Apa yang dimaksudkan dengan jin asyik?
Jin asyik ialah gelaran kepada jin yang jatuh cinta kepada manusia. Jin lebih kurang sama saja macam manusia. Mereka pun ada taste & ada nafsu. Jadi kalau mereka ternampak perempuan cantik dan tidak menjaga aurat, itu akan membuat kan mereka jadi tertarik.
Apa yang ada pada jin, itu juga la yang ada pada manusia. Hampir sama tapi tak serupa. Cuma kelebihan jin ni, kita tak boleh nampak. Jadi jin boleh berdamping dengan sesiapa sahaja tanpa pengetahuan kita.
Bila jin berdamping atas sebab suka, kita akan panggil jin ni dengan gelaran jin asyik. Walaupun sebab jin tu dekat kerana suka dengan kita, jangan kita pandang rendah dengan jin asyik. Kita kena tahu kesan bila jin asyik berdamping dengan diri kita. Jin yang sudah berdamping terlalu lama pada diri kita boleh mengakibatkan ‘sakit mental’ yang agak teruk. Ini berdasarkan feedback yang diberikan daripada pesakit yang pernah alami gangguan jin asyik.
Jin asyik boleh sakitkan orang lain
Ni antara yang sangat bahaya kenapa kita kena berubat dengan segera.
Kalau kita marah pada orang lain, jin yang berdamping dengan kita akan menyakiti orang kita marahkan sangat tu. Akibatnya, orang yang kita marahkan tu akan jatuh sakit.
Kalau orang yang kita marah tu jatuh sakit, itu adalah berpunca dari diri kita sendiri. Tapi kita mungkin tak sedar & tak tahu. Benda ni jadi tanpa pengetahuan kita. Ada yang bekerja secara ghaib & tak nampak dengan mata kasar. Dan orang yang sakit tu mungkin akan pergi berubat. Nak tahu apa kata perawat?
Perawat akan kata kita lah yang sihirkan dia.
Padahal kita tak tahu apa apa. So kat sini la salah faham akan berlaku. Sebab kes macam ni memang banyak sangat jadi. Dalam dunia nyata pun banyak salah faham terjadi, apatah lagi dalam dunia ghaib.
Bila kita marah, pendamping akan buat kerja tanpa pengetahuan kita.
Rasa rasa bahaya tak jika jadi pada diri kita sendiri? Kalau betul kita sayangkan kawan kawan kita.
Ambil serius tentang tanda tanda ni. Perhatikan semua tanda tanda ni pada diri kita. Jika benar ada pendamping pada diri kita, maka pasti akan ada banyak tanda tandanya. Tak pasti tak mengapa, tanya lah pada pengamal perubatan Islam. Tindakan yang cepat dapat menyelamatkan diri kita dari masalah besar.
Jin asyik ada perasaan cemburu & semua jodoh akan disekat
Keburukan jika kita didampingi jin asyik ialah, semua jodoh kita akan disekat. Dengan sesiapa pun yang kita nak kawan dia akan sekat.
Sebab jin asyik tak mahu & takut kalau diri kita akan dimiliki oleh orang lain. Jadi untuk elakkan benda ni terjadi, jin asyik akan halang dengan sesiapa sahaja yang kita berhubung terutama nya pasangan hati yang membawa kepada perkahwinan.
Bila bercinta akan selalu bergaduh. Bila tunang biasanya akan putus. Bila kahwin biasanya akan cerai.
Bergantung sejauh mana kita boleh bertahan dalam hidup. Ada orang tak tahu, jadi dia anggap ujian dalam kehidupan. Ada orang hanya tahu menyalahkan orang lain. Jadi, bijak lah dalam membuat keputusan. Jodoh memang milik Allah, tapi kita disuruh untuk berusaha. Bukan disuruh untuk pasrah.
“Kalau kita berjaya kahwin sekali pun, hubungan kita dengan pasangan akan jadi panas & menuju kearah penceraian.
Badan akan penat & sakit
Badan kita akan sakit, akan ada lebam dipeha, akan penat bila bangun tidur. Semua ni tak dapat dijelaskan melalui klinikal.
