Topik Express

    Add a header to begin generating the table of contents

    Gangguan Umum

    Tanda gangguan umum

    1. Badan rasa letih dalam sehari dua
    2. Mimpi buruk & berulang ulang.
    3. Susah tidur malam.
    4. Down secara tiba tiba. 
    5. Emosi menjadi tak stabil. 
    6. Rasa nak marah sepanjang masa. 
    7. Buat kerja asyik tak menjadi
    8. Stress tanpa sebab yang jelas. 

    Nak tahu tentang gangguan diri?

    Boleh tahu melalui simptom yang dialami pesakit. Melalui tanda tandanya kita dah boleh tahu pesakit terkena gangguan atau pun tidak.

    Sama sahaja macam kita pergi ke klinik. Dr akan check melalui tanda tanda & story pesakit juga. 

    Tak pasti sakit apa

    Boleh cari & berhubung dengan pengamal perubatan Islam. Jangan bertanya pada orang yang tak tahu. Nanti jadi lain. 

    Kalau rajin cuba buat research kat google. Baca tanda tanda gangguan pada diri. Boleh juga buat diagnosis diri disini.

    Diagnosis diri

    Melalui diagnosis diri. Dalam blog ni ada macam macam diagnosis yang boleh kita buat. Ada yang boleh buat sendiri, ada yang kena whatsapp dulu. 

    Click sini untuk diagnosis diri secara umum.

    Selalu sakit badan

    Kalau hanya sakit badan, biasanya dikaitkan dengan tempias dari luar. 

    Antaranya mungkin dari tempat kerja seperti hospital. Mungkin sebab kita selalu makan kat luar. Mungkin juga sebab kita selalu balik malam. 

    Ada macam macam faktor untuk masalah ni. 

    Kerap mimpi buruk

    “Selalu mimpi buruk sejak dua menjak ni”

    Bermaksud adanya gangguan yang datang dari luar. Mungkin disebabkan tempias, terpijak & lain lain faktor. 

    Biasanya hanya perlu amalkan ayatul kursi & 3 Qul sahaja sebelum tidur. InsyaAllah mimpi tu akan beransur hilang. 

    Gangguan Sihir

    Tanda tanda gangguan sihir

    Ada banyak tanda ganggguan sihir.

    Antaranya:

    1. Emosi & perasaan berubah secara mendadak. 
    2. Menjadi panas baran secara tiba tiba.
    3. Susah tidur malam.
    4. Kerap mimpi ular, dipatuk ular & binatang buas. 
    5. Seperti dikawal oleh sesuatu. Otak jadi stress. 
    6. Badan cepat letih. 
    7. Kerap bertengkar dengan pasangan. 
    8. Benci dengan semua orang. 

    WhatsApp dengan perawat

    Siapa hantar sihir?

    Tiada siapa yang boleh tahu siapa yang buat kita. Jika ada yang mengaku tahu itu perlu dibuktikan. Bukan sekadar berkata kata.  

    Ramai orang dengan mudah menuduh orang sana sini. Tapi tidak dibuktikan. Maka itu hanyalah dusta & fitnah semata mata. 

    Rawatan keatas pesakit yang tidak tahu

    Boleh buat rawatan secara jarak jauh tanpa pengetahuan pesakit.

    Biasanya untuk kes sihir pemisah, sihir pengasih & masalah rumahtangga. 

    Sihir boleh dihantar semula

    Sihir boleh dikembalikan ketempat asal. Semuanya dengan izin ALLAH. 

    Bukan semua perawat akan buat kaedah ni. Hanya situasi tertentu sahaja sihir boleh dipulangkan. 

    Yang pasti bukan atas permintaan pesakit tu sendiri. 

    Sihir boleh dimatikan

    Boleh. Sihir boleh dimatikan dengan mudah. Yang susah ialah sihir yang berlaku secara berulang ulang.

    Akan ambil masa yang lama untuk merawat pesakit yang sedang alami sihir yang berulang ulang. 

    Kita boleh terkena tempias

    Jangan terlalu seronok nak menolong orang yang terkena sihir. Pastikan kita cukup dengan ilmu benteng. Ada amalan khusus yang kita amalkan. 

