Haid selalu datang lambat
Kalau kitaran haid selalu datang lambat tu normal untuk sebahagian perempuan.
Tapi masalah kitaran haid juga boleh jadi tanda tak baik sebab sebahagian dari tanda tanda gangguan jin. Cuma jika masalah haid semata mata, tak berapa nak kuat la untuk kita kata ada jin pada diri.
Biasanya bila kitaran haid kita selalu lewat, cuba tengok tanda tanda lain pada diri. Kita ni panas baran tak? Jika ya dah satu markah.
Kita ni kerap mimpi buruk tak? Jika ya dah dua markah. Kita ni ada lebam kat peha tak?
Jika ya dah tiga markah. Maka dengan tiga point ni dah cukup dah nak katakan yang memang ada gangguan jin pada diri kita.
So cuba kita buat diagnosis diri disini. Membantu la untuk bagi tahu kita ni ada gangguan jin ke tidak. Mana la tahu memang ada.
Alami ketumbuhan cyst & fibroid
Pernah ada tak sebelum ni? Atau tengah ada sekarang ni?
Kalau ada, ini tanda kuat yang kita ni berkemungkinan ada gangguan jin pada diri. Susah nak jelaskan apa kaitan cyst & fibroid ni dengan gangguan jin.
Tapi berdasarkan pengalaman dalam rawatan, kebanyakan pesakit yang ada masalah cyst & fibroid ni memang ada gangguan jin.
Antara contohnya, bila ruqyah pesakit merasuk. Tak pun ada banyak tanda tanda gangguan jin pada diri.
Tapi ada juga yang ada cyst & fibroid tapi tiada jin. So tak semua la. Tapi still kena berhati hati jela sebab ni kan tanda tanda. Mana la tahu kita ada juga.
Kerap keguguran
Ada banyak faktor kenapa kita boleh gugur. Antaranya ialah gangguan jin. Gangguan jin boleh menyebabkan kita gugur tanpa sebab yang jelas dalam medical.
So kalau kita kerap alami keguguran & dah banyak kali pergi hospital. Apa kata cuba check dengan pengamal ruqyah pula.
Mana la tahu kerap gugur tu mungkin berkaitan rapat dengan gangguan jin. Jika memang ada pada diri, kita keluarkan. Perubahan tu kita perlu tengok dalam setahun dua.
Yela sebab nak mengandung dulu & tengok hasilnya kan. Takkan berubat hari ni, esok terus mengandung ye tak?
Badan cepat letih bila bangun tidur
Ni sebahagian dari tanda tanda jelas yang diri kita memang ada gangguan jin. Kitaran haid datang lambat, ada lebam dipeha, selalu mimpi setubuh, kerap gugur & cepat letih bila bangun tidur.
So perlunya check up pada diri supaya kita tahu apa sebenarnya yang jadi pada diri. Jangan pandang remeh dengan benda macam ni.
Kadang benda yang kita anggap remeh ni lah, boleh meninggalkan kesan yang besar dalam kehidupan kita. Jadi jangan lupa buat check up ya sekiranya kita alami tanda tanda yang disebutkan diatas. 🙂
Tanda tanda lain yang perlu diperhatikan
Ada banyak tanda, ini antara tanda yang biasa jadi pada pesakit yang bermasalah:
1. Masalah klinikal pada bahagian rahim. Tak dapat dijelaskan melalui doktor.
2. Susah mengandung atau kerap gugur tanpa ada penjelasan dari segi klinikal.
3. Masalah cyst & fibroid yang berulang ulang, walaupun sudah dibuang & dirawat.
4. Anxiety disorder. Rasa bimbang yang melampau tanpa sebab yang jelas.
5. Sakit sakit seluruh tubuh badan tanpa sebab yang jelas.
6. Perut kembung atau busung secara tiba tiba & akan kempis semula pada waktu waktu tertentu.
7. Kerap mimpi bersetubuh.
8. Kerap mimpi lelaki yang tak dikenali.
9. Kerap mimpi rumah lama.
1o. Kerap mimpi berjumpa dengan arwah.
Kesimpulan
Buat check up di hospital dulu sekiranya kita alami masalah ni. Kalau dah check & tak dapat dikesan Dr, baru la kita buat check untuk rawatan Islam pula.
Tapi pastikan dah 2 – 3 orang doktor yang confirmkan kita tiada apa apa. Kalau 1 doktor tak cukup nak confirmkan kita tiada apa apa. Sebab doktor juga boleh terlepas pandang.
Jangan sesekali pandang rendah pada masalah ni. Kitaran haid yang tak normal boleh jadi sakit biasa, boleh jadi sakit serius.
Mesti buat rawatan Islam & rawatan di hospital untuk pastikan zahir & batin kita clean & clear. Tak boleh buat salah satu rawatan, mesti check keduanya sekali. Itu lebih baik.
Yang mungkin berkaitan