Inilah dia kesan dari dirogol jin. Jin tidur bersama kita. Duduk diatas badan kita sehingga kita merasa sakit. Lebam itu adalah bekas gigitan jin. Jin asyik boleh menyebabkan tubuh badan kita sakit. Boleh menyebabkan sakit klinikal muncul tanpa sebab yang munasabah.
Tanda jin asyik paling jelas pada diri
Ni antara tanda tanda jin asyik yang patut kita ambil tahu & teliti pada diri kita. Sekiranya ada lebih dari 3 tanda, kemungkinan besar kita memang didampingi jin asyik.
1. Lebam dipeha tanpa sebab yang jelas.
2. Badan rasa penat & letih bila bangun tidur.
3. Masalah kitaran haid yang terlalu lama.
4. Selalu bertengkar dengan pasangan.
5. Selalu terhalang untuk berkahwin.
6. Jika dah berkahwin, akan selalu bertengkar sampai nak bercerai.
7. Selalu mimpi lelaki yang tak dikenali.
8. Selalu mimpi bersetubuh.
9. Selalu bernafsu tanpa sebab.
10. Rasa letih sangat bila bangun dari tidur.
11. Semua urusan dipermudahkan terutama berkaitan kewangan. Sentiasa ada duit. Tapi bila bercinta, semua jadi huru hara.
12. Rasa diri diperhatikan pada masa masa tertentu.
Paling teruk, kesannya boleh menyebabkan ketumbuhan cyst & fibroid pada rahim kita. Disarankan untuk buat medical check up. Gangguan jin asyik boleh bagi kesan pada tubuh badan kita.
Alami anxiety & kemurungan
Bila kita dah terlalu lama dengan gangguan jin, antara kesannya pada diri ialah,
Anxiety disorder.
Anxiety bermaksud kita kerap rasa bimbang tanpa sebab yang jelas. Selalu rasa takut, selalu rasa diperhatikan & selalu kena panic attack. Anxiety yang boleh menyebabkan kita stress & kemurungan.
Ada banyak faktor yang menyebabkan kita anxiety. Umumnya stress & trauma. Tapi untuk gangguan jin asyik, hampir kesemua pesakit akan alami anxiety pada diri.
Mungkin kita tak perasan kita ada anxiety, mungkin juga kita tahu yang kita ada anxiety, mungkin juga dah banyak ubat kita telan, tapi keadaan diri masih sama.
Kemurungan
Jin asyik juga boleh menyebabkan kita kemurungan, hilang semangat & rasa bunuh diri.
Antara tanda tanda kemurungan pada diri:
1. Rasa sedih tanpa sebab
2. Rasa putus asa dalam hidup.
3. Rasa tidak dipedulikan.
4. Rasa kesunyian yang mendalam
5. Hilang minat pada semua perkara.
Rasa “pergi mampus pada semua orang”. Ini yang biasa pesakit alami bila terkena gangguan jin asyik. Tak semua, tapi kebanyakan kes.
“Bukan nak kata semua anxiety & kemurungan tu berpunca dari jin. Cuma nak sampaikan, semua pesakit yang terkena gangguan, hampir kesemuanya ada anxiety & kemurungan.”
Jalan penyelesaian
Gangguan jin asyik mesti dirawat dengan kadar segera. Lagi lama dibiarkan, lagi susah untuk jin asyik nak dikeluarkan. Jika dibiarkan dan tidak dapatkan rawatan untuk jangka masa yang lama, gangguan jin asyik akan menyebabkan masalah pada kehidupan kita. Berubat dengan segera untuk keluar diri dari segala permasalahan dalam hidup.
Kita perlu tahu yang tanda jin asyik hampir sama dengan tanda sihir pemisah. Jika terlihat tanda tanda sihir pemisah ada pada diri, tenang. Jangan mudah claim yang kita disihir. Dapatkan penerangan perawat yang bertugas dulu. InsyaAllah kita akan dapat jawapan nya dengan jelas.
Untuk berubat masalah gangguan jin asyik, boleh tekan link disini.
#GangguanJin #JinAsyik #SihirPemisah #PenyakitAin