Tanda pendamping – Punca panas baran, masalah rezeki & masalah keluarga

Maksud pendamping

Pendamping tu gelaran pada jin yang mendampingi manusia atas sebab sebab tertentu. 

Biasanya jin yang berdamping dengan manusia ni ada sebab.  Takkan ada pendamping yang berdamping dengan kita tanpa sebab yang jelas. Semuanya mesti ada tujuan tersendiri. Sekiranya jelas tanda tanda pendamping ada pada diri, cari tahu, kenapa kita didampingi jin.

Jika dah dapat jawapan, selesaikan cepat. Masalah kita dapat diselesaikan dengan mudah. InsyaAllah. 

Tak kira orang kuat agama atau tak

Pendamping ni boleh berdamping dengan sesiapa sahaja. Tak kira orang. Tak kira rajin beramal atau tak. Tak kira banyak buat maksiat atau tak. Tak boleh katakan “dia ni kuat agama” sebab memang tiada kaitan dengan gangguan pendamping. 

Sesiapa pun boleh kena. Orang yang kuat agama sekalipun boleh kena. 

Kalau dah kena tu, akan kena juga biasanya. Siapa pun kita, perlu amalkan pendinding diri pada setiap masa utk lindung diri dari gangguan pendamping. 

tanda pendamping

Baca: Tanda sihir pengasih

Baca: Jin boleh sebabkan sakit klinikal

Baca: Rawatan anxiety

Gelaran pendamping

Pendamping ni gelaran umum. Ada banyak nama nama khusus yang diberikan kepada pendamping. Sesuai dengan tugas yang diberikan. Ada juga memberi gelaran sesuai dengan umur pendamping. 

Antara gelarannya, khadam ilmu, tok sheikh, nenek, para wali, sunan, tok rimau, orang ghaib, bunian & banyak lagi. Kalau gelaran gelaran ni disebut depan kita, ini lah dia pendamping dari golongan jin. 

Tanda pendamping pada diri

Antara tanda pendamping & simptom jika kita sedang didampingi jin.

Khusus untuk lelaki:

1. Panas baran melampau. Tak dapat control. 

2. Boleh bersilat dengan sendiri. Kalau marah sahaja, mesti keluar gerak silat. 

3. Mata merah menyala jika sedang mengamuk. Biasanya tak dapat control & tiada siapa yang berani tegur. 

4. Ada gerak hati yang sangat kuat. Apa yang kita rahsiakan, boleh diketahui dengan mudah. 

5. Kerap bertengkar dengan pasangan tanpa sebab yang jelas. 

6. Alami kemurungan melampau. Down teruk. 

7. Ada sejarah menuntut ilmu silat, kebatinan, kerohanian & mengambil ijazah. Ini sebahagian dari tanda. Perlu tengok juga tanda yang lain.

Khusus untuk perempuan:

1. Ada lebam dipeha. Kerap ada. Tanpa sebab yang jelas. 

2. Kerap mimpi bersetubuh. Dengan lelaki yang tak dikenali & dikenali.

3. Berat jodoh. Kerap bertengkar dengan pasangan disebabkan hal hal yang kecil. 

4. Susah nak berkahwin. Ada halangan setiap kali nak menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja. 

5. Ada gerak hati yang sangat kuat. Boleh baca watak orang lain semudah ABC.

6. Badan letih setiap kali bangun tidur. Semuanya jadi tanpa sebab yang jelas. 

7. Alami anxiety disorder. 

8. Alami kemurungan, down & tiada semangat. 

9. Selalu sakit badan tanpa sebab yang jelas, 

10. Emosi selalu terganggu tanpa sebab yang munasahah. 


Buat diagnosis diri

Pendamping boleh jadi saka keturunan

Kalau kita ada pendamping tapi tak perasan ada pendamping & tak pernah buang sepanjang hidup kita.

Kemungkinan besar pendamping tu akan kekal berdamping dengan kita sampailah kita meninggal dunia. Bila jin pendamping tadi dah kehilangan kita, maka keturunan kita akan jadi mangsa seterusnya. 

