Suami isteri selalu panas

Bila dekat dengan pasangan, hubungan jadi panas. Tapi bila menjauh, rasa perasaan sayang dan rindu pada pasangan. Bila dekat, masalah yang sama jadi. Rasa panas & bergaduh disebabkan benda benda yang kecik. 

Benda macam ni hampir jadi pada semua orang. Tapi ramai diantara kita yang tak perasan, sebenarnya masalah ni berpunca dari gangguan jin. 

Gangguan jin boleh sebabkan hubungan suami isteri jadi panas disebabkan hal hal kecik. Cara nak selesaikan mesti la dengan jalan kerohanian, sebab jin ni ghaib. 

suami isteri panas

Gangguan jin boleh datang dari mana mana

Kadang ada jin yang ikut kita balik rumah, lepas tu menetap kat rumah kita. Lama lama rumah tu jadi panas & kita jadi tak suka tengok pasangan. 

Pernah alami tak macam ni? Kalau ya, ni sebahagian dari tanda tanda gangguan jin. 

Gangguan jin ni tak semestinya sihir or saka. Kadang sekadar tempias yang datang dari luar, macam terpijak, terlangkah, tempias dari orang yang sakit & macam macam lagi. 

Kita je yang biasa tak perasan bila terkena, yang kita perasan, emosi kita selalu rasa nak marah & hubungan dengan pasangan makin keruh. 

Jangan ingat benda macam ni normal. Ni sebahagian dari tanda tanda gangguan jin pada diri. Cuma jangan terlalu risau lah, bukan semua gangguan jin tu buatan orang. 

Kalau dibiarkan akan jadi teruk

Kalau betul ada gangguan jin pada diri, kena bawa berubat. Kalau dibiarkan terlalu lama boleh sebabkan hubungan dengan pasangan makin keruh & boleh membawa kepada penceraian. 

Ramai sebenarnya yang buat tak tahu dengan keadaan diri & pasangan, sebab ramai yang percaya masalah ni berpunca dari sikap pasangan tu sendiri. 

Tak semua orang akan jangka benda ni berpunca dari gangguan jin. Tak semua orang tahu tentang gangguan jin ni sebab benda yang tak nampak ni bukan semua orang percaya. 

Kalau kita percaya adanya gangguan jin ni, kita kena berubat untuk selamatkan rumahtangga kita. 

Jalan beramal

Kalau gangguan jin yang ada pada diri kita ni gangguan yang biasa biasa & tak teruk, biasanya boleh je hilang dengan amalan amalan ringkas macam bacaan Al Baqarah, ayatul kursi & ayat ayat manzil yang lain. 

Tapi kalau gangguan jin yang ada pada diri kita tu level level kayangan macam sihir & saka keturunan, kita perlu dapatkan bantuan dari pengamal perubatan Islam. 

Mungkin kita boleh buang sendiri gangguan ni dengan ruqyah mandiri, tapi kalau kita tak kuat & tak yakin, boleh makan diri kita balik. 

Silap sikap akan buat keadaan rumahtangga kita bertambah teruk. Hubungan dengan pasangan makin panas, bahkan sampai bercerai jadinya. 

Jalan berubat dengan pengamal ruqyah

Dengan ruqyah kita boleh buang semua jenis gangguan jin pada diri. Tak kira sama ada gangguan sihir atau pun saka.

Kalau kita nak hubungan suami isteri sentiasa dalam keadaan tenang, pastikan kita selalu beramal & protect diri kita dari gangguan sihir dan saka. 

InsyaAllah kita terselamat dari masalah rumahtangga. Hidup la kita sebagai suami isteri yang bahagia. 

Benda kecil jangan pandang remeh

Boleh jadi benda ni nampak biasa biasa je pada kita, tapi bila dibiarkan benda ni la yang akan musnahkan hidup kita.

So kalau memang kita rasa tak kena dalam rumahtangga kita, dapatkan rawatan untuk buang benda benda yang tak elok pada diri. InsyaAllah masalah kita dengan pasangan akan beransur pulih. 

Tapi kalau pandang biasa, kita cakap benda ni normal untuk semua orang, so kita salah. 

Hubungan suami isteri yang selalu panas, benda yang tak normal. Dia takkan jadi tanpa sebab. Mesti ada sesuatu yang menganggu. 

Lagi cepat kita bertindak, lagi cepat masalah rumahtangga kita dapat diselesaikan insyaAllah. 

More Posts

error: Content is protected !!