Rawatan Jarak Jauh

Buat rawatan tanpa pesakit perlu hadir. Biasanya pesakit perlukan rawatan ini kalau:

1. Tiada kendaraan untuk hadir kepusat rawatan atau terhalang kerana dihalang keluarga & pasangan. 

2. Pasangan tak boleh tahu untuk buat rawatan, kerana pasangan tak percaya yang dia terkena sihir atau tunduk dengan orang luar. 

3. Masalah kewangan yang sebabkan tak boleh hadir kepusat rawatan. Ada banyak benda yang kena fikir termasuk lah kos perjalanan, kawasan pendalaman & lain lain. 

4. Sakit tenat & tak dapat bergerak untuk ke pusat rawatan. 

5. Cuma mahu bertanya, untuk dapatkan kepastian, jadi tak perlu sampai ke pusat rawatan. Boleh berhubung dengan perawat untuk bertanya. 

perubatan Islam membuang sihir pada diri pesakit
Rawatan Jarak Jauh

Rawatan Panas Baran

Panas baran boleh dirawat melalui rawatan Islam & boleh dilaksanakan secara jarak jauh kerana masalah berkaitan panas baran ni biasanya pesakit tak mahu bekerjasama untuk pergi ke pusat rawatan. 

Kita boleh ikhtiarkan rawatan jarak jauh pada pesakit yang panas baran tanpa pengetahuan dirinya. InsyaAllah. 

Rawatan Jarak Jauh

Rawatan Sihir Pemisah

Sihir pemisah ialah sihir yang memisahkan pasangan suami dan isteri. Biasanya bila pasangan terkena sihir pemisah, dia akan menyebabkan pergaduhan yang dahsyat sampai nak bercerai. 

Untuk masalah ni memang tiada jalan untuk pasangan tu bekerjasama dapatkan rawatan Islam. Majoriti yang terkena sihir pemisah tak kan percaya yang diri mereka terkena sihir. Jadi untuk selesaikan masalah ini, hanya melalui rawatan jarak jauh sahaja. InsyaAllah. 

Rawatan Santau

Badan rasa gatal gatal? Bisnes hancur? Badan jadi sakit sakit teruk tapi Doktor tak dapat detect sakit apa? 

Hari makin hari kita makin kurus, makin sakit, muka pun dah nampak macam mayat hidup, ada kemungkinan kita terkena santau. 

Santau boleh dibuang dengan kaedah rawatan jarak jauh sekiranya kita betul betul tak larat untuk pergi ke pusat rawatan. 

Untuk Masalah Rumahtangga

Boleh buat rawatan jarak jauh untuk masalah rumahtangga, antara usaha yang kita boleh iktiarkan dalam rumahtangga ialah:

  • Lembutkan hati pasangan supaya dia kembali kepada diri kita. 
  • Pengisian amalan ilmu pengasih dengan ayat ayat Al Quran untuk lembutkan hati, jadikan dia kasih pada diri kita & dengar kata kata.
  • Buang unsur gangguan jin yang menyebabkan pasangan was was, keliru, blur & tak tahu nak menilai yang buruk dan baik.  

Untuk Masalah Rezeki

Buat apa semua tak menjadi, rezeki seolah dihalang, buat bisnes semakin teruk & sakit badan tanpa sebab yang jelas.