    Baru la kita tolong pesakit. Jika tak, dikhuatiri kita juga akan terkena tempiasnya. 

    Lindung diri dari sihir

    Amalan yang paling ringkas & mudah diamalkan ialah bacaan 3 Qul.. Kenapa saya tekankan bacaan 3 Qul dari ayat ayat yang lain? Sebabnya ayat 3 Qul ni pun ramai tinggalkan. Susah nak buat. Apatah lagi ayat ayat yang lain. 

    Gangguan Pendamping

    Apa tanda pendamping pada diri?

    Antara tanda pendamping ialah boleh bersilat dengan sendiri. Boleh menari tanpa kita sedar. Panas baran yang melampau. Bila marah, akan ada aura yang sangat menakutkan keluar dari diri. 

    Biasanya terjadi pada lelaki. 

    Pendamping boleh dibuang

    Boleh. Cuma ambil sedikit masa untuk membuangnya. Bergantung pada kes & dengan siapa dia berdamping. 

    Jin asyik termasuk dalam kategori pendamping?

    Ya betul. Termasuk dalam kategori ni & agak rumit untuk keluarkan dari tubuh badan pesakit. 

    Pendamping boleh jadi saka

    Ya betul. Pendamping boleh menjadi saka kepada anak anak sekirannya tidak dibuang. 

    Yang berisiko pendamping berdamping

    Lelaki yang pernah menuntut ilmu kebatinan & ilmu pertahanan diri. Pernah mandi bunga, pernah mandi limau. 

    Perempuan yang sangat cantik. Berkulit putih & sangat menarik perhatian dimata sahaja dia berada. Termasuk juga yang pernah menuntut ilmu kebatinan & ilmu pertahanan diri. 

    Gelaran pendamping

    Yang biasa disebut, biasa dipakai oleh orang orang melayu.

    Tok Sheikh, Atok, Nenek, penjaga, wali wali, penjaga keturunan, habib & lain lain lagi. 

    Pendamping boleh datang bila bila masa

    Boleh. Boleh dapat dari keturunan. Boleh dapat dari pengisian yang dibuat. Contoh pengisian ilmu kebal, pengisian khadam pada cincin & banyak lagi. 

    Gangguan Jin Asyik

    Jin asyik termasuk dalam kategori pendamping?

    Ya betul. Termasuk dalam kategori ni & agak rumit untuk keluarkan dari tubuh badan pesakit. 

    Apa tanda tanda jin asyik?

    Lebam dipeha, mimpi bersetubuh, letih bila bangun tidur, kerap bertengkar dengan pasangan & susah nak dapat jodoh. Jika sudah berkahwin, akan selalu bertengkar sehingga bercerai. 

    Datang dari mana jin asyik ni?

    Datang dari mana mana sahaja. Dia datang biasanya sebab kita ni menarik perhatian dia. 

    Antara yang kita buat, mandi bogel, tidur seksi, tidur petang, tidur diruang tamu, tak jaga aurat. 

    Antara risiko yang menyebabkan dia datang, kulit putih, cantik menawan, sangat seksi. 

    Jadi berjaga jaga la ya. 

    Boleh ke buat rawatan sendiri untuk buang jin asyik ni?

    Tak boleh. Perlu dapatkan khidmat rawatan dari pengamal perubatan Islam. 

    Jin asyik ni buat apa je dengan kita?

    Jin asyik ni macam manusia juga. Dia bernafsu. So dia tidur & bersetubuh dengan mana mana perempuan yang menaikkan nafsu syahwat dia. Simple. 

    Dia tak kacau kehidupan kita. Kerja, kawan kawan & banyak lagi. Bahkan biasanya dia akan bantu. Sebab tu kaya. Mudah dapat dapat projek. Tapii… 

    Bila melibatkan bab jodoh, semua dia akan sekat. Kalau dah kawin dia akan pisahkan. 

     

    Penyebab jin asyik hadir

    1. Muka terlalu cantik
    2. Berkulit putih
    3. Mandi bogel
    4. Tidur dalam keadaan seksi
    5. Tak menjaga aurat ketika diluar
    6. Berkongsi aurat dalam media sosial. 
    7. Selalu tidur petang
    8. Selalu keluar malam
    9. Selalu buat maksiat ditempat gelap.
    10. Tonton pornografi

    Gangguan Dalam Rumah

    Apa tanda gangguan jin ada dalam rumah?

