Tanda sihir pengasih – punca pasangan lari & tunduk pada orang lain

Tanda sihir pengasih

Sihir pengasih boleh menjadi punca diri dan pasangan berpisah tanpa sebab yang jelas. Jadi penting untuk kita tahu tanda tanda sihir pengasih pada diri supaya kita tahu setiap masalah yang terjadi tu ada sebabnya. Antara tanda tanda sihir pengasih pada diri:

1. Perubahan secara mendadak. Dari benci menjadi suka secara tiba tiba. 

2. Bertengkar dengan keluarga. Dari baik tetiba menjadi benci dengan sesiapa yang menghalang. 

3. Setiap masa rindu & teringat pada pasangan. 

4. Terlalu sayang pada pasangan sampai sanggup memberi tubuh badan, ditengking & dipukul. 

5. Tak boleh berjauhan terlalu lama. Menyebabkan rutin harian terganggu. 

6. Jiwa terseksa bila lama tak berjumpa pasangan. 

7. Meroyan jika pasangan pergi tinggalkan diri. 

8. Menjadi tunduk dengan kata kata pasangan. 

9. Sangat berkeinginan tinggi untuk bersetubuh dengan pasangan.

10. Kerap menangis tanpa sebab jelas. Hanya ingat pada pasangan semata mata. 

11. Tak mahu beribadat. Sangat berat & benci mendengar azan. 

12. Kerap berkhayal adegan seks bersama pasangan.

13. Kerap menyebut nyebut nama pasangan dari siang sampai ke malam.

13. Selalu dalam keadaan kelam kabut dan tak dapat tenangkan diri. 

14. Tak mahu dirikan solat & rasa benci dengan Al Quran.

Target yang berisiko untuk terkena sihir pengasih

Yang berisiko tinggi untuk menjadi mangsa sihir pengasih:

1. Biasanya yang terkena perempuan. Lelaki pun ada juga terkena tapi jarang. Kalau lelaki, biasanya dia kaya atau berpangkat.  

2. Perempuan yang sangat cantik. Sangat diminati ramai. Artis lebih bahaya, sebab dikenali ramai. 

3. Seorang yang berkulit putih. Wajah yang menarik perhatian orang ramai. 

4. Seorang yang selalu tayangkan kecantikan diri di media sosial termasuk status whatsapp. 

5. Seorang yang sangat seksi. Tidak menjaga aurat dikhalayak ramai. 

6. Seorang yang suka berjoget di tiktok. Menampakkan aurat & tubuh badan pada penonton. Lebih berisiko untuk terkena sihir pengasih. 

8. Seorang yang kaya & memiliki pangkat dalam pekerjaan. Tak kira lelaki atau pun perempuan. 

Semua ni antara target yang berisiko untuk terkena sihir pengasih. Cukup kita cantik, kaya & berkuasa, orang luar akan target kita untuk kepentingan dirinya sendiri. Kalau kita tak nak jadi mangsa disihir, elakkan semua perkara diatas. Semak tanda sihir pengasih pada diri jika ada sesuatu yang kita curiga pada diri. 

Sihir pengasih boleh dirawat

Sihir pengasih biasanya tak boleh baik dengan sendiri. Selagi tak dirawat, selagi itu sihir itu akan kekal pada diri.

Sihir pengasih ni hanya boleh dipulihkan dengan bantuan orang lain, iaitu hanya pengamal perubatan Islam. Tapi sebelum kita bawa pesakit berjumpa dengan perubatan Islam pastikan kita sekat pesakit untuk berjumpa dengan pasangan yang kita syak mengenakan sihir pengasih.

Sebelum dapatkan rawatan, pastikan pesakit tak pakai apa apa minyak wangi. Bila dah berubat, jangan bagi pesakit berjumpa dengan pasangan dalam tempoh yang tertentu. Kalau boleh sekat terus. 

Kalau tak, rawatan yang dibuat akan jadi sia sia. Bila buang, sihir tu akan ada balik selepas dia berjumpa dengan pasangan. So kalau nak usahakan kesembuhan untuk pesakit, usahalah secara zahir & batin buat betul betul. 

Cara sihir pengasih diberi

Antara cara & kaedah yang biasa dibuat:

1. Melalui bacaan ayat Al Quran. Ayat ayat pengasih dari ayat Al Quran boleh disalah gunakan. Nampak islamic tapi boleh jadi jahat. 

2. Melalui bacaan mantra & dihembuskan melalui asap rokok. Jadi berhati hati dengan orang yang suka hisap rokok. Boleh jadi ada ilmu pengasih pada dirinya. 

3. Melalui minyak wangi. Minyak attar & minyak tertentu. Jika ada orang beri, jangan mudah untuk terima melainkan kita percaya pada yang memberi. 

