Sihir pemisah tak semestinya dari buatan orang
Sihir pemisah boleh datang dari bermacam macam arah. Ada yang terkena tempias dari pesakit lain, ada yang terpijak, ada yang terkena badi, ada yang terkena gangguan jin asyik dan sebagainya. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan kita terkena sihir pemisah.
Yang jadi pada hari ni, ramai yang mula salah faham bila perawat menyebutkan tentang sihir pemisah. Asal dengar je perkataan sihir pemisah, pesakit terus akan berfikir terkena buatan orang.
Sihir pemisah boleh berpunca dari saka keturunan
Saka keturunan pun boleh menyebabkan masalah rumahtangga pada diri & pasangan.
Semua tanda yang kita akan alami hampir sama dengan tanda sihir pemisah. Jadi, kalau kita ada banyak tanda sihir pemisah pada diri, tak semestinya sihir pemisah tu datang dari buatan orang.
Untuk masalah ni, kita sepatutnya berbincang dengan pengamal perubatan Islam untuk confirmkan masalah sebenar pada diri.
Sihir pemisah boleh berpunca dari penyakit ain
Penyakit ain boleh menyebabkan masalah rumahtangga jadi hancur, jadi panas & hampir sama dengan tanda sihir pemisah pada diri.
Biasanya penyakit ain berpunca dari media sosial. Mungkin kita ada berkongsi sesuatu yang menyebabkan orang lain sakit hati & iri hati dengan diri kita.
Contoh kita selalu kongsikan tentang kebahagiaan kita dengan pasangan, kekayaan kita, hidup kita & sebagainya. Perkongsian seperti ini boleh mengundang penyakit ain pada diri kita sekali gus menghancurkan rumahtangga kita sama seperti sihir pemisah.
Untuk masalah ni, biasanya kita tak boleh detect sama ada kita terkena penyakit ain atau tak. Kita cuma boleh buat kesimpulan berdasarkan pada tanda tanda yang diberikan.
Sihir pemisah boleh berpunca dari pendamping
Pendamping macam jin asyik boleh menyebabkan diri & pasangan jadi panas & bergaduh setiap masa. Seolah olah macam ada orang buat hubungan kita & pasangan jadi hancur.
Ya memang betul ada yang buat kita & pasangan jadi hancur tapi yang buat tu bukan lah seorang manusia, tapi jin yang berdamping dengan diri kita.
Pendamping ada banyak, yang biasa terjadi adalah gangguan jin asyik pada diri. Jin asyik ada sifat cemburu pada diri & akan pisahkan diri kita dengan pasangan kerana sifat cemburunya.
Untuk lebih jelas tentang jin asyik ni boleh rujuk disini. InsyaAllah kita akan faham siapa sebenarnya jin asyik ni ya.
Sihir pemisah boleh berpunca dari tempias
Jin gelandangan atau tempias dari luar, yang mana kita terkena tempias, terpijak, terkena dari orang sakit & sebagainya, kemudian bawa balik kerumah & sebabkan tubuh badan kita jadi sakit sakit tapi kita biarkan kerana anggap tiada apa apa.
Bila gangguan dari luar sudah lama bertapak dalam diri, ini akan menyebabkan hubungan kita dengan pasangan jadi panas, jadi benci antara satu sama lama lain & ofcoz benda ni akan sama dengan orang orang yang terkena sihir pemisah.
Gangguan dari luar, jika dibiarkan atau tak dibersihkan boleh menyebabkan hubungan dengan pasangan jadi panas.