    Antaranya, mudah rasa nak marah bila berada didalam rumah tapi sejuk bila berada diluar. 

    Rasa semak, rasa sensitif & rasa bahang yang teramat walau pun pakai aircond. 

    Kerap bertengkar dalam rumah. Susah tidur malam & kerap mimpi buruk. 

    Selalu dengar pindah perabut setiap malam. Selalu dengar main guli. Selalu dengan bunyi air kat dapur & bilik air. 

    Selalu rasa diri diperhatikan terutama semasa solat & semasa bersendirian. 

    Apa jadi kalau tak dibersihkan?

    Hidup dalam keadaan stress. Boleh merosakkan hubungan keluarga & pasangan. 

    Pulihkan rumah sendiri

    Boleh. Paling mudah dengan cara “azan”kan disetiap ruang. Kecuali bilik air. 

    Semua gangguan biasa akan keluar dengan mudah biasannya. 

    SOP elak jin masuk dalam rumah

    Jaga SOP. Antaranya tutup pintu & tingkap sebelum maghrib. Mengaji selepas maghrib. Mengaji selepas subuh. Selalu amalkan zikir. Selalu amalkan 3 Qul. Selalu amalkan 2 ayat terakhir surah Al Baqarah. Menjaga aurat. 

    Kaitan dengan rumahtangga

    Gangguan dalam rumah ada kaitan dengan masalah rumahtangga.

    Ya ada. Hari hari bertengkar dalam rumah tapi baik bila diluar. Itu menunjukkan masalah dalam rumah. Tak semestinya sihir & saka. 

    Jangan cepat salahkan sihir, jika ada simptom begini, dapatkan penjelesan dari pengamal perubatan Islam. 

    Kaitan dengan kemurungan

    Gangguan dalam rumah berkait rapat dengan masalah kemurungan. 

    Sekirannya anda sedang mengalami kemurungan, check tanda tanda gangguan dalam rumah. 

    Gangguan dalam rumah boleh menyebabkan anda down, tiada semangat & tiada keyakinan dalam hidup.

    Gangguan Saka Keturunan

    Macam mana nak tahu ada saka?

    Melalui tanda tanda & simptom yang dialami pesakit. Lagi banyak tandanya lagi kuat untuk menyatakan saka keturunan. Boleh buat diagnosis diri yang ada kat blog ni. 

    Selain tu boleh je konsultasi dengan pengamal perubatan Islam untuk tahu lebih lanjut. 

    WhatsApp dengan perawat

    Saka boleh dibuang

    Boleh. Dah ramai orang sembuh dari penyakit saka. 

    Saka boleh dimatikan

    Boleh. Saka ialah jin yang boleh mati. Tiada saka yang kekal & hidup sampai hari kiamat. 

    Saka boleh berpindah randah

    Boleh. Biasanya dalam keluarga yang besar. Sebab tu ada diantara adik beradik mungkin akan ada banyak persamaannya. 

    Antara contohnya, jika adik sedang sakit, kakak juga akan sakit tanpa sebab yang jelas. 

    Yang kuat beramal juga boleh ada saka

    Saka ni sebenarnya 1 ujian dari Allah. Nabi Muhammad juga disihir & sihir boleh masuk pada dirinya. 

    Jika kita beramal sekali pun, jika Allah berkehendak maka datang juga saka tu. 

    Walau macam mana pun, menjaga amalan & solat akan menghalang pelbagai gangguan jin dari luar untuk masuk pada diri. 

    Sakit Klinikal

    Klinikal VS Gangguan

    Perlu perhalusi tanda tanda & simptomnya dengan lebih mendalam. Pesakit perlu ceritakan masalah secara details supaya perawat boleh bagi kesimpulan dengan tepat. 

    Tanda tanda gangguan kadang kadang hampir sama dengan tanda klinikal. Contohnya masalah anxiety & kemurungan. 