4. Melalui khidmat bomoh. Cari kat google & hire bomoh untuk buatkan orang yang dia suka. 

Sihir pengasih sangat bahaya

Bahayanya boleh menjadikan mangsa menjadi gila. Hilang kewarasan akal. Tidak dapat lagi hidup secara normal. Benda ni akan jadi kalau ada tanda tanda sihir pengasih pada dirinya, tapi dibiarkan tanpa berbuat apa apa. 

Mangsa akan mati diri. Tiada lagi dirinya melainkan hanya jasad semata mata. Keluarga mesti ambil serius tentang sihir pengasih ni. Jika salah seorang ahli keluarga ada tanda tanda sihir padanya, bawa berubat dengan kadar segera. 

Paling paling kurang pun, buat lah checkup dengan pengamal perubatan Islam. Elak keadaan menjadi lebih teruk. 

Air kelapa boleh menjadi penawar

Air kelapa muda boleh menjadi penawar untuk melemahkan gangguan sihir pengasih pada diri. Juga boleh digunakan untuk mengurangkan simptom gangguan sihir sementara menunggu perawat untuk mulakan rawatan. 

1. Sediakan air kelapa muda. Beli kat mana mana kedai yang ada jual kelapa. 

2. Doa & berselawat sebelum minum air kelapa. Niatkan sebelum minum untuk buang gangguan sihir pada diri. 

3. Jika rasa nak muntah, muntahkan. InsyaAllah akan kurangkan simptom sihir pengasih pada dirinya. 

4. Kalau pesakit muntah teruk selepas minum air kelapa, disarankan untuk mandi bersihkan diri. 

5. Muntah disebabkan air kelapa berkemungkinan besar menunjukkan adanya gangguan makhluk halus pada diri. 

6. Muntah teruk, menunjukkan pesakit memang betul betul terkena sihir. Perlu dibawa berubat dengan segera. 

Jika buat rawatan, pastikan buat sampai habis

Buat rawatan jangan separuh separuh. Buat rawatan jangan buat sekali dua. Paling penting jangan tukar tukar perawat. Buat rawatan sampai habis dengan satu rawatan. Sekurang kurangnya 3x berturut turut.

Kalau nak tukar perawat, biar selepas pesakit dapatkan rawatan yang tiga. Walaupun pesakit nampak okey dengan satu kali rawatan, usahakan buat rawatan sampai kali ketiga. Bila sihir dibuang, pastikan dibuang sampai keakarnya. 

Sihir pengasih ni macam dadah. Sesiapa yang kena, biasanya susah nak baik. Makan masa untuk pulihkan. Jadi rawatan susulan tu sangat lah penting. Buat sampai pesakit rasa KOSONG & KEMBALI BERSEMANGAT.

Selalu follow up dengan perawat yang sama untuk langkah seterusnya, update perkembangan pesakit & jaga pergaulannya dengan orang lain. Amalkan pendinding diri. Ini wajib! Pesakit mesti diberi motivasi, nasihat & amalan amalan yang khusus untuk dirinya. 

Sihir pengasih tak boleh kesan dengan mata

Kita hanya boleh kesan sihir pengasih pada seseorang hanya melalui tanda tandanya. Kalau kita sendiri tak tahu tanda tanda sihir pengasih, kita mungkin tak perasan.

Sihir pengasih bekerja dalam diam biasanya. Zaman sekarang, sihir pengasih bukan macam dulu. Sihir sekarang lebih halus sampaikan kita akan nampak dia macam biasa je. 

Tapi disebalik ‘biasa’ yang kita nampak tu, dia tengah menderita teruk. Hanya dengan ilmu pengetahuan kita boleh tahu & detect simptom sihir pengasih pada diri seseorang.

Sihir pengasih macam dadah

Sekali kena memang susah nak pulihkan melainkan perlu rawatan berulang kali sampai pesakit betul betul sedar & kembali macam biasa.

Bukan mudah nak rawat masalah sihir pengasih, melainkan pesakit sendiri ada amalkan ruqyah mandiri, bersungguh sungguh untuk dapatkan rawatan & cuba melawan semaksima mungkin. Sekiranya kita terkena sihir pengasih, mohon dapatkan rawatan dengan 1 perawat, dan buat rawatan sampai kita sembuh sepenuhnya.

Kesimpulan

Sihir pengasih boleh baik melalui rawatan Islam. Tapi tak boleh baik dengan sendiri. Kalau dibiarkan, keadaan pesakit akan jadi lebih teruk dari yang disangka. Tahap teruk yang dimaksudkan, boleh menjadi hamba seks, boleh menjadi mengandung, boleh ketagih untuk bersama & boleh menjadi gila sehingga terpaksa dimasukkan kedalam hospital. 

Bertindak segera boleh membuatkan pesakit selamat dari terjerumus kepada perkara perkara yang kita tak mahu terjadi. Selamatkan, jangan dibiarkan. Nak tahu kita terkena atau tak? Semak tanda tanda sihir pengasih. Jika ada banyak tanda sihir pengasih pada diri, kemungkinan besar kita memang disihir.