Gangguan Jin Asyik

Dikemaskini pada 27/11/2020
gangguan jin asyik

APA MAKSUD JIN ASYIK?

Jin asyik bermaksud jin yang dah jatuh cinta dengan kita & mula berdamping dengan kita tanpa kita sedar.

Jin yang berdamping dengan kita pula, biasanya akan menyebabkan kita ada banyak masalah sosial pada diri tanpa kita sendiri sedar yang benda tu berlaku disebabkan campur tangan makhluk halus. Ini yang biasanya terjadi & ramai tak perasan.

TERLALU RAMAI YANG KELIRU

Ramai diantara kita yang keliru sebenarnya. Terutama dalam masalah rumahtangga.

Rumahtangga dah nazak & otw nak hancur tapi kita tak perasan dan akan fikir benda ni berlaku disebabkan gangguan sihir & campur tangan pihak ketiga.

Padahal hakikat sebenarnya, apa yang kita sedang lalui itu TAK SEMESTINYA berpunca dari pihak ketiga.

Sebaliknya boleh berpunca dari gangguan yang ada pada diri kita sendiri.

Itu lah dia gangguan jin asyik yang kita sendiri pun tak tahu tentang kewujudannya. Tahu tahu dah ada pada diri.

Yes, ini yang paling ramai terlepas pandang. Sebabnya satu saja, kurang pengetahuan & kurang pendedahan tentang gangguan jin asyik ni.

Selalunya bila rumahtangga kita mula bermasalah, kita terus akan cakap “sihir”. Itu sahaja yang kita tahu nak sebut,

Tapi sebenarnya, salah satu yang menyebabkan rumahtangga kita hancur adalah gangguan jin asyik.

Jom baca lagi mendalam.

DETECT GANGGUAN JIN ASYIK MELALUI TANDA TANDA

Antara tanda tanda gangguan jin asyik yang boleh kita kesan melalui diri:

1. Terlalu kerap mimpi lelaki yang tak dikenali

2. Terasa dan berkeinginan tinggi utk melakukan seks

3. Kerap mimpi bersetubuh & berasa letih setelah bangun dari tidur

4. Kerap bergaduh dengan pasangan tanpa sebab yang jelas. Biasanya bergaduh disebabkan hal hal yang kecil.

5. Kerap bertukar tukar pasangan disebabkan susah untuk serasi & biasanya kerap bertengkar (biasanya berlaku pada mereka yang belum berkahwin)

6. Kerap ditindih ketika tidur sehingga sesak nafas

7. Kerap lebam dicelah peha tanpa sebab

8. Haid yang tidak teratur & mungkin mengalami masalah fibroid & cyst

9. Kerap mengantuk selepas asar sehingga waktu maghrib.

Jika kebanyakan tanda tanda diatas ada pada diri kita, jelas kita sedang diganggu jin asyik.

Tanda diatas hampir sama dengan semua tanda tanda sihir pemisah.

Maka jelas pesakit sedang mengalami masalah berat jodoh, dan ada pendamping pada diri yang dipanggil sebagai “jin asyik”.

Iaitu jin yang jatuh cinta kepadanya.

**Penerangan diatas bermaksud adanya gangguan jin yang telah JATUH CINTA pada seorang manusia khususnya pada wanita yang tidak menjaga auratnya dengan sempurna.

SIAPA YANG BERISIKO TERKENA GANGGUAN JIN ASYIK?

1. Perempuan yang cantik rupa parasnya 

2. Perempuan yang putih melepak kulitnya. 

3. Perempuan ang selalu mandi dlm keadaan bogel.

4. Perempuan yang selalu tidur selepas asar sehingga waktu maghrib

5. Perempuan yang selalu tidur dalam keadaan seksi dgn tidak menjaga aurat

6. Perempuan yang selalu keluar rumah dalam keadaan tidak menjaga aurat

#CEGAH GANGGUAN DENGAN MENUTUP AURAT

APA YANG PERLU KITA BUAT UNTUK BUANG JIN ASYIK PADA DIRI?

Antara usaha yang boleh kita buat untuk selesaikan masalah ni ialah dengan mendapatkan khidmat rawatan dari pengamal perubatan Islam & alternatif. 

KESIMPULAN

InshaaAllah, masalah berat jodoh & masalah pasangan akan segera pulih sekiranya berpunca dari gangguan yang disebutkan diatas.

Benar memang masalah rumahtangga selalu dikaitkan dengan sihir. Tapi perlu tahu juga, bukan semua sihir itu datang dari manusia.

Sihir boleh datang dari pelbagai arah. Antaranya tempias, terpijak & gangguan jin asyik pada diri.

Semua faktor ini boleh menjadi punca berlakunya masalah rumahtangga.

Sama sama kita belajar dan kaji sebelum kita mula menuduh orang lain melakukan sihir pada diri kita.