    WhatsApp dengan perawat

    Sakit klinikal boleh diikhtiar

    InsyaAllah boleh. Perlu tengok juga kesnya yang bagaimana. Bukan semua sakit klinikal “perlu” dirawat dengan dengan rawatan Islam. 

    Antara contohnya jika kanser stage 3 & 4 perawat akan minta pesakit untuk dapatkan rawatan di Hospital terlebih dahulu. 

    Kanser

    InsyaAllah boleh dikhtiarkan supaya kanser tu tiada lagi.

    Tapi mesti dapatkan rawatan di hospital juga ya. Bergantung pada stage.

    Jika stage 3 & 4. Dapatkan rawatan sepenuhnya di Hospital. 

    Semuanya bergantung pada keadaan & situasi.

    Masalah buang pinggang

    Buah pinggang yang rosak sepenuhnya perlu dirawat di Hospital. 

    Anxiety Disorder

    Boleh dapatkan rawatan Islam untuk pulihkan keadaan anxiety kita. 

    Busung

    Boleh jika busung tu ada kaitan dengan gangguan jin. 

    Jika busung disebabkan air, biasanya masalah klinikal. Bukan masalah gangguan. 

    Tulang Belakang

    Tulang belakang biasanya tak boleh dirawat dengan kaedah ruqyah. 

    Slip Disk & Scoliosis

    Biasanya tak dirawat dengan rawatan Islam. (Kaedah ruqyah) 

    Masalah dadah

    Boleh ikhtiar untuk pulihkan diri dari masalah dadah. Seiring dengan rawatan di Hospital.

    Skizofrenia

    Boleh ikhtiar. Seiring dengan rawatan di Hospital. 

    Jantung

    Kalau disebabkan gangguan insyaAllah. Kalau disebabkan klinikal, boleh ikhtiar tapi mesti seiring dengan rawatan di hospital.

    Masalah Rumahtangga

    Saya ada masalah pasangan, boleh ke diselesaikan dengan rawatan Islam?

    Boleh ikhtiar mengikut kes. Perlu tengok juga masalahnya yang macam mana. Walau macam mana pun, perlu ada usaha lain selain dari rawatan Islam. 

    Curang

    Kalau syak pasangan terkena sihir, boleh dapatkan rawatan untuk ikhtiar buang sihir pada dirinya. Walaupun tak pasti adakah sihir atau bukan. 

    Jika curang ini terjadi memang dari hatinya sendiri, maka usahakan dengan cara berbincang, duduk bersama keluarga atau dapatkan kaunseling selain dari rawatan. 

    Masalah nafsu

    Ada banyak faktor kenapa pasangan tiada nafsu. Tak semestinya kerana gangguan. Kadang mmg sebab masalah pada diri. Whatsapp dengan perawat untuk lebih details tentang masalah ni. 

    Pasangan menjauh

    Pasangan menjauh tak semestinya sihir. Boleh jadi sebab dia makan hati dengan kita. Boleh jadi dia dah tak suka kita lagi. 

    Untuk masalah ni, kita perlu bertanya, ambil tahu & berbincang untuk dapatkan jawapan yang lebih tepat. 

    Jangan terus cakap bab sihir & saka. Mungkin diri sendiri banyak buat salah tanpa kita sedar. 

    Pasangan minta cerai

    Pasangan minta cerai tanpa sebab yang jelas. 

    1. Cuba bawa berbincang.

    2. Cuba minta bantuan keluarga.

    3. Minta bantuan lawyer. 

    4. Minta bantuan dari pejabat agama.

    5. Dapatkan kauseling untuk masalah rumahtangga. 

    6. Buat rawatan Islam sekiranya ada “syak” terkena sihir & saka.  

    Campur tangan keluarga

    Jauhkan diri dari campur tangan keluarga. 

    1. Elak duduk dengan mak ayah. 

    2. Elakkan banyak bercerita tentang masalah rumahtangga pada mak ayah. 

    3. Jangan terlalu banyak meminta pertolongan dari keluarga tentang masalah rumahtangga. 

    4. Berbincang, meluahkan, meminta bantuan kawan kawan sangat digalakkan untuk masalah ni. 

    Untuk masalah ni biasanya tiada kaitan dengan gangguan jin. Ini masalah sikap & hati masing masing sahaja. 

