Saka tu apa?
Saka ialah gelaran untuk jin yang datangnya dari keturunan kita sendiri. Kalau jin ni datang dari orang lain, biasanya kita tak panggil sebagai saka tapi dipanggil sebagai sihir atau pun tempias. Tak kira apa pun jenis jin nya, kalau asal usulnya datang dari keturunan kita sendiri, memang akan dipanggil sebagai saka keturunan.
Gelaran saka berasal dari nama pusaka. Keturunan biasanya akan tinggalkan harta pusaka kepada anak cucunya. Cuma bezanya dengan saka, harta yang ditinggalkan adalah dalam bentuk ilmu & ghaib. Jadi kita ambil yang hujung hujung je, pu – saka yang datang dari keturunan.
Jadi saka ni datang & berdamping dengan diri kita ni bukan suka suka. Tapi bersebab. Antara sebabnya ialah perjanjian yang dah dibuat oleh nenek moyang kita sendiri. Saka ni biasanya diguna pakai untuk menjaga rumah, jadi kuat, tundukkan orang luar & macam macam lagi.
Function saka ni lebih kurang je dengan anjing. Cuma orang dulu dulu lebih prefer guna jin ni untuk kemudahan harian. So nak guna jin ni mesti la ada syarat syaratnya, sebab jin takkan buat kerja percuma untuk kita. Maka disini lah berlakunya perjanjian antara manusia & jin. Kau tolong aku, aku tolong kau.
Kata jaga, tapi hidup kita bermasalah. Sebab?
Ok yang tadi tu dijelaskan, antara perjanjian untuk jin. Untuk manusia pulak, dia pun ada perjanjian yang dah dibuat dengan jin.
Dalam perjanjian tu manusia mesti memenuhi syarat syarat yang diminta, antaranya syaratnya mesti bagi makan, mesti buat upacara tertentu, mesti kena amalkan amalan yang khusus. Tapi bila manusia sendiri yang tak buat lagi amalan tu, so manusia tu dah dikira melanggar perjanjian. Bila tak buat apa yang dijanjikan, jin pun marah lah.
Maka turunlah saka tadi menanggih janji pada kita. Kita pulak memang tak tahu apa apa, sebab tu lah hidup kita jadi huru hara. Sebab kita tak buat janji yang dibuat nenek moyang kita. Jangan cakap tak buat, tak tahu pun yang keturunan kita ada saka.
Tahu tahu hidup dah terumbang ambing. Allahu. Kalau nak tahu, jin ni makhluk yang lurus. Kalau berjanji dia akan laksanakan janji dia. So dalam bab bab saka ni, biasanya memang berpunca dari manusia tu sendiri, bukannya jin.
Punca keluarga bermusuh
Bila kita tak tunaikan janji, saka pun akan buatkan hidup kita jadi bermusuh. Dibuatnya mak ayah benci pada kita, dipisahkan adik beradik, dijadikan kita & keluarga selalu bertengkar.
Sampai semuanya jadi keluarga yang toksik. Ada keluarga tapi tak macam keluarga. Ramai bukan sikit jadi macam ni.
Tak cukup dengan tu, disekatnya rezeki kita, disekatnya jodoh kita. Semuanya hancur secara perlahan lahan. Sebab tu kalau kita ada saka, biasanya hidup kita caca marba. Hidup dalam keadaan stress sepanjang masa. Lagi teruk, hampir semua orang tak faham apa yang kita lalui.
Kalau keluarga kita huru hara, jenis pandang harta, jenis mengutuk sesama sendiri, itu la antara tanda tanda kuat yang keluarga kita tu bersaka. Syaitan ni tugasnya memecahkan belahkan keluarga. Buat suami isteri & adik beradik berpisah. Macam tu la ceritanya. Simple.
Kita & pasangan akan kerap bergaduh
Saka keturunan takkan duduk diam. Dia takkan biarkan kita hidup bahagia.
Dia akan hancurkan apa sahaja yang kita ‘suka’. Apa yang paling bahagia buat diri kita? Biasanya bersama dengan pasangan kan? Semua tu orang yang ada saka, mesti hidup menderita bersama pasangan.
Hari hari bergaduh disebabkan hal hal yang kecil. Tapi dengan orang luar baik pula. Asal dengan pasangan je rasa benci. Rasa nak maki hamun 24 jam. Tapi bila jauh rasa rindu pulak. Ini tanda jelas, saka sedang berada dalam kehidupan kita.
Kalau dibiarkan terlalu lama, hubungan kita dengan pasangan akan rosak & akan berpisah buat selama lamanya. Untuk elak benda ni jadi, bawa berubat. Kalau ada tanda tanda saka pada diri, sahkan dengan pengamal perubatan ruqyah.
Saka buat kita jauh dari agama
Saka sedaya upaya akan menghancurkan hubungan kita dengan Allah. Saka akan buat kita berat beribadat. Berat nak zikir & berat nak buat baik pada orang lain.
Saka akan buat kita melampaui batas dengan diri sendiri. Saka itu akan tarik dosa sebanyak yang mungkin pada diri kita. Dia akan tarik benda benda haram, perempuan, nafsu & lain lain. Tapi dia akan jauhkan benda benda yang baik.
