Cara mengesan gangguan jin pada diri

Diagnosis diri melalui tanda tanda gangguan

Sebelum kita teruskan, elok kita kenali dulu tanda-tanda yang mungkin menunjukkan ada gangguan jin pada diri. Antara tanda-tanda tersebut ialah:

  • Mimpi buruk atau sering diganggu dalam tidur
  • Rasa ketakutan yang tidak bersebab atau rasa tertekan
  • Sering marah-marah atau emosi tidak stabil
  • Mendapat masalah kesihatan yang tidak dapat dikesan punca
  • Mengalami gangguan dalam ibadah seperti solat, baca Quran, dan sebagainya

Jika kalau kita rasa ada banyak tanda-tanda ni, jangan panik. Dapatkan bantuan dari pengamal perubatan Islam. 

Kita juga boleh buat diagnosis diri disini. Untuk dapatkan kepastian melalui tanda tanda gangguan jin pada diri.

Cara mengesan gangguan jin pada diri

Buat ruqyah mandiri untuk mengesan gangguan jin

Cara pertama yang kita boleh cuba ialah buat ruqyah mandiri. Ruqyah ni merupakan salah satu cara yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan dan jin. Jadi, macam mana kita nak buat ruqyah ni? Ikut langkah-langkah di bawah:

Pastikan kita dalam keadaan suci dan berwuduk. Bacalah ayat-ayat berikut dengan penuh yakin dan tawakkal kepada Allah:

  • Surah Al-Fatihah
  • Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah: 255)
  • Surah Al-Baqarah: 285-286
  • Surah Al-Imran: 18-19
  • Surah Al-A’raf: 54
  • Surah Yunus: 81-82
  • Surah Ta-Ha: 69
  • Surah Al-Mu’minun: 115-118
  • Surah Yasin: 1-9
  • Surah As-Saaffat: 1-10
  • Surah Al-Jinn: 1-9
  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al-Falaq
  • Surah An-Nas

Perhatikan respon pada diri ketika membaca ayat-ayat tersebut. Jika ada respon seperti menggigil, merasa takut, berdebar & seumpamanya, kemungkinan besar kita didampingi jin. 

Buat Solat Hajat untuk diberikan petunjuk & keyakinan

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk selalu berdoa dan memohon pertolongan dari Allah SWT dalam menghadapi segala dugaan dan masalah dalam hidup. Salah satu cara yang kita boleh lakukan adalah dengan mengerjakan solat hajat.

Solat hajat merupakan solat sunat yang dikerjakan untuk memohon pertolongan Allah dalam menyelesaikan masalah atau hajat tertentu. Jadi, jika kita merasa ada gangguan jin pada diri, kita boleh mengerjakan solat hajat untuk memohon petunjuk dan keyakinan dari Allah. Ni pun salah satu kaedah untuk kita mengesan gangguan jin pada diri.

Cara untuk mengerjakan solat hajat ialah:

  1. Niat dalam hati untuk mengerjakan solat hajat dengan tujuan memohon petunjuk dan keyakinan daripada Allah dalam menghadapi gangguan jin
  2. Solat hajat ini boleh dikerjakan 2 rakaat. Selepas solat sunat ini, kita boleh berdoa kepada Allah untuk memberikan petunjuk & tanda tandanya. InsyaAllah. 

Mungkin Allah akan beri petunjuk pada kita melalui mimpi, rasa diperhatikan, rasa takut, atau sebagainya. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar doa hamba-Nya.

Jadi, dengan mengerjakan solat hajat dan berdoa kepada Allah, kita akan diberikan kekuatan dan petunjuk dalam menghadapi masalah gangguan jin.

Cara mengesan gangguan jin pada diri

Berjumpa dengan Pengamal Perubatan Islam

Jika kita rasa perlu, kita boleh berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang berpengalaman untuk tengokkan kes yang kita alami.

Perawat akan membantu kita dengan ilmu dan amalan yang betul untuk menghadapi masalah gangguan jin ini.

Ingat, kita jangan terus percaya pada benda benda karut. Semua masalah kita kena berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Sebagai langkah pencegahan, kita juga boleh amalkan beberapa cara untuk melindungi diri daripada gangguan jin, seperti:

  • Berdoa dan berzikir sebelum tidur
  • Membaca Al-Mu’awwidhat (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) setiap pagi dan petang
  • Berdoa sebelum masuk tandas
  • Berdoa sebelum memakai pakaian
  • Menutup pintu dan tingkap rumah sebelum tidur

So, itulah cara-cara yang kita boleh cuba untuk mengesan gangguan jin pada diri. Semoga perkongsian kali ini membantu kita semua. 

Artikel berkaitan