    Kerap bertengkar

    Kerap bertengkar dengan pasangan disebabkan hal hal yang kecil biasanya dikaitkan dengan masalah gangguan jin. 

    Ada banyak tanda tanda gangguan untuk masalah ni, antaranya:

    1. Sihir

    2. Saka keturunan

    3. Tempias & badi dari luar

    4. Penyakit ain

    Jom bincang masalah ni dengan perawat.

    Suami kaki pukul

    Kaki pukul bermaksud panas baran yang melampau. 

    Masalah macam ni biasanya dikaitkan dengan  pendamping & saka keturunan. 

    Tapi bukan kerana gangguan semata mata. Dadah, rokok & arak juga boleh menjadikan seseorang tu panas baran. 

    Masalah Poligami

    Madu kata saya sihirkan dia.

    Jangan risau kalau anda dituduh menyihir. 

    Ini perkara normal dalam dunia poligami. Bukan anda seorang sahaja yang kena. Hampir kesemuanya macam tu. 

    Masing masing menuduh sihir antara satu sama lain. 

    Jadi tak perlu menggelabah. Tenang & berdoa sahaja. 

    Madu kerasukan. Jin kata saya yang hantar.

    Jangan risau. Ini hanyalah sebahagian dari permainan poligami. 

    Ini semua tipu daya syaitan. Percaya la. Bukan anda seorang sahaja yang terkena. 

    Suami macam tunduk dengan madu.

    Jangan mudah buat andaian. Kadang suami juga berusaha menjaga hati semua orang. Tapi apakan daya, suami juga bukan seorang yang perfect. 

    Bantu dia selesaikan masalah. Nampak macam tunduk, tapi mungkin tak. 

    Suami bersikap tak adil

    Ini biasanya dikaitkan dengan masalah sikap. Bukan masalah gangguan. Jadi tak perlu risau apa apa untuk kes ni. 

    Banyakkan berbincang dengan suami, luahkan perasaan & minta maaf jika ada kesalahan yang kita tak perasan. 

    Madu selalu mencari kesalahan.

    Normal jika hidup dalam dunia poligami. Sampai bila bila akan jadi macam tu. Hanya doa yang boleh mengubah segalannya. 

    Masalah Keluarga

    Masalah keluarga boleh selesai dengan rawatan Islam

    Boleh ikhtiar mengikut kes. Perlu tengok juga masalahnya yang macam mana. Walau macam mana pun, perlu ada usaha lain selain dari rawatan Islam. 

    Keluarga tak support

    Usahakan dengan berbincang, berani bersuara, luahkan apa yang terpendam & paling penting tunjukkan yang kita ni serius dalam berkata kata. 

    Keluarga abaikan suara kita

    Normal. Semua orang alami macam tu. Jangan banyak cakap. Tapi terus tunjuk buktinya. Simple. 

    Keluarga pecah belah

    Kemungkinan besar gangguan saka. Rujuk tanda tanda saka keturunan. Rawat & buang. Ajak berbaik dengan keluarga, bincang & perlahan lahan satukan semula. 

    Masalah Anxiety

    Anxiety boleh dirawat

    InsyaAllah boleh. Perlukan rawatan & penerangan jelas tentang sakit yang dialami. 

    Kalau keadaan teruk, refer dengan doktor dulu. 

    Histeria sebab anxiety

    Ya betul. Bila hari hari memikirkan tentang hantu. Takut dengan sihir & saka. Ia boleh sebabkan minda bawah sedar “cipta” satu watak kerasukan. Sedangkan tiada jin yang masuk kedalam tubuh badannya. 

    Kerap berdebar sebahagian dari anxiety

    Sebahagian dari simptomnya ya. Tapi tak semestinya confirm anda anxiety. Perlu rujuk dengan tanda tanda yang lain juga. 

    Selalu fikir mati mungkin anxiety

    Ya betul. Itu sebahagian dari simptom anxiety. Bukan gangguan. 

    Sokongan untuk pesakit anxiety penting

    Sokongan dari keluarga. Sokongan dari kawan kawan. Sokongan dari orang terdekat.

