Maksud ilmu hitam
Ilmu hitam bermaksud ilmu yang menggunakan perantaraan syaitan untuk melakukan sesuatu perkara yang luar biasa dan biasanya digunakan untuk kepentingan diri sendiri.
Dekat mana mana pun ada ilmu hitam. Bahkan sekeliling kita pun ramai yang amalkan ilmu hitam. Antara kita sedar atau tak sahaja.
Ramai orang berjaya kat dunia ni sebenarnya menggunakan bantuan dari syaitan untuk naik keatas. Ini lah kegunaan ilmu hitam.
Tak ada istilah ilmu hitam digunakan untuk jalan kebaikan.
Yang amalkan ilmu hitam, confirm syirik
Belajar tentang basic ilmu hitam tu tak apa. Diharuskan untuk kita belajar lagi supaya kita tahu kelemahan & cara cara untuk melemahkan pengamal ilmu hitam.
Yang menjadi masalah bila kita sendiri yang amalkan ilmu hitam. Nak amalkan ilmu hitam ni bukan benda yang mudah.
Ada banyak syarat yang kena kita buat & kebanyakan syarat syarat tu sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Siapa pun yang mengamalkan nya dikira syirik, sebab dalam proses pembelajaran ilmu hitam tu ada upacara untuk memuja syaitan.
Nak bercakap tak apa, boleh je kita bercakap dengan syaitan. Yang jadi masalah bila kita puja dia. Puja ni bermaksud kita memuji muji kebesaran & kehebatan syaitan dengan tujuan kita mendapat apa yang kita nak dalam dunia ni.
Nak dunia? Syaitan boleh bagi, dengan syarat kita mesti tunduk dengan dia, tahap lebih dahsyat kita sujud pada syaitan & menjadikan dia sebagai tuhan kita.
Lagi setia kita kepada syaitan, lagi banyak kehebatan yang kita dapat dalam dunia ni.
Ringkasnya, semakin hampir kita dengan syaitan, semakin tinggi & dahsyat ilmu hitam yang diamalkan.
Tanda saka keturunan
Tanda sihir pemisah
Antara amalan yang bertentangan
Antara amalan amalan yang memang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
1. Memijak Al Quran & menghina kesuciannya.
2. Menjadikan ayat Al Quran sebagai tangkal.
3. Menggantungkan ayat Al Quran dalam bilik air.
4. Menyediakan darah binatang untuk pemujaan.
5. Menyediakan pulut kuning, ayam hitam untuk nenek moyang yang sudah mati.
6. Melakukan ritual & pemujaan di kubur para wali.
7. Melakukan ritual ditempat tempat yang keramat.
8. Menyeru dan memanggil nama nama yang tak dikenali untuk hadir secara ghaib.
9. Memuji muji syaitan & mengkafirkan agama Islam.
10. Menggunakan darah sendiri dalam upacara ritual.
11. Menyebut nyebut nama iblis laknatullah dalam ritual ilmu hitam.
12. Membaca Al Quran secara terbalik/mengundur.
13. Menyerahkan tubuh badan pada pengamal ilmu hitam yang lain. Khususnya perempuan.
Ada banyak lagi upacara yang sangat sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Kebanyakan yang buat upacara ni hanya untuk dapatkan kesenangan dunia.
Orang macam ni nampak hina ketika melakukan ritual.
Tapi nampak hebat dihadapan manusia yang lain. Dengan kekayaan yang melimpah ruah. Dengan pangkat & kuasa yang dimilikinya.
Kelebihan mengamalkan ilmu hitam
Antara kelebihan jika kita amalkan ilmu hitam:
1. Kita akan dapat dunia ni dengan mudah. Lagi tinggi ilmu hitam kita, lagi mudah untuk kita kuasai dunia ni.
2. Semua kekayaan & pangkat kita akan dapat seperti mana yang kita mahukan.
3. Kita boleh tundukkan orang lain semudah ABC. Kita akan jadi sangat berkuasa.
4. Kita boleh pilih mana mana perempuan yang kita suka & hanya petik jari untuk mendapatkan nya.
5. Kita ada pengaruh yang sangat kuat & bila bercakap orang lain akan mendengar.
Semua ni terjadi kerana adanya bantuan dari syaitan. Syaitanlah yang membantu untuk kita dapat dunia ni dengan mudah.
Kesan mengamalkan ilmu hitam
Antara kesan sampingan yang kita mungkin tak sedar jadi pada diri kita sendiri:
1. Kita akan terikat dengan banyak syarat. Banyak pantang larang yang kita tak boleh langgar. Kita akan rasa sedikit terbeban kat sini.
2. Kita tak boleh pergi ke masjid & bergaul dengan orang orang yang masjid.
3. Aura diri menjadi hitam & bersatu dengan syaitan. Hanya orang yang kasyaf mampu melihat tanda ni. Orang biasa tak berani mendekat.
4. Tiada nur pada wajah.
5. Hidup kita tidak lagi diberkati. Tidak akan ada lagi orang orang ikhlas & berkasih sayang akan dekat dengan diri kita.
6. Kita akan jadi takut tanpa sebab (anxiety) terutama dengan benda benda yang melibatkan agama.
7. Jiwa kita takkan tenang sampai bila bila.
8. Kita akan rasa keseorangan selama kita terus berkawan dengan syaitan syaitan yang ada.
9. Kita akan jadi kemurungan. Rasa stress tanpa sebab, rasa nak marah setiap masa & rasa tidak bersemangat.
10. Allah akan bagi tanda tanda yang kita takkan selamat di akhirat dengan tujuan untuk kita bertaubat. Tanda tanda ni akan buat kita takut bila berfikir.
Nama lain selain ilmu hitam
Zaman sekarang, biasanya orang tak panggil ilmu hitam. Sebab nama ni nampak kuno. Antara nama yang biasa digunakan untuk amalkan ilmu ni:
1. Ilmu kebal. Bukan semua tapi kebanyakan.
2. Ilmu pengasih. Bukan semua tapi kebanyakan.
3. Ilmu penunduk. Bukan semua tapi kebanyakan.
4. Ilmu pelindung/penjaga Hampir kesemuannya.
5. Bacaan mantera yang terkandung nama datuk nenek. Hampir kesemuanya.
Kesimpulan
Belajar sedikit sebanyak tentang ilmu hitam, supaya kita tak terjerumus dalam amalan ni. Jauhkan diri kita dari amalan yang mendekatkan diri kita dengan syaitan.
Zaman sekarang dah moden, pengamal ilmu hitam pun dah modern juga.
Dan diorang pun nampak modern dah sekarang ni. Mungkin ada tiktok & facebook juga. Jaga jaga selalu.