Dalam dunia yang kita tinggal ni, cerita pasal gangguan jin memang tak pernah habis. Ada kepercayaan yang kuat mengatakan bahawa jin boleh memilih beberapa tempat tertentu dalam badan manusia untuk membuat ‘rumah’ mereka.
Tinggal di otak
Jin boleh bertempat tinggal di dalam kepala, terutamanya di bahagian otak, tempat ini biasa dianggap sebagai salah satu tempat utama bagi jin yang ingin tinggal bersama manusia.
Ini mungkin sebab otak adalah pusat kawalan keatas diri kita. Jin boleh ambil alih tubuh badan manusia dengan control melalui otak manusia tu sendiri.
Bila otak terganggu, kesan dia boleh jadi sangat meluas, termasuk gangguan pada pemikiran dan perasaan.
Tanda-tandanya? Kita mungkin akan mengalami sakit kepala yang kronik, rasa pening yang tak bersebab, selalu rasa nak pitam atau berlaku perubahan mood secara tiba-tiba dan susah untuk dijelaskan secara logik.
Duduk diatas bahu
Bahu juga merupakan satu tempat jin yang suka ‘menginap’. Mungkin sebab bahu sering kali kita anggap sebagai simbol beban yang kita pikul.
Jin yang tinggal diatas bahu boleh membuatkan kita merasa berat dibahagian bahu, walaupun secara fizikal tak ada apa-apa. Itu belum termasuk rasa tekanan atau ketegangan yang selalu muncul tanpa sebab yang jelas.
Jika dibiarkan terlalu lama boleh menyebabkan urat kita menegang sekali gus menyebabkan sakit tubuh badan yang takkan habis.
Di perut
Dikatakan jin suka memilih untuk bertapak di sini, kita mungkin akan mengalami pelbagai masalah pencernaan yang pelik dan susah dijelaskan secara medical.
Dari sakit perut yang terus-menerus, rasa kembung yang tak hilang, hingga gangguan pada nafsu makan, semua ni boleh jadi tanda-tanda adanya gangguan jin dalam perut.
Di jantung
Jantung antara tempat yang paling jin suka. Tapi tak semua orang akan kena. Gangguan di area ini boleh menyebabkan kita merasa cemas dan selalu rasa berdebar debar tanpa sebab yang jelas.
Bahkan, kita akan rasa sesak nafas tanpa melakukan apa apa aktiviti. Kadang kadang kita rasa kita ada simptom sakit jantung, tapi bila check di Hospital, doktor sahkan kita tak ada masalah jantung.
Di kaki
Bila kita selalu berjalan diluar, kita mungkin akan terpijak or terlangkah pada tempat tempat tertentu.
Disebabkan kita lalu dikawasan yang tak sepatutnya tanpa kita sedar, jin boleh ikut dan tinggal dikaki kita sendiri.
Ini akan menyebabkan kita akan alami rasa lelah yang berlebihan, terutama di kaki, rasa kejang, rasa penat dan berat yang berlebihan pada kaki.
Ini adalah sebahagian dari tanda bahwa ada jin yang tinggal dikaki kita.
Di rahim
Jin suka duduk didalam rahim wanita kerana dalam rahim terdapat darah kotor yang boleh dimakan. Utk perempuan, kebiasaannya memang jin akan bertapak dalam rahim untuk makan segala darah kotor setiap kali datang bulan.
Antara tandanya mungkin kita akan merasa ada tidak selesa yang berterusan, masalah kesuburan, atau haid yang tidak teratur dan menyakitkan.
Kadang kadang juga boleh menyebabkan kita alami ketumbuhan pada fibroid dan cyst. Walaupun dah operate banyak kali, tetap akan tumbuh tanpa sebab yang jelas.
Ikut pada pengalaman dalam rawatan, ada yang dah operate 8x tapi masih tumbuh tanpa sebab yang jelas. Perhatikan tanda tanda gangguan jin pada rahim.
Di luar badan
Jin juga boleh ‘menetap’ di luar badan, mencipta aura negatif yang mengelilingi diri kita.
Ini boleh jadi seperti wujudnya ‘awan’ negatif yang membuatkan kita selalu rasa down, lesu, atau bahkan rasa stress tanpa sebab yang jelas.
Gangguan dari luar ini sering kali berhubungan dengan energi negatif yang disebarkan oleh jin ke dalam kehidupan kita, mempengaruhi segala aspek dari emosi hingga kepada hubungan dengan orang lain.
Menghadapi jin, baik yang di dalam atau di luar badan, memerlukan pendekatan yang bijak dan seringkali bantuan dari mereka yang berpengalaman dalam hal spiritual.
Jadi penting untuk dapatkan rawatan untuk masalah yang kita alami.