    Saya selalu terkena panic attack, apa yang perlu saya buat?

    Perlu berjumpa dengan doktor. Perlu ceritakan masalah dari A-Z. Minta ubat dari doktor untuk kawal masalah panic attack. 

    Saya dah jumpa Dr, tapi Dr cakap tiada apa apa.

    Cari doktor yang lain. Beritahu dengan jelas apa yang kita hadapi. Doktor juga boleh salah dalam membuat diagnosis. 

    Pastikan kita faham betul dengan apa yang kita alami. Research google & confirmkan dengan Dr. 

    WhatsApp dengan perawat

    Anxiety yang ringan boleh ikhtiar dengan rawatan Islam

    InsyaAllah boleh dapatkan rawatan Islam. 

    Masalah Kemurungan

    Apa tanda tanda kemurungan?

    1. Down tanpa sebab
    2. Tidak bersemangat nak buat apa apa. 
    3. Berfikir mati tu lebih baik. 
    4. Hilang nafsu makan.
    5. Cepat marah. 
    6. Cepat terasa hati. 
    7. Selalu bersedih hati tanpa sebab.
    8. Terasa diri tak berguna.
    9. Stress tanpa sebab yang jelas. 

    Boleh ke kemurungan dipulihkan?

    Boleh. Boleh pulih dengan sendiri. Boleh pulih dengan rawatan di hospital & boleh pulih dengan rawatan Islam. 

    Hanya masa yang menentukan. 

    Apa jadi kalau tak dirawat?

    Boleh jadi lebih teruk dari masa kesemasa.

    Masalah Rezeki

    Buat apa tak jadi

    Sebab ada halangan pada diri. Halangan ni bersifat kerohanian. Jadi tak nampak tapi ada. 

    Kerohanian ni pula ada 3 bahagian, 

    Pertama sebab gangguan jin, sama ada sihir atau pun saka. 

    Kedua sebab penyakit ain. Orang banyak dengki & dendam. 

    Ketiga sebab tiada keberkatan. Contoh sangat kedekut, tak bagi mak ayah duit, tak bagi pasangan duit & macam macam lagi. 

    Hutang semakin bertambah. Kewangan makin teruk.

    Biasanya confirm disebabkan masalah gangguan. Sama ada gangguan sihir, saka atau pun penyakit ain. 

    Perlu dapatkan rawatan untuk selesaikan masalah ni. Solat hajat & doa sangat diperlukan. 

    Marketing high end. Income tiada.

    Petanda paling jelas bahwa adanya gangguan jin pada diri. Gangguan yang ada pada diri, dah menyekat semua laluan & pintu rezeki. 

    Cara terbaik untuk selesaikan masalah ni ialah mendapatkan rawatan Islam untuk membuka apa yang tertutup pada diri. Dalam tempoh seminggu dua, insyaALLAH akan ada nampak perubahannya. 

    Perlu diiringi dengan usaha bekerja. 

     

    Gaji besar setiap bulan. Tapi cepat habis.

    Ini sebahagian dari tanda tanda gangguan jin pada diri. Tak semua kes dikaitkan dengan masalah jin. Untuk kes begini pun, kita masih boleh usaha & ikhtiar dengan rawatan Islam. 

    Perlu rujuk dengan tanda tanda yang lain juga supaya dapatkan confirmkan yang ini memang disebabkan masalah gangguan jin. 

    Barang cepat rosak.

    Sebahagian dari tanda tanda gangguan. 

    Tak semua yang kita alami boleh dikaitkan dengan gangguan. 

    Ada banyak sebab. Antaranya mungkin kita tak sedekah. Penyebab tiada keberkatan dalam hidup. 

    Peluang depan mata selalu terlepas

    Ini sebahagian dari tanda tanda gangguan pada diri. Bila diri di “block” maka semuanya akan terlepas. 

    Jalan terbaik ialah perlu dapatkan rawatan untuk kita buka semula “block” yang ada pada diri kita. 

    Masalah Kedai & Pejabat

    Orang tak nampak kedai

    Ada banyak faktor kenapa orang tak nampak kedai. Antaranya kawasan, cara marketing, cara penyediaan, cara design & lain lain. 

