Kerap mimpi buruk merupakan petanda
Bagi pesakit yang kerap mimpi buruk lebih dari 3 kali, biasanya dikaitkan dengan masalah gangguan jin sama ada pada diri atau pun dalam rumah yang kita tinggal.
Contoh mimpi yang menakutkan, mimpi kematian, mimpi pembunuhan, mimpi berada ditempat yang kotor & macam macam lagi. Mimpi buruk merupakan sebahagian dari tanda gangguan jin.
Sekiranya kerap bermimpi buruk, jangan ragu untuk buat check up dengan pengamal perubatan Islam.
Sekali mimpi tak perlu bimbang apa apa
Jika kita alami mimpi buruk sekali dua, tak ada apa yang perlu dirisaukan biasanya. Mimpi yang membawa maksud biasanya mimpi yang berulang ulang. Ini yang perlu kita ambil tahu.
Langkah yang perlu dibuat untuk elak mimpi buruk:
1. Mandi & bersihkan diri sebelum tidur.
2. Amalkan bacaan ayat kursi, 2 ayat terakhir dari surah Al Baqarah & 3 Qul sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur. Azan disetiap ruang dalam rumah kecuali tandas.
4. Azankan setiap ruang dalam rumah. Gangguan jin dalam rumah juga boleh menyebabkan kita mimpi buruk.
InsyaAllah kita takkan alami mimpi buruk lagi. Jika mimpi buruk tapi baru sekali jadi, maka tak perlu risau apa apa. Sebab itu perkara yang biasa. Semua orang akan alami.
Tapi kalau mimpi tu berterusan, dan lebih dari 3 kali berturut turut, dekat sini kita kena berhati hati.
Perlu dapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan Islam. Biasanya mimpi macam tu menunjukkan hidup kita ada masalah yang tak nampak dengan mata kasar.
Mimpi buruk yang membawa maksud
Kerap mimpi ular
Ular secara umum membawa maksud musuh. Dalam perubatan Islam, ular biasanya dikaitkan dengan sihir & santau.
Kerap mimpi ular berkemungkinan besar kita sedang terkena sihir. Jika alami mimpi ni, buat check up dengan pengamal perubatan Islam.
Kerap mimpi bayi
Jika kadang kadang kita ada bermimpi bayi, itu mungkin tak ada apa apa. Mimpi bayi kadang ada banyak faktor. Antaranya:
Keinginan yang kuat untuk dapat anak.
Rindu dengan anak yang baru meninggal dunia. Sayang kepada anak anak sehingga selalu terbawa kedalam mimpi.
Tapi kalau kita hampir setiap hari, hampir setiap masa bermimpi bayi. Kerap mimpi menyusukan bayi, maka mimpi sebegini bukan mimpi yang biasa.
Kerap mimpi bayi membawa maksud adanya gangguan jin yang datang dari keturunan kita sendiri. Jika alami, buat check up untuk dapatkan kepastikan.
Kerap mimpi rumah lama
Kerap mimpi rumah lama membawa maksud adanya gangguan saka keturunan pada diri.
Mimpi rumah lama dikaitkan dengan keluarga yang besar & sakit badan yang sudah terlalu lama.
Kerap mimpi bersetubuh
Kerap mimpi bersetubuh bermaksud ada gangguan jin yang suka dengan kita.
Setiap hari jin tu akan bersetubuh dengan kita untuk memuaskan nafsunya. Makna kata lain, jika kita bermimpi bersetubuh, bermakna kita memang sedang bersetubuh dengan jin yang berdamping dengan diri.
Kerap mimpi menakutkan
Kerap mimpi benda benda yang menakutkan menunjukkan adanya gangguan jin dalam rumah & sedikit tempiasnya pada diri kita.
Jika alami mimpi sebegini biasanya tak perlu terlalu bimbang sangat.
Azankan disetiap ruang rumah. Jaga SOP dalam rumah. InsyaAllah akan hilang. Sekiranya masih ada, baru dapatkan pertolongan dari pengamal perubatan Islam.
Kerap mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi, sebahagian dari tanda tanda gangguan jin.
Biasanya melibatkan gangguan jin yang sudah lama pada diri kita. Kalau kerap terjadi pada diri, biasanya perlu buat check up untuk tengok keadaan diri lebih details.
Cara elak mimpi buruk berulang
Ada macam macam cara untuk elak dari mimpi buruk. Antaranya ialah:
1. Selalu bersihkan diri sebelum tidur.
2. Selalu amalkan bacaan ayat Al Quran sebelum tidur.
3. Selalu bersihkan tempat tidur. Kibas sebelum tidur. Ikut sunnah.
4. Selalu memakai wangi wangian. Syaitan tak suka wangian.
5. Selalu pastikan bilik dalam keadaan yang bersih. Jangan bersempah & kotor. Apa lagi berbau.
6. Pakai baju yang menutup aurat semasa tidur.
7. Azan disetiap ruang rumah.
8. Selalu tutup pintu & tingkap sebelum masuk waktu maghrib.
ATAU
1. Buat check up dengan pengamal perubatan Islam.
2. Perlu buat ruqyah mandiri untuk bersihkan diri dari segala aura yang tak elok pada diri.
3. Perlu ada amalan amalan khusus untuk benteng diri kita dari serangan sihir & saka. Paling mudah bacaan 3 Qul.
Mimpi ni petanda kita sakit
Kerap mimpi buruk petanda yang kita sedang sakit & bermasalah dari segi kerohanian. Jadi jangan kita pandang remeh pada mimpi.
Boleh jadi mimpi kita ada maksud tertentu yang perlu ditafsirkan.
Boleh jadi juga mimpi kita itu cuma mainan tidur sahaja. Apa pun mimpi ni membawa maksud & nak memberi tanda kepada kita tentang sesuatu yang berlaku dalam hidup kita.
Jika kerap mimpi buruk, dapatkan rawatan. Konsultasi masalah kehidupan dengan perawat. InsyaAllah kita akan dapat jawapan yang jelas.
Kesimpulan
Jangan cemas kalau kita mimpi buruk. Tenangkan diri, bangun dari tempat tidur, doa minta perlindungan dulu.
Jangan semudah ABC nak ceritakan mimpi buruk kita pada orang lain, apatah lagi dalam media sosial. Sangat sangat bahaya.
Bukan semua mimpi tu bahaya. Dan bukan semua mimpi tu mainan tidur. Ada mimpi yang membawa maksud, ada yang tak bawa apa apa maksud.
Masalah yang berkaitan