Contoh kalau kita nak kahwin, dia akan halang. Perkahwinan kita akan jadi susah. Tapi kalau kita sekadar nak berpasangan & buat maksiat, perkara macam tu akan jadi mudah. Tiada halangan sama sekali, bahkan akan dibantu.
Saka boleh buat kita kemurungan
Saka buat kita berharap untuk mati. Sebab saka akan halang macam macam benda dalam kehidupan kita. Sebab tu kita buat semua benda asyik tak jadi.
Kadang rasa putus asa dengan semua benda. Akhirnya kita akan jadi tak semangat & berharap untuk mati.
Nak solat rasa berat, nak kahwin asyik terhalang, hubungan dengan mak jadi panas, hubungan dengan ayah hari hari nak bertumbuk. Semua ni jadi sebab saka keturunan. Kita sebenarnya ada masalah dari segi kerohanian, tapi kita tak nampak dengan mata kasar.
Kita akan rasa sedih yang mendalam, sampai kita rasa tak guna, rasa disisihkan, rasa diri kita diabaikan & akhirnya kita pun kata, lebih baik aku mati dari aku hidup. Sebab kita rasa, buat semua benda dah tak berguna lagi pada diri kita. Allahu.
Kesan pada tubuh badan
Antara kesan yang MUNGKIN ada pada tubuh badan kita, tapi kita tak perasan yang itu berpunca dari masalah saka keturunan:
1. Sakit sakit badan. Hampir kepada kerap. Semua nya jadi tanpa sebab yang jelas.
2. Kerap gatal kulit. Kadang gatal pada satu badan. Biasanya jadi pada waktu waktu tertentu.
3. Susah tidur malam. Hampir hari hari tak boleh tidur. Time nak subuh baru rasa mengantuk dan sedap nak tidur.
4. Boleh sebabkan kita nyanyuk lebih awal dari yang sepatutnya.
5. Boleh sebabkan epilepsi. Penyakit sawan. Ada pesakit berubat buang saka, sawan dia terus hilang. Tapi bukan semua sawan tu berpunca dari saka.
6. Boleh sebabkan scoliosis. Tulang membengkok tanpa sebab yang jelas.
7. Anxiety disorder. Rasa cemas tanpa sebab yang jelas. Rujuk tanda tanda anxiety untuk lebih jelas.
8. Skizofrenia (mental disorder) – rujuk tanda tanda skizofrenia untuk lebih jelas.
9. Boleh menyebabkan kitaran haid terganggu. Termasuk masalah susah mengandung, kerap keguguran.
10. Boleh menyebabkan cyst & fibroid. Pcos mungkin termasuk dalam tanda tanda gangguan jin.
Tanda ada saka keturunan pada diri
Antara tanda tanda saka keturunan pada diri:
1. Susah tidur malam sejak sekian lama.
2. Kerap bertengkar dengan keluarga. Broken family.
3. Sangat berat beribadat sejak sekian lama.
4. Panas baran dalam keluarga & orang luar.
4. Kerap bertengkar dengan pasangan. Tetapi baik dengan orang luar. Dengan pasangan sahaja selalu rasa panas.
5. Masalah kitaran haid. Lambat datang, pendarahan berterusan & lain lain.
6. Sukar mengandung.
7. Susah dapat kerja tetap. Selalu bermasalah ditempat kerja.
8. Masalah kewangan yang agak teruk. Rezeki susah nak masuk.
9. Susah dapat jodoh. Terutama perempuan.
10. Kerap mimpi bayi. Menyusukan bayi. Sayang pada bayi.
11. Kerap mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
12. Kerap mimpi rumah lama, orang lama & barang lama.
13. Kerap mimpi arwah datang berziarah.
Saka keturunan boleh dibuang
Saka keturunan ni adalah jin yang datangnya dari keluarga atau keturunan kita. Jin adalah makhluk yang disyariatkan. Mereka juga mati seperti manusia, hanya umur mereka sahaja yang lebih panjang dari manusia. Ini bermaksud saka keturunan boleh mati, boleh dibunuh & dibakar menggunakan ayat ayat Al Quran.
Saka keturunan tak kekal pada diri. Ikhtiar untuk dapatkan rawatan dari pengamal perubatan Islam. InsyaAllah. Semua masalah & simptom saka keturunan boleh hilang seiring dengan masa. InsyaAllah.
Ruqyah mandiri
Adakalanya kita boleh amalkan ruqyah mandiri setiap hari. Perlu rajin beramal. Baru la saka yang berdamping ni tadi akan jauh diri kita. Walau macam mana pun, jauh tak semestinya terputus. Kita tetap akan ada saka jika tak dibuang dengan cara yang betul.
Saka akan terus menunggu diri kita selagi kita belum mati. Ikhtiar diperlukan.
Penyelesaian
Saka keturunan boleh dibuang melalui rawatan ruqyah & alternatif. Rawatan tradisional (kaedah lama) pun boleh digunakan untuk membuang saka.
Saka ni gelaran atau pangkat pada jin. Jin tu cuma makhluk Allah yang hidup macam manusia. Mereka hidup & mati sama macam manusia. Mereka pun diperintahkan untuk beribadat kepada Allah. Ada syurga & neraka untuk bangsa jin.
Jadi jangan la kita menyangka yang saka ni kekal sampai hari kiamat. Tiada kehidupan yang kekal hidup sampai hari kiamat melainkan Iblis laknatullah. Satu satunya jin yang dihalau & dikutuk Allah.