Kalau kita ada anak, pada anak lah dia akan turun & berdamping. Bukan jadi pada semua, tapi kebiasaannya seperti itu lah. Masa ni, kita dah tak panggil gelaran pendamping lagi pada anak anak. Masa ni kita akan panggil saka keturunan.

Saka keturunan yang asal dari ibu bapa. Punca dia cuma satu, tak pernah berubat.

So berjumpa dengan pengamal perubatan Islam, walaupun sekali seumur hidup ni penting. Ikhtiar sebelum terlambat. 

Jin asyik termasuk dalam kategori pendamping

Jin asyik bermaksud jin yang jatuh cinta pada seorang perempuan. Khususnya perempuan yang cantik, menampakkan aurat & sangat menarik perhatian. Pendamping jenis ni akan berdamping dengan perempuan hanya sebab nafsu semata mata. 

Sebagai ganjaran, perempuan yang didampingi ni akan dijaga, diberi kemudahan harta & dipermudahkan semua urusan kecuali jodoh. 

Semuanya akan menjadi mudah kecuali berkaitan jodoh. Kalau kita menyentuh bab jodoh, semua kehidupan auto menjadi masalah besar. 

Pendamping dalam kategori jin yang berilmu

Jin berilmu bukan jin yang biasa biasa lagi untuk kita buang suka suka, apa lagi cuba untuk buang tanpa bantuan orang lain.  Kita perlukan perawat untuk membuang gangguan pendamping yang ada pada diri. 

Ilmu & pengalaman yang cukup diperlukan untuk membuang gangguan pendamping. Jika tiada ilmu & pengalaman yang cukup, gangguan pendamping boleh memudharatkan diri. 

Pendamping perlukan rawatan ulangan

Pendamping ni termasuk dalam kategori jin yang berilmu. Bermaksud bukan semudah ABC kita boleh buang gangguan pendamping. 

Perlukan kaedah yang betul & rawatan ulangan untuk pesakit pulih sepenuhnya insyaALLAH. 

Ada pesakit yang buat rawatan sekali, terus sembuh. Tapi ada yang juga yang perlukan dua hingga tiga kali rawatan yang sama baru sembuh. 

Apa pun bergantung pada keadaan, jenis pendamping & kaedah rawatan. 

Hidup kita boleh musnah

Boleh musnah kalau kita anggap pendamping ni benda yang remeh. Pendamping ni benda yang serius pada diri.

Kalau tak dibuang, akan mendatangkan kesan yang buruk pada diri. 

Lebih dahsyat, kita berhadapan dengan benda yang kita tak nampak. So kita memang takkan tahu apa yang akan terjadi dalam hidup kita.

Kita pun tak boleh nak bezakan, mana satu masalah disebabkan manusia, mana satu masalah disebabkan gangguan pendamping. 

Sebab tu pentingnya untuk kita rujuk dengan tanda tanda gangguan jin pada diri. Selebihnya dengan pengamal perubatan Islam. 

Pendamping termasuk kes yang serius

Kalau pendamping tak dibuang dengan segera akan sebabkan tubuh badan pesakit berisiko untuk terkena kanser, cyst, fibroid, pcos, kerap keguguran, rosak organ & lain lain lagi. 

Kalau betul ada banyak tanda tanda pendamping pada diri, pesakit perlu dapatkan temujanji dengan perawat, untuk tindakan lanjut. 

Rawatan untuk buang pendamping pada diri ni, biasanya bukan sekali. Perlu buat follow up untuk pastikan gangguan pendamping ni betul betul dah tak ada. 

Walaupun pesakit dah berubat, pesakit disarankan untuk menjaga amalan, jaga solat & pendinding diri. 

Kesimpulan

Pendamping yang berdamping dengan diri kita tak ada yang baik. Kebanyakan pendamping yang mendampingi manusia ada kepentingan diri nya sendiri. Tak ada pendamping yang suka suka nak menjaga manusia tanpa habuan. 

Jika kita lelaki, kita akan jadi seorang yang panas baran & kaki pukul. Orang yang kita sayang akan menderita. 

Jika kita perempuan, kita akan susah berkahwin sampai bila bila. Jika dah berkahwin, kita akan bercerai. Tak nak semua ni jadi, buat check up & rawat diri.