    Kalau semua perfect baru la rujuk pada tanda tanda gangguan. 

    Antaranya sebab sihir, santau, pendamping & saka keturunan. 

    Makanan cepat basi

    Ya betul. Makanan cepat basi. Barang cepat rosak. Macam macam masalah dalam kedai sampai kita perlu keluar duit yang banyak. 

    Ini semua tanda tanda gangguan dalam kedai tu sendiri. Jika alami perkara ni, dapatkan rawatan dengan segera. InsyaAllah. 

    Banyak masalah dengan pekerja

    Ya banyak masalah. Pekerja lari. Pekerja hilang. Pekerja sakit. Ini semua sebahagian dari tanda tanda gangguan. 

    Kalau jadi sekali sekala itu normal. Tapi kalau kita perasan dah kerap sangat, itu satu masalah sebenarnya. 

    Selalu jadi pergaduhan

    Sebahagian dari tanda tanda gangguan. Selalu rasa panas dengan rakan sekerja tanpa sebab yang jelas. 

    Asalkan dapat lepaskan kemarahan. 

    Ini semua gangguan jin. Perlu dibersihkan supaya keadaan tak semakin teruk. 

    Masalah Scan & Diagnosis

    Kaedah diagnosis

    Diagnosis bermaksud melihat keadaan pesakit melalui tanda tanda & simptom yang dialami pesakit. Ini biasa dipakai oleh semua pengamal perubatan Islam.

    WhatsApp dengan perawat

    Kaedah scan

    Scan ni sebenarnya bahasa yang biasa digunakan dalam bidang rawatan. Baik klinikal & rawatan islam. 

    Scan merujuk kepada kaedah “mengesan” gangguan yang berada pada diri pesakit.

    Antara kaedah yang biasa digunakan ialah, mengesan melalui ruqyah.

    Mengesan melalui aura pesakit, mengesan melalui zikir, mengesan melalui mata (kasyaf), mengesan melalui naluri yang kuat, mengesan melalui gerak rasa yang kuat & mengesan melalui teknik tertentu. 

    Ada juga yang mengesan dengan menggunakan bantuan jin. 

    Scan siapa buat sihir?

    Jangan mudah percaya jika ada perawat yang boleh scan siapa yang hantar sihir kepada kita. 

    Perlu dibuktikan dulu kesahihannya.

    Scan curang ke tak?

    Scan hanya terhad kepada masalah gangguan. Jika ada yang melebihi dari bab gangguan, itu perlu dibuktikan.

    Masalah Mimpi & Petanda

    Baru sekali mimpi buruk

    Kalau baru sekali mimpi buruk, biasanya tiada apa apa yang perlu dirisaukan. 

    Kalau dapat mimpi yang sama melebihi 3 kali, baru lah kita perlu mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi pada diri kita. 

    Mimpi ular

    Kerap mimpi ular melebihi 3 kali biasanya dikaitkan dengan masalah gangguan & sihir. Rujuk pada tanda tanda gangguan untuk lebih kepastian. 

    Mimpi jatuh dari tempat tinggi

    Kerap mimpi jatuh dari tempat tinggi dikaitkan dengan masalah gangguan yang sudah lama pada diri. Antaranya gangguan pendamping & saka keturunan. 

    Rujuk tanda tanda gangguan untuk lebih kepastian. 

    Mimpi tandas

    Kerap mimpi tandas dikaitkan dengan gangguan dalam rumah. 

    Mimpi bersetubuh

    Kerap mimpi bersetubuh dikaitkan dengan gangguan jin asyik. Biasanya yang kerap mimpi ni, akan ada masalah jodoh. Jika sudah berkahwin biasanya selalu bertengkar. 

    Mimpi curang

    Biasanya dikaitkan dengan tipudaya syaitan. Untuk mimpi macam ni biasanya tak boleh dipercayai. 

    Mimpi rumah lama

    Biasanya dikaitkan dengan gangguan yang sudah lama. Contoh pendamping & saka keturunan. 

    Mimpi bayi

    Biasanya dikaitkan dengan gangguan yang sudah lama pada diri. Antaranya saka keturunan. 

    Sekiranya kerap bermimpi lah 🙂