Soalan Lazim

Pusat Rawatan As Sufi ni dari mana?

Kami dari Selayang Prima Batucaves, Selangor Malaysia. Buat masa sekarang, kami bergerak rumah ke rumah & rawatan secara jarak jauh. Jika perlukan rawatan boleh hubungi kami melalui whatsApp.

Macam mana nak buat rawatan berhadapan?

Hanya buka untuk pesakit yang ada temujanji sahaja. 

Tiada WALK IN. Hanya hadir kerumah pesakit. 

Perlukan temujanji sebelum pesakit dapatkan rawatan berhadapan. Terima kasih atas kerja sama. 🙂

Majoriti pesakit yang hadir ke pusat rawatan adalah kerana masalah rumahtangga, sekadar nak buat checkup, sekadar nak bertanya masalah diri & pesakit yang nak dirawat pun tak hadir kerana nak buat tanpa pengetahuan. 

Untuk tak membuang masa, pesakit perlu ceritakan masalah dulu, baru buat temujanji. 

Macam mana nak tahu saya sakit apa?

Melalui tanda tanda gangguan jin pada diri. Lagi banyak tanda, lagi jelas ada gangguan jin pada diri. 

Buat diagnosis diri disini untuk dapatkan lebih kepastian. 

Dah ramai ke sembuh buat rawatan disini?

Perawat dah merawat selama 12 tahun & beribu kes. Hampir setiap hari merawat pesakit. 

Kebanyakan sembuh dengan izin Allah. 

Walau macam mana pun tak semua yang sembuh. Lumrah dunia, bukan semua ikhtiar Allah akan izinkan. 

Boleh ke saya buat rawatan tanpa pengetahuan pesakit?

Boleh. Dengan kaedah rawatan jarak jauh/tanpa hadir ke pusat rawatan. 

Macam mana dengan privacy pesakit?

Privacy pesakit sentiasa private antara pesakit dengan perawat. Kami tak buat rekod video terhadap pesakit untuk Youtube, untuk Tiktok & yang berkaitan dengan media sosial. Kecuali gambar pesakit yang sudah mendapat kebenaran. Dijamin terjaga. 

Apa kaedah yang digunakan dalam rawatan ni?

Kaedah yang diguna pakai dalam rawatan ini adalah ruqyah syariah, solat hajat & berdoa kepada Allah. Tidak menggunakan khidmat jin, pendamping & saka keturunan. 

Ada perawat perempuan?

Buat masa sekarang, tiada perawat perempuan. 

Adakah perawat akan menyentuh pesakit?

Didalam rawatan, perawat tidak akan menyentuh pesakit kecuali minta izin untuk memegang bahagian bahagian tertentu seperti kepala & kaki. Kaedah yang biasa dijalankan memang tak pegang pesakit kecuali ketika pesakit kerasukan sahaja. 

Saya akan merasuk ke bila dirawat?

Tak semestinya. Bergantung pada kes, biasanya hanya kes yang berat sahaja yang akan merasuk seperti sihir & saka keturunan. Bukan semua pesakit akan alami benda yang sama. Sangat bergantung pada kes masing masing.

Kenapa bayaran dikenakan?

Bayaran dikenakan atas khidmat yang diberi kepada pesakit. Bermaksud bayaran ini adalah “UPAH” untuk perawat yang menghabiskan masa, penat lelah & mengunakan kemahiran yang ada untuk membantu pesakit. 

Tiada istilah pemutus ubat, menjual ilmu, pengeras & sebagainya. Sama macam pekerjaan yang lain, perawat adalah manusia yang perlu makan dan minum, juga ada tempat tinggal yang perlu dibayar.  

Tiada istilah ikhlas hanya pada Perubatan Islam semata mata. Semua pekerjaan yang dijalankan perlukan keikhlasan kerana Allah. 

Boleh ke sekadar nak bertanya?

Dah tentu boleh. WhatsApp je walaupun sekadar nak bertanya. 

Kenapa saya whatsapp tak reply?

Ramai yang bertanyakan tentang masalah masing masing. Perawat akan cuba untuk menjawab persoalan dari pesakit satu persatu. Tapi pada masa yang sama juga perawat mungkin akan terlepas pandang dan tak reply langsung kerana faktor masa, urusan luar, waktu bekerja dan sebagainya. Mesej semula. 


WhatsApp

Kemaskini akhir pada 21/12/2023