas diri sendiri. Ayat ruqyah semuanya sama. Dari ayat ayat manzil & syifa. Amalkan setiap hari dengan niat untuk mengubati anxiety. Istiqomah hari hari insyaAllah sembuh. Simple kan? Tapi kalau tak pasti bagaimana & hendak dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan.
Anxiety boleh baik sendiri jika ringan
Anxiety yang ringan kadang boleh baik dengan sendiri tanpa perlu kita buat apa apa. Ada SOP yang perlu kita jaga untuk mempercepatkan proses kesembuhan pada diri.
Antaranya ialah:
1. Tak boleh berfikiran negatif. Jika fikir negatif cepat cepat tukar kepada positif.
2. Jangan tengok cerita yang negatif. Contohnya cerita hantu.
3. Jauhkan diri dari bergosip. Jangan dengar benda benda yang negatif.
4. Jangan menyendiri. Pastikan selalu bergaul & berborak.
5. Banyakkan membaca ayat Al Quran & buat amalan zikir.
6. Jangan layan diri. Jangan layan perasaan yang remeh temeh. Abaikan semua yang negatif.
7. Jaga pemakanan. InsyaAllah sembuh.
Mudah tak? Kalau tak buat boleh jadi lagi teruk. Kalau dah teruk, kena pergi hospital. Kalau hospital, akan dirawat dengan ubat. Kalau tak nak makan ubat, usahakan seperti yang diterangkan.