Suami terkena sihir pengasih kerana orang ketiga

1. Nafsu terkunci pada isteri

Bila suami yang selama ini mesra dan penuh kasih sayang tiba-tiba berubah 180 darjah, mungkin ada something yang tak kena. 

Salah satu tanda yang paling ketara ialah ketika suami tiada nafsu pada isterinya. Ini bukanlah perkara biasa, terutama kalau sebelum ini tiada masalah. Tetiba sekarang ada masalah dan suami tak lagi bernafsu pada isteri. 

Benda ni takkan jadi secara tiba tiba. Mesti ada sebab yang kita kena cari tahu apa puncannya. Ini sebahagian tanda tanda gangguan jin. 

2. Mood berubah bila melihat isteri

Kita semua tahu, dalam sebuah hubungan, ada pasang surut. 

Tapi, kalau suami tiba-tiba tidak ada mood bila melihat atau berinteraksi dengan isteri tanpa sebab yang jelas, ini mungkin menjadi petunjuk sesuatu yang serius sudah berlaku dalam hubungan kita & suami. Lagi lagi kalau benda ni jadi secara kerap. 

3. Nampak angau dan tak boleh fokus

Suami yang selalu peka dan bagi perhatian pada isteri tapi sekarang suami nampak macam angau. Dia nampak macam berkhayal atau jiwa dia tak ada kat situ. 

Benda ni bukan sahaja menyebabkan dia lalai, tetapi juga berlaku perubahan mendadak dalam tingkah lakunya. So dah kena berjaga jaga kalau suami jadi macam ni. 

4. Tindakan yang tidak biasa

Kadang-kadang, suami mungkin bertindak dengan cara yang tidak masuk akal dalam membuat keputusan. Ini mungkin berbeza dari sifat asalnya yang kita kenali. 

Kalau benda terjadi, kita dah perlu ambil langkah berjaga jaga. Mungkin suami dah terkena. 

Suami terkena sihir pengasih

5. Pendiam dan kurang komunikasi

Komunikasi adalah kunci dalam setiap hubungan. Jika suami yang biasanya suka bercerita dan berkomunikasi sekarang menjadi pendiam, ini mungkin tanda-tanda ada something yang tak kena pada diri suami. Kena check. 

Apa nak buat kalau suami nampak macam ni?

Jika kita merasa suami menunjukkan tanda-tanda yang telah kita sebutkan sebelum ini, jangan panik. 

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

1. Research tanda tanda sihir pengasih dan sihir pemisah

Sebelum membuat sebarang kesimpulan, penting untuk memahami dan mengenal pasti tanda-tanda sihir pengasih dan sihir pemisah.

Terdapat banyak sumber yang menyenaraikan tanda-tanda ini, seperti perasaan yang berlebihan terhadap seseorang yang sebelum ini tidak dekat, perubahan mood mendadak, dan masalah dalam kehidupan seksual.

2. Minta bantuan dari Pengamal Perubatan Islam

Jika kita yakin suami kita terkena sihir, carilah bantuan dari pengamal perubatan Islam yang berpengalaman. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang ada, insyaAllah masalah ni dapat diselesaikan.

3. Buat ruqyah mandiri pada diri sendiri

Ruqyah adalah salah satu cara untuk menyembuhkan diri dari pengaruh sihir. Kita boleh mencari bacaan ruqyah dan mendengarkannya setiap hari. Ini akan membantu kita untuk membersihkan diri dari pengaruh negatif macam gangguan jin & sihir. 

4. Selalu amalkan pendinding diri

Selain dari ruqyah, penting juga untuk selalu melindungi diri dari pengaruh sihir. Amalkan doa-doa perlindungan macam Ayat Kursi, Surah Al Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Naas setiap hari, terutama sebelum waktu tidur.

5. Berserah kepada Allah

Akhir sekali, percayalah bahawa Allah adalah pelindung terbaik. 

Dengan usaha dan tawakkal, insyaAllah, kita dan suami akan dapat mengatasi masalah ini. Dengan pendekatan yang tepat dan kesabaran, kita boleh mengatasi cabaran ini bersama-sama.

Masalah berkaitan